tnc

Published on May 2017 | Categories: Documents | Downloads: 54 | Comments: 0 | Views: 683
of 4
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Terma dan Syarat • Peraduan ini dibuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas bermula dari 1 September 2012, kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd(“Penganjur”), syarikat-syarikat sekutu, agen-agen, wakil-wakil dan agensi- agensi pengiklanan dan promosi jualan masing masing. Peraduan akan bermula dari 1 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. (Tempoh Peraduan) Tarikh tutup untuk penyertaan adalah pada 31 Oktober 2012. (Tempoh Penyertaan)

• •

Cara Penyertaan: Fasa 1 Daftarkan diri anda ‘online’ menerusi laman Facebook Kotex® di www.facebook.com/iknowmovement. • Muat naik gambar anda dengan ‘pose’ V yang paling kreatif dan lengkapkan ayat (terhad kepada 40 karakter yang terbaik menghuraikan mengapa anda paling sesuai menjadi Gadis Konfiden Kotex® Fresh) • Setiap penyertaan hendaklah disertai dengan: • Butiran peribadi yang lengkap • Gambar paling kreatif • Satu penyertaan sahaja dibenarkan untuk setiap peserta. • Untuk layak, penyertaan yang dihantar haruslah: • tidak menggunakan perkataan yang tidak wajar atau meletakkan sesiapapun dalam keadaan yang tidak wajar, menyinggung perasaan, atau situasi yang merbahaya (ditentukan oleh budibicara Pihak Penganjur) • Memenuhi resolusi minimum dan kriteria saiz 800 x 600 piksel. • Imej haruslah dalam saiz 3MB atau kurang. Hanya imej fail JPEG, JPG, GIF atau PNG yang akan diterima. • Peminat laman Facebook Kotex® (Pengguna Facebook yang suka (‘liked’) Facebook Page itu) boleh mengundi untuk penyertaan dalam Tempoh Peraduan dan dibenarkan mengundi hanya sekali sahaja untuk setiap peserta. • 30 penyertaan yang layak untuk ke Fasa 2 akan dipilih berdasarkan bilangan undian umum yang diterima (60%) dan penyertaan yang dianggap terbaik oleh para hakim (40%), seperti dibawah:• Pertama, poin akan diperuntukkan untuk penyertaan berdasarkan jumlah keseluruhan undian yang diterima, seperti dibawah: Bilangan undian yang diterima 5 – 100 101 – 200 201 – 500 501 – 1,000 Lebih dari 1,000 Peruntukan poin maksimum* 10 20 40 50 60 •

*Apabila penyertaan menerima sejumlah undian dalam lingkungan tetapi rendah dari nombor yang tertinggi, poin pro rata akan diperuntukkan.


Kedua, pengadil akan menentukan kedudukan penyertaan berdasarkan kreativiti dan kaitan dengan foto yang dihantar, dan kesesuaian kapsyen yang diberikan dan kedudukan akan ditukarkan kepada jumlah poin, dengan penyertaan tertinggi diperuntukkan 40 poin dan terendah akan mendapat 0.1 poin. Jumlah poin yang pro rata akan diperuntukkan untuk setiap penyertaan (sehingga ke poin perpuluhan 1).

• • • •

Sekiranya terdapat penyertaan yang bersamaan dari segi nombor poin, akan ada pemilihan secara rawak antara penyertaan yang seri. Hakim mempunyai hak untuk membatalkan gambar atau blog yang tidak menepati kriteria atau gambar yang tidak dianggap sebagai penyertaan asal. Keputusan para hakim adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan. Tidak ada peluang untuk menarik balik sebarang penyertaan dari Peraduan, kecuali sekiranya Pihak Penganjur menentukan untuk berbuat demikian.

Fasa 2 • • 30 pemenang tersebut akan diumumkan menerusi laman Facebook Kotex® di www.facebook.com/iknowmovement. 30 pemenang bertuah akan dijemput untuk menghadiri Boot Camp di Club Med, Cherating selama 3 Hari 2 Malam dari 23 hingga 25 November 2012, untuk bilik “Twin Sharing” yang khusus untuk para peserta sahaja. Semua peserta mesti menghadiri Boot Camp pada tarikh di atas untuk layak mendapat hadiah. Para peserta perlu mengatur pengangkutan sendiri (atas kos sendiri) untuk berulangalik dari tempat perlepasan di hotel tertentu/lokasi di Kuala Lumpur yang akan ditentukan oleh Pihak Penganjur di kemudian nanti. Pihak Penganjur akan mengaturkan pengangkutan dan penginapan untuk dan dari titik berlepas itu sebagaimana yang difikirkan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya. Pihak Penganjur akan menguruskan pakej makanan dan minuman untuk mereka yang menyertai Fasa 2 (alkohol tidak dibenarkan) Boot Camp, dan hanya akan bertanggungjawab untuk makanan dan minuman yang terkandung dalam pakej itu; peserta mesti membayar segala kos yang lain. Pemenang akan ditentukan melalui siri aktiviti sepanjang Boot Camp. Pemenang akan dipilih 100% berdasarkan pemilihan hakim, mengambilkira perubahan peserta yang paling ketara (selaras dengan tema promosi) sebelum dan selepas Boot Camp.





