SPP_VOP.pdf

Published on June 2018 | Categories: Documents | Downloads: 12 | Comments: 0 | Views: 660
of 8
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld. 25 SK1 (7)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA  SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 Semua Semua Semua Semua Semua

Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Jabatan Persekutuan Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua Badan Berkanun Persekutuan Pihak Berkuasa Tempatan

PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

 TUJUAN Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai syarat dan kaedah pengiraan perubahan harga (variation of price) di dalam kontrak kerja. Di samping itu SPP ini juga menjelaskan mengenai syarat perubahan harga khas yang diberikan kepada kontrak secara reka dan bina.

LATAR BELAKANG 2. SPP Bil. 14 Tahun 1991 dan SPP Bil. 2 Tahun 2008 mengenai Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja telah Kerja telah menetapkan syarat perubahan harga untuk Kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Kerja-kerja Binaan Bangunan. Berikutan kenaikan harga bahan binaan dan harga bahan api yang ketara baru-baru ini, Kerajaan bersetuju untuk mengkaji syarat perubahan harga semasa bagi memastikan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Oleh yang demikian, SPP SPP ini bertujuan bertujuan untuk: (i)

membuat penambahbaikan ke atas pelaksanaan syarat perubahan harga dalam kontrak kerja yang ditetapkan dalam SPP Bil. 14 Tahun 1991;

(ii)

meminda tarikh kuat kuasa pelaksanaan syarat perubahan perubahan harga SPP Bil. 2 Tahun 2008 yang telah ditetapkan pada 12 Mei 2008 kepada 1 Januari 2008; dan

(iii) melaksanakan keputusan Kerajaan untuk membenarkan Syarat Perubahan Harga Khas kepada projek yang dilaksanakan secara reka dan bina.

3. Oleh yang demikian, Kerajaan bersetuju bagi Kerja-kerja Kejuruteraan Awam, pengiraan perubahan harga diperluaskan kepada 11 jenis bahan iaitu tambahan sebanyak enam (6) jenis bahan, yang sebelum ini dibenarkan sebanyak lima (5) jenis bahan sahaja. Bagi Kerja-kerja Binaan Bangunan, perubahan harga dikekalkan berdasarkan perubahan Indeks Kos empat belas (14) jenis bahan dan Harga Unit besi. Kerajaan juga bersetuju perubahan harga bagi Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal (M&E) dibenarkan sekiranya terdapat komponen Kerja-kerja M&E di bawah Kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Kerjakerja Binaan Bangunan. 4. Kaedah baru untuk pengiraan perubahan harga adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 dan diberikan kepada kontrak secara konvensional serta reka dan bina dalam keadaan berikut: (i)

Projek yang masih dalam pembinaan iaitu: (a) projek masih dalam pembinaan pada/selepas 1 Januari 2008 sehingga SPP ini dikeluarkan; atau (b) projek telah disiapkan pada/selepas 1 Januari 2008 sehingga SPP ini dikeluarkan.

(ii)

Projek baru di mana Surat Setuju Terima dikeluarkan pada/selepas tarikh SPP ini dikeluarkan.

KAEDAH PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA BAGI KONTRAK SECARA KONVENSIONAL 5. Syarat perubahan harga bagi kontrak secara konvensional termasuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan, Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam dan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: (i)

hanya boleh dilaksanakan semasa tempoh kontrak berkuat kuasa; dan

(ii)

memastikan kuantiti bahan-bahan dan nilai kerja setiap bulan yang digunakan sebagai asas pengiraan perubahan harga merupakan kuantiti dan nilai yang tepat dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Kerja-Kerja Binaan Bangunan 6. Kaedah pelaksanaan perubahan harga sedia ada dikekalkan sehingga 31 Disember 2007 bagi projek yang masih dalam pembinaan. Walau bagaimanapun mulai 1 Januari 2008 kaedah pengiraan perubahan harga untuk kerja-kerja binaan bangunan adalah berasaskan kepada Indeks Kos 14 Bahan Binaan Bangunan dan Harga Unit Besi. Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara konvensional yang baru seperti di Lampiran A/BW/K-B (2008). bagi kontrak secara konvensional yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran A/BW/K-L (2008).

2

7. Dalam menguruskan syarat perubahan harga ini, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan oleh Agensi: (i)

memasukkan peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran A/BW/K-B (2008) atau Lampiran  A/BW/K-L (2008), yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman.

(ii)

nilai yang diambilkira dalam pengiraan perubahan harga adalah nilai kerja pembina (builder’s work ) sahaja.

(iii) kerja-kerja membaiki, mengubahsuai dan meroboh bangunan tidak layak diberi perubahan harga. Walau bagaimanapun bagi kerja-kerja ubahsuai yang melibatkan kerja sambungan yang menyerupai bangunan lengkap dengan asas, dinding dan bumbung dan jika jumlah nilainya merupakan sebahagian utama iaitu melebihi 50% daripada jumlah nilai kerja membaiki, kerja sambungan dan mengubahsuai sesebuah bangunan, maka semua kerja membaiki dan mengubahsuai adalah tertakluk kepada syarat perubahan harga ini. Kategori bagi kerja-kerja seperti ini hendaklah mengikut kategori jenis bangunan sambungan yang berkenaan.

