1 AIDS (a) AIDS akibat pemindahan darah Jika Orang yang Dilindungi dijangkiti dengan virus HIV atau AIDS selagi: i. jangkitan tersebut adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang diterima di Malaysia atau Singapura selepas tarikh permulaan sijil tersebut; ii. Orang yang Dilindungi tidak menghidapi hemofilia; dan iii. Orang yang Dilindungi bukan seorang ahli kumpulan berisiko tinggi seperti tetapi tidak terhad kepada homoseksual, pengguna dadah intravena, atau pekerja seks.
Kami akan memerlukan bukti pemindahan darah tersebut, seperti sesuatu kenyataan dari pihak berkuasa kesihatan, bahawa Orang yang Dilindungi telah dijangkiti melalui prosedur perubatan.
(b) Full blown AIDS Orang yang Dilindungi mesti menjalani satu ujian antibodi HIV positif (human immunodeficiency virus) dan ujian pengesahan Western Blot.
Orang yang Dilindungi juga perlu mempunyai kiraan sel CD4 kurang daripada dua ratus (200) dan memenuhi satu (1) atau lebih kriteria berikut: i. kehilangan lebih daripada 10% daripada berat badan Orang yang Dilindungi dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom pembaziran). ii. mengalami sarkoma Kaposi. iii. mempunyai pneumonia pneumocystic carinii. iv. mempunyai leukoensefalopati multifokal progresif. v. mempunyai batuk kering aktif. vi. mempunyai kurang daripada seribu (1,000) limfosit. vii. mempunyai limfoma malignan.
Jika anda membuat sesuatu tuntutan (kecuali untuk Contributor, Spouse Contributor dan Parent Contributor), kami akan membayar 50% daripada kesemua manfaat yang digunapakai (sehingga Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM 500,000) ke atas mana-‐mana satu (1) nyawa di bawah ini dan semua sumbangan lain) untuk penyakit ini.
Kami akan membayar bayaran yang selebihnya apabila Orang yang Dilindungi meninggal dunia, hilang upaya kekal dan menyeluruh, atau Diagnosis penyakit kritikal lain yang mana berlaku terlebih dahulu.
2 Anemia aplasia Kegagalan sumsum tulang yang kronik dan berpanjangan, yang mengakibatkan sumsum tulang tidak lagi dihasilkan dan yang memerlukan rawatan sekurang-‐kurangnya satu (1) daripada yang berikut: (a) Pemindahan tetap produk darah; (b) Ejen perangsang sumsum; (c) Ejen imunosupresif; atau (d) Pemindahan sumsum tulang.
3 Sindrom Apalik Nekrosis umum korteks otak, dengan pangkal otak masih sempurna.
Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan Orang yang Dilindungi mesti didokumenkan untuk sekurang-‐ kurangnya tiga puluh (30) hari.
4 Penyakit Alzheimer Kemerosotan atau kehilangan keupayaan intelek atau kelakuan tidak normal, yang dibuktikan menggunakan keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian piawai yang diterima, akibat daripada penyakit Alzheimer atau penyakit kemerosotan organik otak yang tidak boleh dipulihkan. Ini tidak termasuk
5
neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alkohol.
Keadaan ini mengakibatkan pengurangan yang signifikan di dalam kefungsian mental dan sosial yang mana Orang yang Dilindungi memerlukan penjagaan berterusan.
Diagnosis tersebut mesti disahkan secara klinikal oleh seorang perunding perubatan yang bersesuaian. Tumor otak benigna Satu tumor bukan kanser di dalam otak, yang mengancam nyawa, yang menunjukkan tanda-‐tanda peningkatan tekanan di dalam tengkorak seperti papiledema, simptom-‐simptom mental, sawan dan kerosakan deria.
Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian pengimejan seperti imbasan CT atau imbasan MRI.
