Apa itu Insurans

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 51 | Comments: 0 | Views: 472
of 14
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Apa itu Insurans? Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.

Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am: • Insurans Hayat • Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan) • Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan. • Risiko yang dilindungi: • kematian dalam tempoh polisi • pendapatan semasa persaraan • penyakit • hilang upaya • Produk Utama: • polisi seumur hidup • polisi endowmen • polisi bertempoh • polisi berkaitan pelaburan • polisi anuiti • polisi perubatan dan kesihatan • Insuran Am • Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans haya • Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekali gu • Risiko yang dilindungi • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran ruma • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh and



kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaa Produk utama • polisi moto • polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah • polisi kemalangan diri • polisi perubatan dan kesihatan • polisi marin, udara dan transit


Prinsip Asas Insurans 4 prinsip asas insurans adalah: • Kepentingan boleh insurans • Anda harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan anda menanggung kerugian kewangan. • Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kereta anda, anda juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya anda terus menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut. • Penuh percaya mutlak • Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Anda, sebagai pemegang polisi, mestilah mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut mungkin menjadi tidak sah • Indemniti • Hanya diguna pakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak bole "mendapat keuntungan" daripada polisi insurans. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.



Sumbangan • Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi sekiranya anda ingin melindungi hayat anda

Apakah Takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan. Perkongsian lebihan • Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui • Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan • Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apaapa tuntutan dalam tempoh takaful Majlis Pengawasan Syariah Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah: • Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip Syariah • Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank



Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

Siapakah pengantara insurans atau takaful?
Pengantara insurans ialah individu atau organisasi yang membantu anda membeli atau mendapatkan polisi insurans. Ejen insurans, broker insurans dan penasihat kewangan adalah di antara mereka yang dikenali sebagai pengantara insurans. Pengantara takaful pula ialah seseorang yang mencari atau mempelawa pelanggan untuk menyertai kontrak takaful dengan pengendali takaful. Mereka juga dikenali sebagai ejen dan broker takaful.

Apakah perbezaannya?
Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelanpelan takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada pelanggan. Seorang broker insurans atau takaful pula mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan pelanggan itu. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan itu. Perbezaan ketiga-tiga pengantara insurans atau takaful ini boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Tip-tip berurusan dengan pengantara insurans dan takaful

Berurusan dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut: • Pengetahuan yang mendalam tentang produk insurans dan/atau takaful di pasaran Memahami keperluan dan keinginan anda Memastikan anda memahami polisi atau pelan yang anda beli Tidak menjanjikan sesuatu yang tidak logik atau keterlaluan Menjual berdasarkan fakta, tidak mendesak atau mengancam Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa

• • • • •

Lindungi hak-hak dan kepentingan anda :
1. Hanya berurusan dengan pengantara yang berdaftar/berlesen. 2. Berurusan dengan pengantara yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau yangdicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga. 3. Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting. 4. Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami. 5. Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi insurans hayat baru. 6. Pastikan anda memahami produk yang anda beli. 7. Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk lain. 8. Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi. 9. Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu. 10. Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen ini dengan elok 11. Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pengantara anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda. 12. Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan elok.

Etika asas pengantara insurans atau takaful



Apabila berurusan dengan pengantara insurans atau takaful, anda boleh mengharapkan mereka memenuhi piawaian perilaku yang tertentu apabila mereka mengendalikan keperluan insurans atau takaful anda. Sebagai contoh, pengantara tersebut hendaklah: Menunjukkan Kad Pendaftaran Ejen kepada anda jika diminta (untuk ejen insurans). Seorang ejen takaful yang telah lulus pendaftarannya oleh Pendaftar Pengantara Takaful mempunyai Kad Kuasa yang mempunyai semua maklumat berkenaan ejen tersebut. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang diwakili. Di samping itu, broker insurans dan penasihat kewangan juga sepatutnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ada dalam pasaran. Berusaha memahami keperluan anda dan membantu anda memilih produk atau perkhidmatan insurans atau takaful. Menerangkan dengan jelas butiran maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan serta betapa pentingnya untuk memaklumkan fakta yang penting. Menerangkan dengan jelas terma dan syarat utama kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan untuk membantu anda memahami produk yang anda beli. Menarik perhatian anda tentang sebarang pengecualian atau sekatan di bawah kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan. Membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti pembaharuan polisi dan memberitahu perkembangan terkini produk baru yang berkaitan. Memberikan bantuan kepada anda jika anda perlu membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.

















