of 5

ICT in Malaysia

Published on January 2018 | Categories: Documents | Downloads: 7 | Comments: 0
171 views

Comments

Content

PENGENALAN Era digital pula merupakan satu digital boleh didefinisikan sebagai suatu era yang mana masyarakat umum tidak lagi menggunakan sistem analog dalam aktiviti seharian dan sebagainya. Era ini lebih sesuai dikaitkan dengan era modenisasi yang menuntut individu celik komputer kerana penggunaan bahan digital seperti bahan audio visual dan computer khususnya secara meluas. Era didital sering kali dikaitkan dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam menuju ambang kemajuan dan kepesatan ini kerajaan telah merancang dan mengambil langkah dengan merubah dasar negara dengan dikaji mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan hasil dari perkembangan intelektual masyarakat yang celik ilmu dan ICT disamping melahirkan tenaga kerja yang produktif, kritis dan inovatif dalam menghadapi alaf baru wawasan 2020. Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PRASARANA Era digital yang telah lama diamalkan di serata dunia semakin dirasakan penting bagi pembangunan ekonomi, perkembangan sosial, kemajuan serantau, dan lebih-lebih lagi peningkatan taraf pendidikan negara ini. Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Interaksi dan perhubungan masa kini banyak bersandar kepada ICT sama ada melibatkan bidang diplomasi mahupun perdagangan. ICT juga sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat moden dalam apa juga aktiviti dan kegiatan. Lebih dirasakan penting iaitu modenisasi dan teknologi yang semuanya berkait rapat dengan tahap ekonomi dan pendidikan. Era digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sahaja pada misalnya sudah cukup memberikan cabaran kepada pembangunan pendidikan. Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka langkah pertama dengan mengilhamkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia. Pada tahun 1999, kerajaan telah mewujudkan sekolah bestari melalui projek rintis "pilot school" sebanyak 87 buah sekolah yang melibatkan 35 buah sekolah di luar bandar dan 52 sekolah yang di bandar yang terdiri dari sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara. Sekolah Bestari yang diwujudkan adalah untuk mencapai matlamat negara dan membantu pelajar menghadapi era teknologi maklumat melalui pembekalan ICT ke sekolah, keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran sekolah. Penubuhan sekolah best;ari yang dilengkapi dengan prasarana bestari iaitu Makmal Bestari, Makmal Media dan Bilik Server. Makmal Bestari mengandungi 21 buah komputer yang mempunyai rangkaian LAN dan WAN yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia beserta dengan sebuah LCD projektor serta sebuah pencetak laser. Di dalam Makmal Media pula terdapat 9 buah komputer yang berangkaian LAN dan WAN dengan sebuah CD Writer, sebuah pengimbas dan dua buah pencetak laser dan warna serta sebuah kamera digital. Bilik server pula merupakan bilik yang menggandungi 3 buah server iaitu server untuk data,