Kami tidak akan melindungi: (a) sista; (b) granuloma; (c) kecacatan di dalam arteri atau arteri atau urat-‐urat pada otak; (d) hematoma; (e) tumor di dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang; atau (f) tumor saraf akustik. Buta Kehilangan kekal, menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan penglihatan kedua-‐dua belah mata yang disahkan oleh seorang oftalmologi. Pembedahan otak Menjalani pembedahan pada otak di bawah anestesia am, ketika sesuatu kraniotomi dijalankan.
Kami tidak melindungi Bur Hole dan pembedahan otak akibat Kemalangan. Kanser Pertumbuhan tidak terkawal dan penyebaran sel-‐sel malignan ke dalam tisu sekeliling dan pemusnahan tisu biasa di mana Orang yang Dilindungi memerlukan rawatan atau pembedahan major (tetapi bukan hanya prosedur endoskopik). Kanser tersebut mesti disahkan malignannya oleh bukti histologi.
Keadaan-‐keadaan berikut adalah tidak dilindungi: (a) Karsinoma in situ, pada serviks. (b) Duktus karsinoma in situ, pada payudara. (c) Karsinoma papilari pada pundi dan kanser prostat tahap-‐1. (d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan. (e) Penyakit Hodgkin tahap-‐1. (f) Tumor, yang mana merupakan komplikasi akibat AIDS. Kardiomiopati Diagnosis jelas oleh pakar perunding kardiologi mengenai kardiomiopati yang menjejaskan fungsi ventrikular, disyaki melalui keabnormalan ECG dan disahkan melalui ekokardiogram yang menunjukkan etiologi berubah dan mengakibatkan kelemahan fizikal kekal ke tahap sekurang-‐kurangnya kelas III Klasifikasi Persatuan Jantung New York mengenai kerosakan jantung.
Kelas III – Batas keupayaan yang ketara – Pesakit selesa ketika berehat tetapi apabila melakukan aktiviti yang kurang daripada biasa akan menyebabkan simptom Kegagalan Jantung Kongestif.
Kelas IV – Ketidakupayaan untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa tidak selesa. Simptom Kegagalan Jantung Kongestif berlaku walaupun ketika berehat. Dengan sebarang pertambahan dalam aktiviti fizikal, rasa tidak selesa akan dialami.
6
7
8
9
Kami tidak akan melindungi sebarang kardiomiopati yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol dan dadah.
10 Penyakit hati kronik Kegagalan hati tahap-‐akhir, yang ditunjukkan oleh: (a) jaundis tetap, (b) asites (lebihan cecair), (c) ensefalopati (gangguan otak), dan (d) tekanan darah tinggi portal (peningkatan tekanan darah).
Kami tidak melindungi ensefalopati Wernicke dan kegagalan hati berpunca daripada penyalahgunaan alkohol dan dadah.
Penyakit paru-‐paru kronik Kegagalan pernafasan tahap-‐akhir termasuk penyakit ruang antara paru-‐paru yang kronik.
Orang yang Dilindungi perlu memenuhi semua kriteria berikut: (a) Orang yang Dilindungi memerlukan terapi oksigen secara tetap disebabkan oleh nilai konsisten ujian Forced Expiratory Volume (FEV1) yang kurang daripada satu (1) liter. (b) Analisis gas darah arteri dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang. (c) Rasa semput apabila berehat. Koma Satu keadaan tidak sedarkan diri yang mana Orang yang Dilindungi tidak boleh bereaksi atau bertindak balas terhadap sebarang rangsangan dari luar badan atau keperluan badan beliau sendiri, yang mesti berlanjutan untuk sekurang-‐kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, dan memerlukan penggunaan sistem penampung nyawa dan mengakibatkan defisit neurologi yang berlanjutan lebih dari tiga puluh (30) hari.
Kami memerlukan pengesahan dari seorang pakar neurologi. Kami tidak akan melindungi koma yang diakibatkan secara langsung dari kecederaan yang dilakukan sendiri ke atas diri, penyalahgunaan alkohol atau dadah.