Apa itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif? Polisi pihak ketiga /(Third Party Policy) - jika anda memandu kereta dan melanggar kereta milik B, di bawah insurans pihak ketiga, syarikat insurans anda hanya akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan terhadap kecederaan, kematian pemandu atau penumpang kereta B dan juga kepada kereta B sahaja. Polisi Komprehensif

Jika perkara yang sama berlaku dan anda memegang polisi insurans komprehensif, anda adalah dilindungi daripada liabiliti yang wujud akibat kematian atau kecederaan anggota badan pemandu atau penumpang dan kereta B serta kerosakan yang berlaku ke atas kereta anda. Syarikat insurans juga akan membayar gantirugi kepada anda sekiranya kereta anda hilang, dicuri ataupun musnah akibat kebakaran. Apa yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan? Semasa mengisi Borang Cadangan, anda mestilah menyatakan segala fakta material yang dikehendaki setakat yang anda ketahui. Fakta-fakta material ini akan mempengaruhi syarikat insurans sama ada akan menerima atau menolak cadangan anda ataupun mengenakan bayaran tambahan. Di dalam Insurans Kehidupan atau Nyawa, fakta-fakta mengenai kesihatan dan pekerjaan anda merupakan fakta material. Bagi insurans motor pula, rekod kemalangan, pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kenderaan, umur kenderaan serta umur, pengalaman dan pekerjaan pemilik kenderaan adalah fakta material. Apa yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi maklumat yang tidak benar? Sekalipun perkara ini berlaku bukan disebabkan kesilapan anda, Syarikat Insurans boleh menolak kontrak. Oleh yang demikian, anda hendaklah sentiasa membaca apa yang ditulis atau diisi secara teliti sebelum menandatangani borang cadangan insurans motor. Apa dia Nota Lindungan (Cover Note)? Setelah anda membayar premium, ejen akan mengeluarkan nota perlindungan (covernote)sebagai perlindungan sementara sebelum syarikat insurans memutuskan sama ada untuk membatalkan atau menerima cadangan anda. la akan tamat sama ada selepas tarikh tamat nota berkenaan atau apabila cadangan anda ditolak atau bila polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans. Pastikan anda mendapat satu salinan nota perlindungan yang dilengkapi dengan segala keterangan mengenai perlindungan insurans motor seperti jumlah diinsuranskan, premium, ekses dan tempoh perlindungan selepas membayar premium kepada ejen insurans. Sila hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi insurans selepas 30 hari. Apa yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk membeli polisi? 1 . Sentiasa membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi. 2. Jangan membeli polisi insurans hanya kerana desakan dari ejen insurans. Lakukan hanya apabila anda sudah mengetahui apakah sebenarnya polisi berkenaan dan jika

anda memerlukannya. Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang, anda perlu memiliki insurans kenderaan bermotor. 3. Apabila anda sudah memiliki polisi tertentu anda mestilah sentiasa menepati bayaran premium yang ditentukan. 4. Jika anda mengambil terlalu banyak polisi, syarikat insurans mungkin akan meraguinya dan mungkin akan membatalkan polisi anda.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan Buat laporan kepada pihak polis dalam masa 24 jam mengenai kemalangan berkenaan. Maklumkan syarikat insurans anda secara bertulis dengan secepat mungkin segala butirbutir mengenai kerosakan ataupun kehilangan yang berlaku denganmenyertakan laporan polis. Tempoh masa yang munasabah untuk melaporkan kepada syarikat insurans adalah 14 hari. Walau bagimanapun, untuk kes-kes yang melibatkan kecederaan anggota badan, di mana pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, mereka hendaklah melaporkan kepada syarikat insurans sebaik sahaja berupaya untuk berbuat demikian. Jika ada kes, pihak lain mendakwa anda dan anda menerima saman ke Mahkamah, jangan sekali-kali mengaku salah tetapi maklumkan perkara ini kepada syarikat insurans anda. Jika anda tidak berbuat demikian, syarikat insurans mungkin tidak akan bertanggungjawab mempertahankan kepentingan anda apabila ada tuntutan terhadap anda atau tuntutan ke atas kerosakan kenderaan orang lain. Perkara Yang Perlu Diingat Adakah anda memiliki polisi insurans kenderaan bermotor atau polisi insurans nyawa? Sudahkah anda membaca terma dan syaratsyarat polisi berkenaan? Adakah anda mengetahui bahawa anda terikat kepada berbagai terma dan syarat?

