Nurse

Published on December 2016 | Categories: Documents | Downloads: 50 | Comments: 0 | Views: 829
of 2
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

JURURAWAT ANAK FELDA DIBERI BIASISWA IKUTI KURSUS KEJURURAWATAN DI UNIVERSITI, KOLEJ, PUSAT LATIHAN BERTAULIAH Felda memperuntukkan RM 35.8 juta tahun ini bagi melaksanakan Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan anak peneroka mendapatkan pekerjaan sesuai. Program itu memberi manfaat kepada 5,000 anak peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih menetap di rancangan berkenaan. Antaranya, kursus peringkat diploma di universiti, kolej, dan pusat latihan bertauliah seperti Kolej Universiti Nilai yang menyediakan kursus kejururawatan yang banyak disertai oleh anak Felda. Felda menyediakan biasiswa dan kemudahan kepada anak peneroka mengikuti kursus berkenaan dan sekarang, sudah ramai yang bekerja di hospital seluruh Negara, termasuk hospital swasta terkemuka. Antaranya, Che Nurul Huda Che Manan, 21,yang berasal dari Felda Kerteh 5,Terengganu, kini bekerja di Hospital Columbia Asia di Seremban, Negeri Sembilan. Saya antara mereka yang terpilih dalam kumpulan pertama untuk mendapat biasiswa Felda bagi menyambung pengajian. “Pada mulanya tidak minat dalam bidang kejururawatan dan lebih suka bidang perniagaan. Namun, selepas mendapat sokongan keluarga, saya mula yakin untuk meneruskan pelajaran dalam bidang ini kerana percaya kerjaya lebih terjamin,”katanya. Menurutnya, walaupun sedikit sukar menyesuaikan diri ketika mula mendaftar diri di Kolej Nilai, namun dia percaya amanat keluarga harus dipikul dan tidak mahu mensiasiakan biasiswa yang diberi Felda. Tidak ramai anak peneroka terpilih mendapat pembiayaan penuh seperti ini dan saya rasa bertuah kerana terpilih menyebabkan saya berusaha keras menamatkan pengajian dengan bersungguh-sungguh,”katanya. Menurut Che Nurul Huda, jika kebanyakan rakan lain terpaksa mengikat perut atau mencatu makanan sekiranya tidak mempunyai wang yang cukup, dia tidak menghadapi masalah itu kerana Felda turut menyediakan makanan untuk pelajar. Sepanjang pengajian, saya tidak pernah risau soal makan kerana pihak Felda sudah sediakan. Saya hanya fokus kepada pelajaran dan peperiksaan sahaja,”katanya. Menurutnya, kerana itu dia tidak pandang ke belakang lagi dan bertekad membanggakan keluarga yang bersusah-payah membesarkannya selama ini. Mungkin ada rakan sebaya saya yang tidak berpeluang menyambung pengajian dan kerana itu saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan bagi membantu keluarga,”katanya. Seorang lagi anak Felda,

Masnazira Abd Rahim, 21, yang kini turut bekerja sebagai jururawat di Hospital Columbia Asia Seremban, berkata biasiswa yang ditawarkan Felda ternyata memberi sinar baru dalam hidupnya kerana dia mungkin tidak berpeluang berada di kedudukan sekarang jika tidak kerana pembiayaan yang diberikan. Dia melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam selepas gagal mendapat tempat di universiti tempatan, tidak menyangka bahawa percubaan menghadiri temuduga yang dikendalikan Felda berhasil. ”Saya hanya sempat belajar di tingkatan enam selama dua minggu dan selepas itu mendaftar di Kolej Nilai dalam bidang kejururawatan. Saya memang berminat dalam bidang ini dan tidak menjadi masalah untuk menyesuaikan diri kerana sejak awal lagi sudah bercita-cita menjadi jururawat,”katanya yang berasal dari Felda Mempaga 2, Karak. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, jika tidak kerana biasiswa Felda, dia mungkin masih tercari-cari arah hidup dan belum pasti dapat membantu keluarga dalam usia begitu. Jika kebanyakan remaja usia 21 tahun masih terlalu muda untuk membantu keluarga, namun keadaan itu tidak berlaku kepada saya. Saya rasa bertuah kerana dalam usia semuda ini sudah mendapat pekerjaan dan dapat membantu meringankan beban ibu bapa,”katanya. Menurut Masnazira, dia berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan masih menunggu masa yang sesuai. Bidang kejururawatan berbeza dengan bidang lain kerana pengalaman diperlukan untuk menyambung pengajian. Namun, saya tetap akan meneruskan niat menyambung pengajian suatu hari nanti kerana percaya proses menuntut ilmu tidak seharusnya berhenti selepas berjaya mendapat pekerjaan,”katanya.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close