of 19

Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan

Published on January 2018 | Categories: Documents | Downloads: 15 | Comments: 0
997 views

Comments

Content

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

BARANG JUALAN

UNIT 1

Pengenalan Perniagaan ialah aktiviti dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan untung. 1.1 Kumpulan Sasaran a) Kumpulan sasaran ialah bakal pembeli. Bagi kawasan sekitar sekolah, kumpulan sasaran adalah murid – murid dan guru – guru. b) Pemerhatian, temu bual, dan mengedarkan barong soal selidik adalah cara untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan barang yang diperlukan, disukai, dan mampu dibeli oleh murid dan guru.

1.2 Jenis barang yang sesuai dijual a) Setelah membuat pemerhatian, temu bual, dan mengedarkan borang soal selidik, pelajar akan dapat mengenal pasti jenis barang yang sesuai dijual kepada murid – murid dan guru – guru di sekolah. b) Terdapat dua jenis barang yang sesuai untuk murid – murid dan guru – guru iaitu:

1

i-

Barang keperluan murid dan guru.

ii-

Barang kesukaan murid dan guru. SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

1.3 Sumber bekalan a) Bekalan diperoleh dari pembekal iaitu orang yang membekalkan barang untuk dijual kepada peniaga. b) Petani, peladang dan pemborong adalah contoh pembekal. c) Pengilang adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan barang – barang keperluan seperti alat tulis, pakaian, dan sebagainya. d) Pelbagai cara kita boleh dapatkan maklumat tentang pembekal iaitu : i-

Iklan di laman web, radio, surat khabar, majalah dan poster.

ii-

Melalui peniaga lain.

iii-

Buku panduan telafon dan halaman kuning Yellow Pages.

iv-

Lawatan ke tempat perniagaan pembekal.

v-

Pameran perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat – syarikat tertentu.

e) Pembekal biasanya dipilih berdasarkan harga yang ditawarkan, kualiti barangan yang dijual, jarak tempat pembekal dengan peniaga dan reputasi pembekal tersebut.

2

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

UNIT 2

MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN

2.1 Membuat Rancangan Jualan 1.1 Sebelum memulakan perniagaan, para peniaga perlu menentukan jenis barang atau perkhidmatan yang hendak diniagakan. 1.2 Setelah itu peniaga perlu merancang dan mengenal pasti harga sebelum menjalankan perniagaan. 1.3 Merancang jualan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan secara teratur. 1.4 Perancangan ini penting supaya peniaga tidak menanggung risiko kerugian. 1.5 Selain itu juga, peniaga perlu menyediakan barang jualan iaitu menyiapkan barang yang hendak dijual dengan menetap harga jualan dan melabelkan barangan tersebut. 1.6 Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah: i-

Jumlah modal

ii-

Jenis barang

iii-

Jumlah barang

iv-

Maklumat pembekal

v-

Cara jualan

3

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

1.7 Mengenal pasti cara mendapatkan modal i-

Modal adalah perkara pertama yang penting dalam perniagaan. Sumber modal dapat diperolehi daripada:

ii-

-

Simpanan sendiri

-

Rakan – rakan

-

Bank atau syarikat kewangan

Kepentingan modal -

Membayar kos pembiayaan seperti bil, sewa dan pengangkutan.

-

Membeli stok dari pembekal.

-

Membayar upah pekerjaan.

1.8 Menyediakan maklumat barang jualan. i-

Antara maklumat penting yang harus disediakan oleh seorang peniaga ialah :

4

-

Menentukan barang yang hendak dijual.

-

Jumlah perbelanjaan.

-

Membayar upah pekerja.

-

Sumber bekalan yang harus diperoleh untuk dijadikan barang jualan.

-

Harga barangan yang akan ditawarkan kepada pembeli.

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

ii-

Rumus bagi mendapatkan untung ialah :

Untung Kasar = Harga Jualan ‐ Harga Kos

iii-

Rumus bagi mendapatkan harga seunit barang ialah:

Harga Seunit = Jumlah Harga Jualan – Jumlah Barang yang dibeli

1.9 Rancangan Jualan i-

Antara aspek – aspek penting dalam membuat rancangan jualan ialah: -

Bakal pembeli sama ada guru atau murid.

-

Cara untuk menjual barang sama ada secara terus atau tidak.

-

Masa jualan sama ada masa rehat, hari kurikulum atau sebagainya.

-

Tempat jualan sama ada di kantin, koperasi, padang sekolah dan sebagainya.

ii-

Jadual kerja -

Setiap jualan haruslah mempunyai jadual kerja yang sistematik. Ini bagi memastikan setiap pelajar yang ditugaskan mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan mereka.