komunaikasi dan aplikasi serta sebuah Tower CD ROM, switch, hub serta sambungan fiber optik ke bangunan pentadbiran. Ia juga dilengkapkan dengan ISDN 24 jam yang dihubungkan ke KPM di Kuala Lumpur. Selain itu, prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999). Dalam Bajet 2008, kerajaan telah meluluskan peruntukan wang sebanyak RM30 bilion untuk pendidikan tidak termasuk RM15 juta lagi untuk pendidikan ICT di luar bandar. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam merealisasikan hasrat ini dengan melaburkan begitu banyak modal semata-mata untuk membangunkan modal insan yang lebih berdaya saing di era digital ini. KURIKULUM Apabila idea berkaitan Sekolah Bestari dilancarkan kepada umum, masyarakat mula menggambarkan bilik darjah yang dipenuhi dengan komputer, internet, pelbagai peralatan persidangan video dan segala peralatan teknologi yang terkini. Namun, salah tanggapan masyarakat sebenarnya bertitik tolak kepada projek kerajaan iaitu Multimedie Super Corridor ( MSC ). Hakikatnya, Sekolah Bestari bukanlah semata-mata teknologi namum merupakan landasan di mana teknologi dan peralatan digital digunakan dalam pelbagai dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat (TM) telah dilaksanakan sejak tahun 1999. Lantaran kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat maka kandungan kurikulum mata pelajaran ini telah disemak semula dan dikemaskini untuk disesuaikan dengan kepesatan perubahan tersebut. Pada masa yang sama, mata pelajaran TM ini telah dikategorikan sebagai mata pelajaran Sains dan Teknologi maka bermula pada tahun 2006 mata pelajaran ini akan diajar dalam bahasa Inggeris. Selari dengan perkembangan di atas, nama mata pelajaran ini telah diubah daripada Teknologi Maklumat (Information Technology) kepada Information and Communication Technology (ICT). Dalam kurikulum yang disemak semula ini, di samping penyampaian bidang pengetahuan dalam ICT, penekanan kepada bidang kemahiran ICT dipertingkatkan. Penekanan ini bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan kurikulum ICT di sekolah-sekolah menengah bagi meningkatkan minat, ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ICT atau menceburi kerjaya yang berkaitan dengannya. Pada 19 Julai 2002 pula satu Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ini adalah kerana dengan tujuan untuk memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Beberapa pindaan juga dibuat dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari segi cadangan aktiviti pembelajaran (suggested learning activities) dengan menyatakan aktiviti secara lebih spesifik serta memperbanyakkan cadangan aktiviti pembelajaran yang berasaskan ICT dan pelajar.