Hadiah: • Hadiah-hadiah untuk dimenangi:• Hadiah Utama x 1: RM5,000 + bekalan Kotex® selama 1 tahun* + liputan publisiti** • Hadiah Kedua x 1: RM4,000 + bekalan Kotex® selama 1 tahun* + liputan publisiti** • Hadiah Ketiga x 1: RM3,000 + bekalan Kotex® selama 1 tahun* + liputan publisiti** • Hadiah Saguhati x 27: RM1,000 + liputan publisiti**

*Bekalan Kotex® selama 1 tahun mengandungi 48 pek pantiliner Kotex® biasa DAN 48 pad Kotex® biasa. **Liputan publisiti termasuk majalah tempatan Malaysia, digital, surat khabar, dan medium publisiti lain yang ditentukan oleh Pihak Penganjur. • Serentak dengan penyertaan dalam Peraduan ini, para pemenang turut memberikan kebenaran kepada Pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan. Para pemenang juga mungkin dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah atau menyertai program publisiti. Peserta: • memastikan penyertaan atau mana-mana bahagian dari (Kerja) adalah asli dan tidak ditiru keseluruhan atau sebahagian dari mana-mana mereka yang hidup atau mati; • memastikan bahawa peserta adalah pemilik mutlak Kerja (dan semua Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) dalam Kerja); dan • mengisytiharkan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan, Kerja tidak melanggar Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) mana-mana pihak ketiga. Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) bermaksud semua hak cipta, rahsia perniagaan, maklumat sulit, cap dagangan, rekabentuk, paten, nama dagangan atau hak proprietari sehingga ke pendaftaran hak tersebut. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, mengalami gangguan atau kerosakan teknikal, tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa sebab di luar kawalan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur berhak untuk mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, ditukar untuk nilai matawang ataupun dikembalikan. Pihak Penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau mengubah terma dan syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak. Pihak Penganjur dan Facebook tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan Peraduan ini. Pihak Penganjur dan Facebook tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang dakwaan, kehilangan atau kerosakan yang timbul dari atau terkait dengan penyertaan dalam Peraduan ini atau penggunaan mana mana hadiah. Penyertaan peserta adalah di bawah tanggungjawab para peserta itu sendiri. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma & Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur. Kesemua kos pengangkutan, cukai, kos peribadi atau lain-lain yang wujud ke atas peserta terlibat dalam Peraduan dan penebusan hadiah adalah di bawah tanggungjawab para peserta. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang didakwa telah melanggar atau melampaui batas sebarang terma dan syarat umum. Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang dipercayai telah melakukan kegiatan penipuan atau







• •

• • • •



• • •

kegiatan-kegiatan lain yang berbahaya terhadap Peraduan ini, proses penganjuran Peraduan dan/atau laman Facebook App. Peserta bersetuju bahawa data peribadi, terutamanya nama, boleh diproses, dikongsi dan digunakan untuk tujuan dan dalam konteks Peraduan. Data ini juga boleh digunakan oleh Pihak Penganjur untuk pengesahan identiti peserta, alamat pos, dan nombor telefon atau sebaliknya untuk mengesahkan kelayakan peserta menyertai Peraduan ini, dan menyebarkan bahan promosi terkait dengan barangan Kotex®. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, melihat, membetulkan atau membatalkan sebarang data peribadi yang dipegang oleh Pihak Penganjur dengan menghantar mesej peribadi ke laman Facebook Kotex® Malaysia. Promosi ini tidak dalam apa bentuk pun ditaja, disahkan atau ditadbirkan, atau berkaitan dengan Facebook. Anda memberi maklumat anda kepada Pihak Penganjur dan bukannya Facebook. Semua Terma & Syarat adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian hotline 1800 82 1188 (Isnin – Khamis, 9 pagi – 5 petang) atau e-mel: [email protected]

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close