5

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

2.2 Membuat rancangan a) Semua barang yang diperoleh dari pembekal biasanya datang dalam bungkusan bentuk pukal. Oleh itu, peniagaan haruslah menyediakan barang tersebut dalam bungkusan yang lebih kecil agar mudah dibeli oleh pengguna.

b) Beberapa langkah perlu diikuti dalam proses menyediakan barangan untuk dijual. Antaranya: i-

Mengasingkan barangan yang perlu dibungkus dengan barang yang tidak perlu dibungkus seperti pen, buku, biskut dan sebagainya.

ii-

Memecah pukal barang jualan iaitu membahagikan barang yang perlu dibungkus dalam unit yang lebih kecil dan meletakkan label.

c) Rumus untuk menentukan harga jualan ialah :

Harga Jualan = Harga Belian + Untung

d) Harga barangan yang ditetapkan hendaklah berpatutan dengan kuasa beli dan pendapatan kumpulan sasaran serta dapat bersaing dengan penjual yang lain.

6

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

e) Membungkus dan melabel i-

Barang yang datang dari pembekal haruslah dibungkus dan dilabel untuk menarik perhatian pembeli.

ii-

Tanda harga merupakan perkara yang penting bagi bakal pembeli kerana ini menjadi penentu kepada keputusan seseorang bakal pembeli sama ada beli barang tersebut ataupun tidak.

iii-

Antara tujuan membungkus dan melabel adalah : -

Daya tarikan kepada pelanggan.

-

Membezakan dengan barang lain yang sama jenis di pasaran.

-

Memudahkan bakal pembeli mengambilnya.

-

Menjual sesuatu barang dalam satu unit yang lebih kecil apabila diperlukan oleh pelanggan.

-

Mudah disusun, dipamerkan, dan dicari oleh pelanggan di tempatnya.

-

Memberikan keselamatan kepada sesuatu barang yang dibeli.

-

Memberikan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan mengenai sesuatu barang yang diperlukan.

-

7

Mengekalkan dan memastikan kualiti barang agar tahan lama.

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

iv-

Antara maklumat yang biasa kita lihat pada sesuatu barang ialah :

v-

-

Kelebihan barang tersebut

-

Kandungan barang

-

Kod bar

-

Cara penggunaan

-

Berat bersih sesuatu barang

-

Pengeluar

-

Tanda halal.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meletakkan harga iaitu :

8

-

Tanda harga pada barang itu sendiri

-

Mengantungkan label tanda harga

-

Tanda harga pada longgokan sesuatu barang yang ingin dijual.

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

MEMPROMOSI JUALAN

UNIT 3

2.1 Promosi Melalui Pembungkusan a) Mempromosi jualan adalah satu kaedah atau cara untuk memberitahu, memujuk, dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan yang ingin dijual. b) Pelbagai cara promosi jualan boleh dilakukan sama ada memberi sampel percuma, mengadakan demontrasi cara – cara menggunakan barang, menampal poster – poster dan memberi baucer atau hadiah kepada orang ramai. c) Promosi bertujuan untuk : i-

Meluaskan pasaran barangan

ii-

Menyebarkan maklumat barangan

iii-

Menimbulkan minat terhadap barangan baharu

iv-

Mengingatkan pelanggan kepada barang yang dijual.

d) Promosi melalui pembungkusan pada sesuatu barangan memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan untuk membelinya.

9

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

e) Ciri yang perlu diambil perhatian semasa membungkus ialah : -

Bentuk dan rupa yang menarik

-

Mudah dibawa

-

Warna yang menarik

-

Tahan lama

-

Sesuai dengan jenis barang.

f) Kaedah pembungkusan yang menarik, rapi, kemas, berwarna – warni dan cantik secara tidak langsung akan menjadi iklan yang berkesan untuk barang tersebut.

g) Antara maklumat penting yang harus adapada setian barang ialah :

10

i-

Kandungan

ii-

Berat

iii-

Tarikh luput

iv-

Kod bar

v-

Nama pengeluar

vi-

Tanda halal

vii-

Keistimewaan barang

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

h) Membungkus barang untuk tujuan mempromosi i-

Barang – barang jualan yang hendak dijual oleh seseorang peniaga haruslah mempunyai bungkusan yang sesuai dengan cara dan jenis corak pembungkusannya.

ii-

Terdapat pelbagai cara dan jenis pembungkusan di pasaran seperti : -

Kertas

-

Botol

-

Kotak

-

Plastic

iii-

iv-

Antara tujuan pembungkusan ialah : -

Supaya barang jualan lebih menarik

-

Mudah disusun dan dipunggah

-

Bertindak sebagai satu cara pengiklanan

-

Untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli. Pembungkusan yang menarik akan menggalakkan pelanggan untuk membeli barang tersebut.

v-

Semua maklumat yang terdapat padabungkusan hendaklah bersifat kreatif dan dapat menarik perhatian pelanggan supaya membeli barang tersebut.

