of 19

Keusahawanan Dan Perniagaan

Published on December 2016 | Categories: Documents | Downloads: 31 | Comments: 0
77 views

rbt

Comments

Content

Keusahawanan dan Perniagaan

Pengenalan
• Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular
selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.
• DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di
mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas
pilihan raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah
timbulnya perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan
Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara.
• Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat
tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang
perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang
menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi.

• DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali
struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak
dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.
• Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk
menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan ialah :
Dasar Pengswastaan,
Dasar Persyarikatan Malaysia,
Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,
Pengwujudan Kontraktor Kelas F,
Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB)

KONSEP KEUSAHAWANAN
- Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam
pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
- KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah Mana-mana aktiviti pekerjaan
yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan
menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi
memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan
dengan syariah
- Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi mencipta dan
mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang
pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan pertumbuhan
ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi diri,
keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005)
http://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/konsep-keusahawanan_9115.html

Secara rumusnya, Keusahawanan bermaksud :

Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang
membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk
mencari, mengenal dan merebut peluang dan
menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usahausaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan. 

http://tlkm2001.tripod.com/lpk/sem1tjk3.htm

Keusahawanan
&
Perniagaan Kecil

Keusahawan :
• Ada produk dan bisnes berjenama sendiri.
• Segala operasi perniagaan didokumentasikan.
• Fokus pada satu bidang sampai jadi jutawan. Mereka berusaha “habishabisan”.
• Bukan sekadar buat untung, tetapi membina sebuah empayar
perniagaam.
• Urus database pelanggan dengan baik.
• Ada pekerja (jika perlu).
• Usahawan adalah “pemimpin” (leader) dan memberi inspirasi kepada
masyarakat.
• Empayar bisnes adalah lebih meluas, melebar dan berkembang besar.

• Sentiasa berinovasi dalam bisnes yang dilakukan.
• Mencipta peluang perniagaan.
• Perniagaan boleh diwarisi oleh sesiapa sahaja.
• Sampai satu tahap, keuntungan perniagaan boleh diautomasikan tanpa
usahawan melibatkan diri. Bisnes ‘bekerja’ untuk usahawan.
• Suka bermain dengan risiko dan buat perkara yang belum pernah dilakukan.
• Perniagaan dilakukan untuk jangka panjang.
• Membina rangkaian bersama usahawan lain.
• Membina kejayaan, keuntungan dan kekayaan untuk bisnes sendiri.
• Menggunakan kaedah “leverage” (guna tenaga, masa dan kepakaran orang
lain).
• Menghasilkan produk berjenama sendiri.

Peniagaan :
• Barang yang dijual bukan milik sendiri. Biasanya dibeli secara borong.
• Lebih kepada menjual dan buat untung semata-mata.
• Jual macam-macam jenis produk.
• Tidak begitu membina jenama (hanya jual beli dan buat untung).
• Lebih kerap mencari pelanggan baru tanpa mengurus pelanggan sedia ada.
• Tidak terlalu memerlukan pekerja.
• Biasanya peniaga melakukan perniagaan untuk diri sendiri.
• Disebabkan sekadar jual beli sahaja, walaupun untung besar, namun
bisnes peniaga hanyalah setakat jual dan beli sahaja. Ia tidak berkembang
ke tahap lebih tinggi.
• Tidak perlu berinovasi kerana peniaga hanya menjual.

• Mengambil / menyertai peluang perniagaan yang disediakan oleh
usahawan.
• Perniagaan sukar diwarisi.
• Biasanya peniaga akan terus bekerja untuk bisnes.
• Biasanya tetap berada dalam zon selesa.
• Perniagaan dilakukan untuk jangka pendek. Biasanya tiada perancangan
untuk lebih serius bagi satu tempoh yang panjang.
• Berniaga dengan konsep persaingan.
• Membantu mengembangkan perniagaan orang lain dalam tidak sedar.
Contohnya, dengan mengambil stok barang daripada pengeluar, peniaga
telah memberi keuntungan mudah kepada pengeluar itu.
• Menggunakan tenaga diri sendiri sepenuhnya.
• Produk yang dijual bukan berjenama sendiri.

