Perniagaan Dan Menjana pendapatan Internet melalui blog wordpress

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 49 | Comments: 0 | Views: 215
of 3
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Perniagaan dan menjana pendapatan internet
Kecenderungan dan penglibatan dalam perniagaan internet dan juga pendapatan melalui sumber internet kini mula di diberi perhatian oleh semua masyarakat.Fungsi internet yang tiada batasan untuk berhubung satu sama lain diseluruh dunia digunakan sepenuhnya oleh golongan yang menjadikan internet sebagai pendapatan tetap atau sampingan.Terdapat berbagai jenis pendapatan yang boleh dihasilkan melaluinya samada hanya mengunakan sumber yang disediakan oleh orang lain atau menawarkan pelbagai jenis perniagaan sendiri. Jika dilihat dari aspek niaga,konsep perniagaan internet adalah sama dengan lain-lain perniagaan bukan berasaskan internet khasnya untuk jualan produk,pengendalian dari peringkat perundingan diperlukan seterusnya membawa kepada proses jualan dan menguruskan kewangan. Perniagaan internet boleh dimulakan samada menyediakan pelbagai jenis produk keluaran sendiri ataupun mengunakan produk peniaga lain untuk dijadikan produk jualan dengan mengambil keuntungan dari komisen. Pendapatan dari sumber internet Berbeza pula pendapatan dari sumber internet,Jika hendak disebut sebagai perniagaan saya rasa bukanlah satu perniagaan,tetapi lebih kepada pendapatan dari sumber-sumber internet,pendapatan jenis ini tidak memerlukan konsep seperti perniagaan produk.ianya hanyalah memerlukan modal yang sedikit bersertakan kemahiran dan pengentahuan internet.Beberapa contoh yang boleh di ambil ialah program Google Adsense,Pendapatan melalui Ebay,Adbrite serta banyak lagi. Pendapatan melalui sumber internet juga sesetengahnya tidak memerlukan laman web atau blog,apa yang diperlukan ialah bakat.Jika sesiapa menpunyai bakat atau kemahiran dalam sesuatu bidang,ianya boleh dijadikan sebagai punca pendapatan dengan menawarkan bakat dan kemahiran yang ada,contohnya dalam penulisan. Meskipun ramai yang melibatkan diri dalam perniagaan internet dan juga mendapatkan pendapatan dari sumber internet telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan,ramai

juga antara dari mereka gagal kerana bersikap hangat-hangat tahi ayam dan sekadar suka mengikut orang.Apabila mendengar orang lain dapat menjana ribuan ringgit dalam sebulan ,maka dia pun hendak melibatkan diri tanpa membuat kajian yang menyeluruh terlebih dahulu.apa yang difikirkan ialah mahukan pendapatan yang cepat tapi tidak berusaha. Memanglah boleh mendapatkan wang dengan cepat,tetapi itu hanya kepada yang sudah agak mahir,jika diselidiki,mereka juga telah mengambil tempoh untuk berjaya.Menghasilkan pendapatan melalui internet memerlukan proses pembelajaran,tumpuan dan juga teknik yang agak mengambil masa,lebih-lebih lagi bagi yang menjalankan perniagaan produk sendiri. Walaubagaimanapun bagi yang serius untuk menghasilkan wang dari internet,anda perlulah korbankan masa dan membuat kajian dari sumber manakah yang memberi peluang untuk menjana pendapatan lumayan.Samada cepat atau lambat,itu adalah kehendak anda sendiri.Bagi saya pula,saya akan berusaha hingga mendapat apa yang diimpikan.

Tiada hasil dari internet
Kebanyakan daripada perniaga internet mahupun seseorang yang menjadikan internet sebagai sumber pendapatan gagal dipertengahan jalan,kenapa ini berlaku walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Ini kerana kita tidak memberikan tumpuan yang betul,kita terlalu banyak mengejar pelbagai jenis punca pendapatan yang ditawarkan di internet.Ebook pun nak jual,adsense pun nak buat,artikel pun nak dikarang ,nak buat blog yang cantik...hasilnya tiada satu pun yang mendapat pulangan yang lumayan.Memanglah ada orang yang boleh buat semua tu.tetapi mereka dapat bersabar dengan terus berusaha walaupun gagal serta mengambil masa yang lama untuk

memahirkan diri dalam semua bidang.Bagi mereka internet tempat mencari rezeki untuk menanggung keperluan hidup,bukanlah semata-mata untuk mengisi masa lapang. http://usahawansoho.com Oleh Maser

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close