(a)

Perubahan Harga Untuk 14 Bahan Binaan

Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan digubal dan ditetapkan mengikut 8 kategori bangunan seperti di Appendix A  kepada Lampiran A/BW/K-B (2008) dan Lampiran  A/BW/K-L (2008). Kategori bangunan hendaklah ditentukan semasa menyediakan dokumen tender/kontrak dan dijadikan sebagai asas pengiraan dalam tender sebagaimana contoh format di Lampiran J (2008). Format tersebut hendaklah kemudiannya dijadikan sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak. 8.

(b)

Perubahan Harga Untuk Besi

Pelaksanaan perubahan harga untuk besi adalah berasaskan kepada perubahan harga unit besi, tertakluk kepada kuantiti maksimum yang ditetapkan. Maklumat terperinci dijelaskan dalam Lampiran A/BW/K-B (2008) atau Lampiran A/BW/K-L (2008). 9.

Jika pengiraan perubahan harga berdasarkan kaedah lama telah dibuat dan dibayar kepada kontraktor selepas 1 Januari 2008, nilai jumlah berkenaan hendaklah diselaraskan dalam pengiraan perubahan harga semasa. 10.

3

Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam 11. Kaedah pelaksanaan perubahan harga sedia ada berdasarkan lima (5) bahan binaan dikekalkan sehingga 31 Disember 2007 bagi projek yang masih dalam pembinaan. Walau bagaimanapun mulai 1 Januari 2008 kaedah pengiraan perubahan harga untuk kerja-kerja kejuruteraan awam adalah berasaskan kepada perubahan harga unit bagi 11 bahan binaan. Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara konvensional yang baru seperti di Lampiran B/CW/K-B (2008). bagi kontrak secara konvensional yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran B/CW/K-L (2008).

Dalam menguruskan syarat perubahan harga ini Agensi hendaklah memasukkan peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran B/CW/K-B (2008)  atau Lampiran B/CW/K-L (2008),  yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman. 12.

13. Jika kuantiti Bitumen bagi pembekalan Premix telah dikira dan dibayar selepas 1 Januari 2008, kuantiti dan nilai ini hendaklah diselaraskan.

Kerja-Kerja Mekanikal Dan Elektrikal (M&E) 14. Pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja M&E adalah berasaskan kepada Indeks Kos Komponen. Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara konvensional yang baru seperti di Lampiran C/ME/K-B (2008). bagi kontrak secara konvensional yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran C/ME/K-L (2008).

15. Indeks Kos Komponen digubal dan ditetapkan mengikut tujuh (7) kategori komponen utama seperti di Appendix A   kepada Lampiran C/ME/K-B (2008) dan Lampiran C/ME/K-L (2008). 16. Agensi hendaklah memasukkan peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran C/ME/K-B (2008) atau Lampiran C/ME/K-L (2008), yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman.

Perjanjian Tambahan 17. Bagi projek yang masih dalam pembinaan, Agensi hendaklah mengikat satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Contract)   dengan kontraktor bagi mengambil kira pemakaian kaedah baru perubahan harga mulai 1 Januari 2008. Contoh Format Perjanjian Tambahan adalah seperti Lampiran G(K) (2008).

4

KAEDAH PELAKSANAAN SYARAT KONTRAK SECARA REKA DAN BINA

PERUBAHAN

HARGA

KHAS

BAGI

18. Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga Khas bagi kontrak secara reka dan bina hendaklah dibuat berdasarkan perkongsian risiko sama rata (50:50). 19. Syarat perubahan harga bagi kontak secara reka dan bina termasuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan, Kerja-Kerja Kerjuruteraan Awam dan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: (i)

hanya boleh dilaksanakan semasa tempoh kontrak berkuat kuasa; dan

(ii)

memastikan kuantiti bahan-bahan dan nilai kerja setiap bulan yang digunakan sebagai asas pengiraan perubahan harga merupakan kuantiti dan nilai yang tepat dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Kerja-Kerja Binaan Bangunan 20. Kaedah pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja binaan bangunan adalah berasaskan kepada Indeks Kos 14 Bahan Binaan Bangunan dan Harga Unit Besi mulai 1 Januari 2008. Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara reka dan bina yang baru seperti di Lampiran D/BW/DBB (2008). bagi kontrak secara reka dan bina yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran D/BW/DB-L (2008).

21. Agensi hendaklah memasukkan peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran D/BW/DB-B (2008)  atau Lampiran D/BW/DB-L (2008), yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman.

(a)

Perubahan Harga Untuk 14 Bahan Binaan

22. Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan digubal dan ditetapkan mengikut 8 kategori bangunan seperti di  Appendix A   kepada Lampiran D/BW/DB-B (2008)  dan Lampiran D/BW/DB-L (2008). Kategori bangunan hendaklah ditentukan semasa menyediakan dokumen tender/kontrak dan dijadikan sebagai asas pengiraan dalam tender sebagaimana contoh format di Lampiran J (2008). Format tersebut hendaklah kemudiannya dijadikan sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak.