11

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

i) Perbezaan bungkusan yang menarik dengan yang kurang menarik. i-

Sesuatu barang yang dijual oleh penjual mempunyai pelbagai cara dan rupa bentuk bungkusan sama ada menarik ataupun kurang menarik.

ii-

Antara ciri – ciri pembungkusan yang perlu diambil kira sewaktu membeli produk ialah : -

Rupa bentuk

-

Mudah dibawa

-

Tahan lama

-

Bahan yang digunakan untuk membungkus

-

Warna dan corak bungkusan

j) Menilai pembungkusan yang dihasilakan untuk tujuan promosi i-

Antara ciri – ciri menilai pembungkusan yang dihasilkan untuk tujuan promosi ialah:

Pembungkusan yang menarik 

Rupa bentuk bungkusan adalah kemas dan sempurna



Bungkusan tahan lama atau tidak mudah rosak



Mudah dibawa



Tulisan yang jelas dan mudah dibaca



Berhias dengan corak yang menarik



Berwarna cerah dan ceria



Terdapat tarikh luput

12

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

Pembungkusan yang tidak menarik  Rupa bentuk bungkusan adalah tidak kelas dan tidak sempurna 

Bungkusan mudah pecah



Susah untuk dibawa



Tulisan yang kabur dan sukar dibaca

 

Tidak bercorak dan kurang kreatif mereka cipta corak bungkusan Berwarna pudah dan malap



Tidak terdapat tarikh luput

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

MENGURUSKAN JUALAN

UNIT 4

Pengenalan Seseorang peniaga perlulah mengendalikan perniagaannya dengan teratur, sistematik dan cekap bagi memastikan perniagaannya berjaya. 4.1 Melayan pelangan a) Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap. i-

Seorang peniaga mestilah bijak melayan pelanggannya kerana sikap ramah yang ditunjukkan semasa melayan pelanggan dapat menarik hati pelanggan untuk membeli barangan yang dijual.

ii-

Peniaga perlu sentiasa menunjukkan : -

Wajah ceria dan manis

-

Sentiasa melayan pelanggan dengan sopan

-

Bersedia menerima teguran pembeli

-

Sentiasa berpakaian kemas dan bersih

-

Menjawab soalan pembeli dengan hormat dan tepat.

b) Mengira dengan cepat dan tepat i-

Pengiraan yang tidak betul akan menyebabkan pelanggan mudah salah faham dan menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada peniaga.

13

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

ii-

Oleh itu, peniaga haruslah mempunyai kemahiran mengira dengan baik. Bagi peniaga yang mempunyai kelemahan dalam pengiraan, mereka boleh menggunakan bantuan mesin kira.

iii-

Pemulangan wang baki perlu dilakukan dengan sopan dan tepat.

iv-

Rumus untuk mengira wang baki ialah :

Wang baki = Wang yang diterima – Jumlah harga barang c) Inferens etika jualan i-

Peniaga perlu mengamalkan etika jualan yang baik semasa melayan pelanggan dalam urusan jual – beli.

ii-

Seorang

peniaga

perlulah

mengamalkan

beberapa

etika

supaya

pengguna suka membeli di kedainya seperti :

iii-

-

Mesti sentiasa berlaku jujur

-

Mesti berlaku adil kepada semua pelanggan.

-

Mesti sentiasa menepati masa berniaga

-

Mesti sentiasa menjaga alam sekitar.

Pada masa yang sama, penjual perlulah menghindari amalan – amalan yang tidak sihat seperti menaikkan harga barang sesuka hati, memberi layanan yang istimewa atau diskaun khas kepada pelanggan tertentu, dan sebagainya.

iv-

Setiap peniaga haruslah bersedia untuk menerima komen, rungutan atau cadangan daripada pelanggan kerana komen, rungutan atau cadangan itu mungkin dapat mempertingkatkan lagi kualiti perniagaannya.