STRATEGI PELAKSANAAN Penyebaran maklumat dirasakan sangat penting kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada masyarakat umumnya. Bagi memastikan bahawa tidak berlaku kekeliruan sesi penerangan hendaklah dilaksanakan kepada semua golongan termasuk pegawai-pegawai pendidikan, pengetua-pengetua, guru besar, guru, ibu bapa, kelab penyokong kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat umum. Penyebaran maklumat juga diadakan melalui media masa dan media cetak. Penyebaran maklumat diteruskan dari semasa ke semasa dengan memberi penekanan kepada strategi meningkatkan keberkesanan program yang dilaksanakan pihak kementerian. Bagi meningkatkan kualiti guru pula, latihan guru secara berterusan dilaksanakan melalui usaha-usaha yang lebih teratur dan bersistematik,. Latihan guru untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik serta penggunaan kemudahan ICT dalam P&P dipergiatkan. Pihak kerajaan bersetuju untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah yang merangkumi komputer riba, projektor LCD atau TV, troli dan skrin. Setiap orang guru yang terlibat dengan pelaksanaan program PPSMI di kelas-kelas yang berkenaan diberikan komputer riba dan dibolehkan membawa balik ke rumah supaya mereka dapat membuat persediaan awal sebelum masuk ke bilik darjah. Kelas-kelas juga disediakan dengan LCD dan troli untuk digunakan guru di bilik darjah. KPM sendiri telah membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru serta untuk ulangkaji pelajar . Bahan-tersebut terdiri daripada perisian interaktif, rancangan TV pendidikan, buku-buku bacaan tambahan, modul-modul dan alat Bantu mengajar. Melatih dan menyediakan guru yang mahir ICT juga merupakan satu cabaran dalam era pendidikan kini. Guru-guru lama dan baru perlu dilatih cara menggunakan komputer. Guru juga perlu ditunjukkan cara mereka boleh mengintegrasikan komputer ke dalam pelajaran. Guru perlu dimahirkan tentang cara menyampaikan pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan. Yang lebih penting ialah cara mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di mana pelajar lebih seronok belajar dengan komputer. PENGURUSAN Seiring dengan era digital yang semakin menular, pelaksanaan dalam sektor pendidikan hendaklah dipandang berat oleh semua lapisan masyarakat umumnya dan semua warga yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya. Pelaksanaan ini diperhalusi secara terperinci terus ke pengurusan sekolah. Ini lebih menumpukan kepada sekolah bestari yang mana menekankan aspek teknologi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran terutamanya. Pengetua sekolah bestari mestilah seorang yang mempunyai penampilan diri yang baik dari segi tahap kesihatan fizikal dan mental, amanah, tidak mementingkan diri sendiri, berkeyakinan diri yang tinggi dan mahir berkomunikasi. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi menjayakan projek pembestarian sekolah. Pengetua sekolah juga semestinya berkebolehan menganalisa masalah, membuat keputusan, sensitif dan berupaya mengurus organisasi. Selain itu pengetua sekolah juga harus menpunyai Kemahiran kaunseling, Kemahiran membina pasukan Kemahiran penyelesaian konflik dan akauntabiliti. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Guru-guru yang terlibat dalam program pembestarian sekolah seharusnya seorang yang profesional, sahsiahnya baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran, dan berkemahiran dalam bidang ICT. Guru-guru juga telah diberi pemantapan ilmu dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan penyertaan ke kursus-kursus dan seminar. Sebaliknya, guru-guru juga diberi kursus secara „in house training‟ yang dijalankan di sekolah bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam penggunaan peralatan digital terutamanya computer, LCD projector dan peralatan IT yang lain bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pebelajaran. Kunci kepada kejayaan di dalam merealisasikan pelaksanaan era teknologi di sekolah adalah kebolehan pelajar membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang kurikulumnya menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajarnya dapat belajar bagaimana belajar. Pelajar harus dapat merasai bahawa komputer telah memudahkan pemahamannya dalam konsep-konsep yang susah difahami sebelum ini. Ini sangat berkait rapat dengan pembudayaan ICT di sekolah bagi meningkat motivasi dan potensi pelajar dalam bidang ini. Pelajar-pelajar mampu meningkatkan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumbersumber luar termasuk di rumah. Namun apa yang menjadi permasalahannya ialah bagi pelajar yang tidak mempunyai akses kepada ICT di rumah akan ketinggalan. Ada juga di kalangan pelajar yang tidak mempunyai minat namun tidak berkemampuan seterusnya ada pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu ICT sementara yang lainnya tidak. Maka dengan pelaksanaan program-program sejajar dengan era digital di sekolah, diharapkan pelajar dapat mendedahkan potensi dan keupayaan pelajar. Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan ICT yang mencukupi dan mempunyai capaian Internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office. Kemudahan-kemudahan ini, secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar belajar membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya. STRATEGI PENGAJARAN Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Secara umum, setiap perisian pendidikan hendaklah mengandungi satu atau lebih daripada komponen mempersembahkan maklumat, membimbing menyediakan latihan dan menilai pencapaian. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran, kita hendaklah merancang penggunaannya. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: (1) Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas) (2) Penggunaan secara berkumpulan atau individu. (3) Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori

konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan „hands on‟ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing. Penggunaan ICT untuk pembelajaran dan pengajaran sesuai digunakan dalam beberapa situasi. Pertama, dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, kita boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajar menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain. Seterusnya dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, kita boleh merancang pelajaran pelajar-pelajar dengan menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti. Selain itu, pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Program pengkayaan kepada pelajar-pelajar yang cerdik, kita boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan. RUMUSAN Oleh itu semua pihak, terutama yang terlibat secara langsung dengan program atau institusi pendidikan itu sendiri harus bersedia dalam menghadapi cabaran era digital ini juga yang sering dikaitkan dengan perkembangan pesat teknologi ICT itu sendiri. Kepesatan ini telah melibatkan pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang mana telah mengambil peranan dalam pembentukan dan pencapaian wawasan 2020 yang di laungkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. “ In the information age that we are living in, the Malaysian society must be information rich. It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is information poor and no information rich country is poor and undeveloped” (wawasan 2020, 1991, p36) Perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2007 sememangnya mempuyai peranan yang cukup luas terutamanya dalam bidang berkaitan dengan, penyebaran ilmu-ilmu ICT dan penggunaan kemudahan ICT di sekolah. Namun begitu, semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu bahagian. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close