Panduan Untulk Membeli Insurans • • • Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakanrakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama. Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.

Bagaimanakah cara membuat aduan?
Unit Aduan syarikat insurans atau pengendali takaful

Anda hendaklah mengemukakan aduan anda kepada Unit Aduan syarikat insurans atau pengendali takaful terlebih dahulu. • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan penyelesaian sesuatu aduan, anda boleh mengemukakan aduan anda sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) atau BNM, yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Unit Aduan boleh menasihati anda tentang saluran seterusnya yang sesuai untuk mengendalikan aduan anda. • Apabila anda mengemukakan aduan anda sama ada kepada BPK atau BNM, sertakan salinan surat keputusan syarikat insurans atau pendendali takaful • Bagi membolehkan aduan anda dikendalikan secara efektif, anda perlu: • membuat aduan secara bertulis • mengemukakan maklumat penting tentang kes anda dengan jelas seperti nama syarikat insurans atau pengendali takaful • mengemukakan aduan anda secara teratur dan masukkan tarikh-tarikh dan nombor rujukan yang berkaitan, seperti nombor polisi atau sijil, nombor pendaftaran kenderaan dan tarikh kejadian sekiranya berkenaan • memberi alamat dan nombor telefon di mana anda boleh dihubungi • menyertakan salinan dokumen yang berkaitan dan simpan dokumen asal • menyimpan salinan surat aduan anda untuk rujukan Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) • BPK ditubuhkan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pertikaian di antara mereka dengan institusi-institusi kewangan, pengeluar instrumen pembayaran dan pengendali sistem pembayaran* (yang menjadi ahli kepada BPK) termasuklah institusi-institusi perbankan, syarikat-syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful. BPK adalah sebuah badan bebas yang menyediakan saluran untuk pelanggan merujukkan aduan mereka sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. • Sekiranya BPK membuat keputusan yang memihak kepada anda, syarikat insurans atau pengendali takaful dikehendaki patuh kepada keputusan tersebut. Syarikat insurans atau pengendali takaful akan membayar jumlah penyelesaian yang telah ditimbang tara secara terus kepada anda dalam tempoh 30 hari Jenis Aduan yang dikendalikan oleh BPK


Bagi pertikaian berkaitan insurans, BPK akan mengendalikan semua pertikaian di antara penuntut dengan syarikat insurans atau pengendali takaful, yang tidak melebihi amaun seperti berikut: • RM 20,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful motor dan kebakaran • RM 10,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful yang lain • RM 5,000 bagi kerosakan harta benda pihak ketiga • Sekiranya anda perlu megemukakan aduan anda kepada BPK, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful Jenis aduan yang TIDAK dikendalikan oleh BPK • Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi amaun seperti dinyatakan • Kes-kes penipuan • Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah atau penimbangtaraan Alamat: Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03- 2272 2811 Faks: 03- 2274 5752


Bank Negara Malaysia • Anda boleh mengemukakan aduan anda ke BNM sekiranya aduan tersebut tidak boleh diselesaikan oleh Unit Aduan Syarikat insurans atau pengendali takaful dan aduan itu bukan di bawah bidang kuasa BPK Aduan yang TIDAK dikendalikan olen BNM • Aduan yang melibatkan tuntutan melebihi RM 50,000, kecuali jika ia melibatkan aduan tentang kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan yang tidak adil. • Aduan yang telah dirujuk atau ditimbang tara atau diputuskan oleh BPK • Kes yang telah dibawa ke mahkamah , dan yang dikemukakan melalui firma-firma guaman atau yang sedang mereka kendalikan (kecuali tentang pengesahan perlindungan insurans) • Kes berhubung institusi yang bukan di bawah penyeliaan BNM, seperti bengkel membaiki kenderaan dan organisasi pengurusan kesihatan • Aduan oleh ejen insurans terhadap prinsipal mereka