SE
CA
RA
RU
M
US

http://usahawandpli.blogspot.com/2012/05/perbezaan-usahawan-dan-peni

Sumbangan perniagaan kecil
• Menggalakkan inovasi dan penciptaan teknologi.
• Mewujudkan dan mengekalkan keharmonian masyarakat.
• Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik
pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar.
dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam
beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi perniagaan kecil.

• Menyediakan pengalaman kepada pekerja dan
pengusaha.
dapat membina latihan dan pengetahuan yang berguna
mengenai selok-belok operasi perniagaan dan
bergantung hidup kepada perniagaan tersebut.

• Memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
• Membantu mengekal daya saing syarikat besar.

• Pengagihan Pendapatan
Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayar gaji,
faedah dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang
bukan daripada kalangan yang mahir dan profesional.
Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil
dan sederhana boleh membantu merapatkan jurang pendapatan
di kalangan penduduk.
• Memenuhi Keperluan Masyarakat
Contohnya, penjual air kacang soya di tepi jalan raya akan
mendapat keuntungan apabila air kacang soyanya dibeli oleh
pembeli. Pada masa yang sama, pembeli yang membeli dan
meminum air kacang soya itu dapat memenuhi keperluan dan
kehendaknya iaitu menghilangkan dahaga.

Manfaat memiliki perniagaan sendiri
1. Kebebasan
.Mempunyai kebebasan masa yang cukup luas, kebebasan untuk
menentukan pendapatan kita, kebebasan memilih atau menentukan
jenis perniagaan dan juga cara berniaga dan tidak ada seorang pun
boleh mempertikaikan cara kita melainkan diri kita sendiri.
.mempunyai kebebasan yang cukup luas untuk menentukan hala
tujuan kita serta matalamat yang ingin capai.

2. Jaminan kerja
•.Kita dapat membina dan memperkembangkan equiti
kita melalui usaha berterusan lalu kita dapat
menentukan berapa banyak keuntungan yang kita
mahu, berapa pendapatan yang kita ingin perolehi.
•.Tidak perlu bimbang akan masalah pecat kaki tangan
syarikat besar apabila menghadapi risiko dalam
perniagaan.
•.Jika kita berkerja dengan orang lain, kita sebenarnya
memperdagangkan masa dan tenaga kita untuk wang
yang telah ditetapkan.

3. Keanjalan
•.Dengan adanya perkhidmatan sesawang, kita berupaya
untuk mengendalikan perniagaan kita secara “online”
tidak kira di mana kita berada.
•.Dunia teknologi boleh menjadikan rumah tempat kita
tinggal sebagai vitual office kita. Kita tidak perlu
tergesa-gesa untuk berkejar ke pejabat dan membuang
wang untuk belanja perjalanan, makanan, sewa pejabat,
bil air dan letrik pejabat dan sebagainya.

4. Menjana pendapatan yang lebih banyak
•.Terdapat banyak peluang untuk membina kekayaan dari
peluang perniagaan daripada berkerja dengan orang
lain.
•.Membina perniagaan sendiri dengan menggunakan
pelbagai alternatif atau menceburi pelbagai bidang.
•.Contohnya, Encik Shamsudin menjalankan perniagaan
menjual perkakasan IT secara online manakala dia
sebenarnya juga mengendalikan perniagaan yang lain.

5. Kesan kehidupan yang baik.
•.Dapat menjadikan sendiri lebih bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja jika memiliki perniagaan itu
sendiri bagi menjamin pendapatan atau matlamat
perniagaan yang ditentukan.
6. Sebagai kerjaya kedua
•.Terutamanya kepada golongan yang telah bersara di
mana mereka sudah biasa bekerja dan tidak mahu
kehidupan mereka kekosongan selepas bersara. Mereka
mahu menukar perak kepada emas. (Turning silver to
gold)
•.Mengisi masa dengan memperolehi pendapatan yang

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close