13 Penyakit arteri koronari (a) Penyakit arteri koronari yang memerlukan pembedahan Apabila Orang yang Dilindungi menjalani pembedahan pintasan arteri koronari menggunakan torakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit arteri koronari.
Ini tidak termasuk angioplasti, lain-‐lain prosedur intra-‐arteri, lubang kunci pintasan atau laser. (b) Penyakit arteri koronari serius lain Lumen bagi sekurang-‐kurangnya tiga (3) arteri koronari utama (sirkumfleks, arteri koronari kanan (RCA), anterior kiri arteri menurun (LAD)), apabila menyempit sekurang-‐kurangnya 60% atau lebih seperti yang terbukti oleh arteriografi koronari, kami akan membayar manfaat ini sama ada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dilakukan atau tidak. (c) Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari Bermaksud menjalani pembedahan Angioplasti Belon Arteri Koronari buat pertama kali, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten (besi gegelung) untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat.
Prosedur penyiasatan intra-‐arteri tidak termasuk dalam takrif ini.
Bukti perubatan hendaklah termasuk semua yang berikut: i. Bukti perubahan ECG yang ketara dan relevan (lekukan/depresi segmen ST sebanyak dua (2) milimeter atau lebih), dan ii. Bukti angiografi untuk mengesahkan lokasi stenosis.
11
12
14
Pekak Kehilangan pendengaran secara menyeluruh dan kekal pada kedua belah telinga akibat penyakit atau Kemalangan.
Kami mesti menerima bukti perubatan di dalam bentuk ujian audiometri dan ambang bunyi.
Ensefalitis Keradangan teruk otak yang mengakibatkan defisit neurologi kekal yang berlanjutan sekurang-‐kurangnya tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh pakar neurologi.
Defisit kekal tersebut mesti menyebabkan ketidakupayaan Orang yang Dilindungi untuk menjalankan sekurang-‐kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa peralatan mekanikal, peralatan istimewa atau bantuan dan penyesuaian lain untuk orang kurang upaya.
Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan menggunakan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini.
Kami tidak melindungi ensefalitis yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Hepatitis viral fulminan Kami mentakrifkan ini sebagai nekrosis hati yang separa besar kepada besar yang disebabkan oleh sebarang virus yang menjurus kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostik yang harus dipenuhi ialah: (a) pengurangan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrabunyi abdomen; (b) kegagalan keseluruhan lobul, meninggalkan hanya satu struktur retikular yang rebah; (c) ujian kefungsian hati yang semakin merosot; dan (d) jaundis yang mendalam.
Mengalami jangkitan hepatitis B atau menjadi seorang pembawa sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostik. Serangan Jantung Apabila sebahagian otot jantung (myocardium) gagal disebabkan oleh kekurangan bekalan darah dan terbukti secara: (a) sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; (b) perubahan baru elektrokardiografik akibat dari peristiwa ini; dan (c) peningkatan enzim jantung (CPK-‐MB) melebihi tahap normal makmal yang diterima secara umum.
Diagnosis berdasarkan kepada peningkatan ujian Troponin T sahaja tidak akan diterima sebagai satu Diagnosis bagi serangan jantung.
Kami tidak akan melindungi angina (sakit dada).
Penggantian injap jantung Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung akibat daripada kerosakan injap jantung atau ketidaknormalan yang telah berlaku selepas tarikh pengeluaran atau penguatkuasaan semula Lampiran yang berkaitan.
Kami tidak melindungi pembaikan menggunakan valvotomi, prosedur intra arteri, pembedahan lubang kunci, atau teknik-‐teknik yang seumpamanya.
Kegagalan buah pinggang Kegagalan buah pinggang tahap-‐akhir yang diwakili oleh kegagalan kronik yang tidak boleh dipulihkan bagi kedua-‐dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan Orang yang Dilindungi memerlukan dialisis tetap atau pemindahan buah pinggang.