Aduan oleh kakitangan insurans terhadap majikan mereka • Perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan insurans atau takaful Alamat:


Bagi urusan insurans Biro Perkhidmatan Pelanggan Jabatan Pengawalan Insurans Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2698 8044 Faks: 03 - 2694 5986 Bagi urusan Takaful Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2698 8044 Faks: 03 - 2693 3826

Tempoh tangguh merupakan fleksibiliti yang diberikan oleh syarikat insurans hayat kepada pemegang polisi untuk menjelaskan bayaran premium. Tempoh tangguh bagi bayaran premium bulanan ialah 15 hari manakala tempoh tangguh bagi bayaran premium secara setengah tahunan atau tahunan adalah selama 30 hari. Seseorang yang membatalkan polisinya di dalam “tempoh membuat keputusan” akan mendapat balik premium yang dibayarnya setelah ditolak fi pemeriksaan perubatan.
Jumlah pelepasan cukai adalah termasuk sebarang sumbangan lain yang dibuat seperti KWSP dan skim pencen.

Anda boleh menambah skop perlindungan polisi insurans hayat dengan cara yang dapat nilai pulangan yang lebih baik dengan membeli Rider ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan

dengan polisi insurans asas dan anda boleh membelinya semasa membeli polisi asas atau pada bila-bila masa selepas itu.
Sekiranya premium tidak dibayar dalam tempoh tersebut, perlindungan terbatal secara automatik dan pemegang polisi masih bertanggungjawab untuk membayar bahagian premium bagi tempoh 60 hari. Syarat pra-wujud termasuklah keadaan yang anda ada menerima rawatan atau menunjukkan gejala termasuk sebarang kesakitan atau ketidakselesaan yang anda menerima rawatan. faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa membeli polisi insurans atau pelan takaful.

Peringkat hidup dan keperluan peribadi. Skop perlindungan dan manfaat. Kemampuan dari segi kewangan. • Syarikat insurans/ pengendali takaful berlesen dan ejen berdaftar.

nsurans perubatan dan kesihatan (IPK) secara amnya melindungi kos rawatan perubatan swasta seperti kos kemasukan ke hospital dan penjagaan kesihatan sekiranya seseorang itu disahkan mempunyai penyakit yang dilindungi atau ditimpa kemalangan. Polisi IPK akan membantu seseorang membayar perbelanjaan hospital dan perubatan sekiranya ditimpa kecelakaan. Ianya termasuk kos bil hospital, perkhidmatan dan rawatan selain membantu jika seseorang tidak dapat bekerja kerana sakit atau cedera.
Terdapat empat jenis utama polisi IPK iaitu:

menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital Insurans hospital & pembedahan dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi

penyakit kritikal yang menyediakan pembayaran manfaat Insurans penyakit yang amat ditakuti secara sekaligus apabila anda didiagnosis menghidapi mana-mana penyakit yang ditakuti

menyediakan sumber pendapatan yang berterusan apabila Insurans pendapatan akibat hilang upaya anda tidak lagi dapat bekerja akibat sakit atau cedera

membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan Insurans pendapatan hospital atau bulanan, tertakluk kepada had tahunan sekiranya anda perlu tinggal di hospital kerana penyakit yang dilindungi, tidak sihat atau cedera

Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis polisi yang anda beli. Anda mesti meneliti kontrak polisi untuk mengetahui butir-butir manfaat, misalnya apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi, bila dan bagaimana manfaat akan dibayar. Polisi kemasukan ke hospital dan pembedahan melindungi perkara-perkara berikut, di antaranya:


BIASANYA DILINDUNGI

Penginapan hospital & belanja rawatan Belanja pembedahan Belanja doktor perubatan Ujian untuk pesakit yang masuk wad

• • •


KADANG-KADANG DILINDUNGI

Tuntutan luar negeri Manfaat kemalangan maut Ujian atau perundingan untuk pesakit luar

• •

BIASANYA TIDAK DILINDUNGI

• •

Bersalin Penyakit kongenital

• • •

Kecederaan akibat kemalangan atau sakit kerana terlibat dalam perlumbaan Pembedahan kosmetik atau plastik Rawatan pergigian termasuk pembedahan mulut

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close