(b)

Perubahan Harga Untuk Besi

23. Pelaksanaan perubahan harga untuk besi adalah berasaskan kepada perubahan harga unit besi, tertakluk kepada kuantiti maksimum yang ditetapkan. Maklumat terperinci dijelaskan dalam Lampiran D/BW/DB-B atau Lampiran D/BW/DB-L (2008). 5

Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam 24. Pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja kejuruteraan awam adalah berasaskan kepada perubahan harga unit bagi 11 bahan binaan. Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara reka dan bina yang baru seperti di Lampiran E/CW/DB-B (2008). bagi kontrak secara reka dan bina yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran E/CW/DB-L (2008).

25. Agensi hendaklah memasukkan peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran E/CW/DB-B (2008)  atau Lampiran E/CW/DB-L (2008), yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman.

Kerja-Kerja Mekanikal Dan Elektrikal (M&E) 26. Pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja M&E adalah berasaskan kepada Indeks Kos Komponen . Maklumat terperinci dijelaskan dalam lampiran berikut: (i) (ii)

bagi kontrak secara reka dan bina yang baru seperti di Lampiran F/ME/DBB (2008). bagi kontrak secara reka dan bina yang masih dalam pembinaan seperti di Lampiran F/ME/DB-L (2008).

27. Indeks Kos Komponen digubal dan ditetapkan mengikut 7 kategori komponen utama seperti di Appendix A   kepada Lampiran F/ME/DB-B (2008)  dan Lampiran F/ME/DB-L (2008). 28. Agensi hendaklah memasukkan syarat-syarat khas ke dalam dokumen tender/kontrak seperti di Lampiran F/ME/DB-B (2008)  atau Lampiran F/ME/DB-L (2008), yang mana berkenaan, bagi tujuan penyeragaman.

Perjanjian Tambahan 29. Bagi projek yang masih dalam pembinaan, Agensi hendaklah mengikat satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Contract)   dengan kontraktor bagi mengambil kira pemakaian peruntukan khas syarat-syarat perubahan harga mulai 1 Januari 2008. Contoh Format Perjanjian Tambahan adalah seperti Lampiran G(DB) (2008).

PENETAPAN INDEKS KOS/HARGA UNIT ASAS 30. Bagi pengiraan perubahan harga, bulan tender ditutup seperti dijelaskan dalam semua Lampiran bagi projek baru secara konvensional dan reka dan bina serta Lampiran A/BW/K-L kepada SPP ini juga bermaksud bulan harga muktamad dipersetujui 6

oleh Jawatankuasa Rundingan Harga Agensi untuk perolehan yang diuruskan secara rundingan terus. KEMUDAHAN KHAS 31. Bagi memastikan projek Kerajaan yang dilaksanakan di bawah RMKe-9 tidak terjejas dan dapat disiapkan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan khas seperti berikut: (i)

bagi projek yang masih dalam pembinaan seperti di para 4 (i) (a), Agensi boleh mempertimbangkan lanjutan masa tidak melebihi tiga (3) bulan tanpa kelayakan menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan kecuali kos bagi pelanjutan bon pelaksanaan dan polisi-polisi insurans.

(ii)

Agensi hendaklah membuat bayaran kemajuan interim yang lebih kerap iaitu dua (2) kali sebulan mengikut nilai kerja sebenar.

PENAMATAN BERSAMA 32. Jika sekiranya kontraktor masih tidak mampu untuk meneruskan projek walaupun syarat perubahan harga ini diberikan untuk menampung kenaikan harga bahan, maka kontrak boleh ditamatkan secara persetujuan bersama atas permintaan kontraktor. Kontraktor tidak akan dikenakan tindakan dengan syarat ia bukan berpunca daripada kelemahan pelaksanaan kontraktor. Namun begitu, 50% daripada nilai bon pelaksanaan hendaklah dirampas.

KUAT KUASA 33. Pelaksanaan SPP ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008. Walau bagaimanapun perkara berikut akan terbatal dengan sendirinya bagi projek selepas RMKe-9: (i) (ii)

Syarat Perubahan Harga Khas yang diberikan bagi kontrak secara reka dan bina; dan Kemudahan Khas yang diberikan bagi kontrak secara konvensional dan secara reka dan bina.

PEMBATALAN 34.

Dengan berkuat kuasa SPP ini, SPP berikut adalah dibatalkan:(i) SPP Bil. 14 Tahun 1991; (ii) Pindaan Pertama Kepada SPP Bil. 14 Tahun 1991; dan (iii) SPP Bil. 2 Tahun 2008.

7

HAL-HAL LAIN 35. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai SPP ini, Agensi boleh mendapat keterangan lanjut dengan merujuk kepada: Pengarah Cawangan Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 14, Menara Tun Ismail Mohamed Ali No. 25, Jalan Raja Laut 50582 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 - 2616 5033/5056 No. Faks : 03 - 2693 8293/2691 5602

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah) Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia. 6 Ogos 2008

s.k.

Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara Malaysia Akauntan Negara Malaysia Semua Pegawai Kewangan Negeri

8

Sponsor Documents

Recommended

No recommend documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close