14

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

v-

Selain itu, bagi pembeli sewaktu menawarkan harga barang, mereka haruslah melakukan secara bersopan dan berpatutan agar tidak merugikan kedua – dua belah pihak.

vi-

Pembeli juga perlu bersikap jujur semasa membeli barang. Sekiranya peniaga tersalah memberi baki wang, pembeli yang beretika haruslah memulangkan baki itu dengan segera.

vii-

Kemudian, bagi pembeli yang membeli barang secara ansuran, mereka seharusnya menjelaskan jumlah hutangnya pada masa – masa yang dijanjikan.

viii-

Disamping itu, bagi pembeli yang mempunyai sikap kerjasama yang baik dengan peniaga, mereka tidak akan meminta layanan atau perkhidmatan yang di luar kemampuan peniaga. Ini kerana perbuatan mereka boleh menyusahkan peniaga dan pada masa yang sama banyak lagi pembeli lain yang perlu dilayan oleh peniaga.

15

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

MEREKOD JUALAN

UNIT 5

Pengenalan. a) Aktiviti merekod barang adalah penting dalam perniagaan bagi mengawal pergerakan keluar masuk stok. b) Rekod ini menjadi sumber rujukan perniagaan dan digunakan untuk mencatat urusan jual beli barangan. c) Borang rekod jualan digunakan untuk merekodkan barang jualan.

5.1 Merekod barangan a) Sesuatu perniagaan haruslah mempunyai rekod perniagaan yang baik. b) Rekod ini boleh dibuat dengan menggunakan buku khas atau kad inventori. c) Antara ciri – ciri yang harus ada pada sesuatu kad inventori ialah :

16

i-

Nama barang

ii-

Nama pembekal

iii-

Tarikh

iv-

Jumlah belian

v-

Jumlah jualan

vi-

Baki stok

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

d) Antara tujuan merekod maklumat dalam kad inventori ialah: i-

Mengetahui jumlah baki stok

ii-

Mengetahui jenis barang yang telah dibeli

iii-

Mengetahui jumlah barang yang telah dibeli

iv-

Mengetahui jumlah barang yang telah dijual

v-

Mengetahui jumlah pendapatan dan perbelanjaan

vi-

Mengetahui keuntungan yang telah diperolehi

e) Butir – butir pada kad inventori perlu diisi pada masa : i-

Menerima barang jualan daripada pembekal

ii-

Menjual barang kepada pembeli

iii-

Menyemak baki stok barang jualan

f) Berpandukan butir – butir dalam kad inventori, peniaga dapat mengetahui beberapa aspek penting iaitu: i-

Jumlah simpanan stok barang

ii-

Membuat anggaran bagi mendapatkan bekalan stok yang mungkin diperlukan pada bulan berikutnya.

iii-

Mengulang tempahan stok bagi stok barang yang sering menjadi pilihan pembeli.

17

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

5.2 Merekod pendapatan dan perbelajaan a) Perbelanjaan merupakan aktiviti yang dilakukan oleh peniaga yang mengeluarkan wang untuk membeli barang untuk dijual. b) Pendapatan pula merupakan wang hasil yang diperoleh daripada kegiatan menjual barang kepada pelanggannya. c) Semua pendapatan dan perbelanjaan mestilah direkodkan supaya peniaga tahu perjalanan perniagaannya. d) Peniaga memperolehi pendapatan daripada sumber – sumber berikut : i-

Hasil jualan barang yang diniagakan

ii-

Hasil kutipan hutang daripada pelanggan

iii-

Pendapatan lain seperti komisen, elaun, dan diskaun.

iv-

Hasil jualan semula harta tetapnya seperti perabot, kenderaan, dan peralatan pejabat.

e) Antara kepentingan perbelanjaan kepada peniaga ialah : i-

Membeli barangan niaga

ii-

Membayar hutang kepada pembekal

f) Antara tujuan merekod pendapatan perbelanjaan ialah : i-

Mengetahui jumlah pendapatan perniagaan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

ii-

Jumlah perbelanjaan perniagaan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

iii-

Jumlah untung atau rugi yang diterima pada sesuatu tempoh masa tertentu.

18

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4

5.3 Mengira untung atau rugi. a) Semua peniaga melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang. b) Aktiviti dijalankan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. c) Untung

atau

rugi

sesuatu

perniagaan

dapat

diketahui

pengiraanya

berdasarkan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan. d) Rumus untuk mengira untung atau rugi adalah seperti berikut :

Pendapatan – perbelanjaan = untung Perbelanjaan – pendapatan = rugi

e) Keuntungan ialah hasil pendapatan yang diperoleh melebihi pendapatan. Manakala kerugian pula ialah hasil pendapatan yang diperoleh kurang daripada perbelanjaan. f) Rugi

ialah

jumlah

perbelanjaan

pendapatan.

19

SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3

yang

dikeluarkan

melebihi

jumlah

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close