Sonar

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 50 | Comments: 0 | Views: 339
of 5
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

6.0)

LAPORAN

PROSES

MEMBUAT

RAKAMAN

LAGU

DENGAN

MENGGUNAKAN PERISIAN SONAR Saya telah menggunakan perisian Sonar untuk membuat rakaman lagu yang saya pilih iaitu lagu We Wish You A Merry Christmas. Faktor saya pilih perisian Sonar adalah kerana tertarik dengan fungsi – fungsinya yang memudahkan kerja merakam lagu. Antaranya ialah ia dapat merakam, menyunting, mengabung dan mencipta audio dengan menggunakan MIDI. Terdapat banyak versi bagi Sonar, iaitu Sonar Home Studio 7, Sonar Home Studio 7 XL, Sonar 8.5 Studio Edition, Sonar Produser 8.5 Edition dan Sonar LE. Di samping itu, saya juga menggunakan perisian Audacity untuk merakam lagu saya. Perisian tersebut merupakan perisian sumber terbuka iaitu digunakan untuk memanipulasikan gelombang digital audio. Program ini juga dapat mengimport banyak format fail bunyi,termasuk Pemodulatan Kod Denyut seperti WAV, MP3, AIFF dan sebagainya. Seterusnya saya akan menerangkan langkah – langkah untuk merakam dan lagu dengan menggunakan perisian Sonar dan Audacity. Langkah 1: Muat turunkan perisian Sonar dan perisian Audacity daripada Internet untuk menjalankan kerja seterunya. Langkah 2: Buka perisian Audacity pada computer riba. Rajah di bawah menunjukkan bentuk Audacity.

Langkah 3: Klik File – Open dan memilih lagu We Wish You A Merry Christmas. Audio melodi lagu akan dikeluarkan.

Rajah di bawah menunjukkan audio melodi lagu We Wish You A Merry Christmas.

Langkah 4: Klik Split stereo to mono untuk menjadikan lagu tersebut dalam bentuk minus one.

Langkah 5: Klik Mono dan audio tersebut akan dihitamkan.

Langkah 6: Klik Effect – Invert pada toolbar. Audio lagu We Wish You A Merry Christmas dihasilkan dalam bentuk minus one.

Langkah 7: Klik File – Export. Bentuk Edit Metadata akan dikeluarkan.

Langkah 8: Dalam Edit Metadata, mengisi maklumat dan seterusnya klik ikon OK. Lagu minus one bagi We Wish You A Merry Christmas yang berformat MP3 dihasilkan.

Langkah 9: Buka perisian Sonar. Klik File – Import – Audio untuk membuka dan mencari lagu yang sudah diproses dalam Audacity. Langkah 10: Klik ikon R untuk memainkan lagu tersebut. Pada masa yang sama, klik record untuk merakam suara. Mula nyanyikan lagu We Wish You A Merry Christmas dengan mendengar melodi yang dimainkan. Langkah 11: Klik stop setelah habis merakam suara. Langkah 12: Klik play untuk mendengar suara yang dirakam. Setelah puas dengan suara yang dirakam, klik File – Export untuk mengekspotkannya ke forat MP3. Langkah 13: Simpankan lagu tersebut dengan klik File – Save. Rakaman lagu dengan nyanyian suara sendiri sudah terhasil dengan sempurna dan berjaya.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close