15
16
17
18
19
20
21
Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari) Pengesahan oleh Pakar Perubatan mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari yang berlanjutan bagi tempoh minimum enam (6) bulan dan mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-‐kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau alat bantu lain dan pengubahsuaian dalam penggunaannya untuk orang yang hilang upaya. Bagi tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Kehilangan pertuturan Kehilangan keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan kekal selama dua belas (12) bulan secara berterusan.
Kami mesti menerima bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit pada pita suara daripada pakar (telinga, hidung, kerongkong) yang bersesuaian.
Kami tidak akan melindungi sebarang sebab yang berkaitan dengan psikiatri. Kelecuran major Lecuran tahap-‐ketiga meliputi sekurang-‐kurangnya 20% daripada kawasan permukaan badan Orang yang Dilindungi seperti yang diukur oleh ‘The Rule Of 9’ dalam Carta Permukaan Badan Lund dan Browder. Trauma kepala major Kecederaan fizikal kepala yang menyebabkan kerosakan kekal signifikan terhadap fungsi yang berlanjutan sekurang-‐kurangnya sembilan puluh (90) hari dari tarikh trauma atau kecederaan.
Kerosakan ini mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan/atau pakar bedah neuro yang mana dipersetujui oleh pegawai perubatan kami.
Orang yang Dilindungi juga hendaklah tidak berupaya untuk menjalankan sekurang-‐ kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa peralatan mekanikal, peralatan istimewa atau bantuan dan penyesuaian lain untuk orang kurang upaya.
Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan menggunakan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini.
Pemindahan organ major Apabila Orang yang Dilindungi menerima salah satu daripada organ-‐organ manusia berikut: (a) Buah pinggang (b) Paru-‐paru (c) Hati (d) Jantung (e) Sumsum tulang Penyakit Sistik Medulari Penyakit buah pinggang keturunan yang semakin teruk yang dicirikan oleh kehadiran sista di dalam medula, atrofi tubular dan fibrosis intestitial dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan natrium ginjal, yang melarat kepada kegagalan ginjal kronik. Diagnosis hendaklah disokong oleh biopsi ginjal. Meningitis Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-‐membran otak dan/atau saraf tunjang.
Ini mengakibatkan masalah neurologi kekal yang berlanjutan sekurang-‐kurangnya tiga puluh (30) hari dan menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-‐kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa peralatan mekanikal, peralatan istimewa atau bantuan dan penyesuaian lain untuk orang kurang upaya.
Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan menggunakan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini.
Diagnosis ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurologi.
22
23
24
25
26
27
Penyakit neuron motor Penyakit neuron motor oleh sesuatu sebab yang tidak diketahui adalah dicirikan oleh kemerosotan progresif saluran tulang belakang kortiko dan sel-‐sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar.
Ini termasuk atrofi otot tulang belakang, palsi bulbar progresif, sklerosis lateral amiotrofik, dan sklerosis lateral utama.
Diagnosis tersebut mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi. Sklerosis berbilang Satu Diagnosis muktamad oleh seorang pakar neurologi yang mengesahkan kombinasi berikut, di mana telah berterusan untuk sekurang-‐kurangnya seratus lapan puluh (180) hari: (a) Simptom berkaitan dengan saluran (jirim putih) yang melibatkan saraf-‐saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang, menghasilkan defisit neurologi yang jelas. (b) Lesi yang banyak atau berasingan. (c) Satu catatan bertulis yang lengkap mengenai sejarah terhadap keadaan yang bertambah buruk dan kemerosotan bagi simptom-‐simptom di atas dan defisit neurologi.
Distrofi otot Diagnosis distrofi otot mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi. Orang yang Dilindungi mesti mempunyai kombinasi tiga (3) daripada empat (4) keadaan berikut: (a) Sejarah keluarga individu-‐individu lain yang terlibat. (b) Penyampaian klinikal termasuk ketiadaan gangguan deria, bendalir cerebro-‐spinal yang normal dan pengurangan sederhana pantulan tendon. (c) Pencirian elektromiogram. (d) Kesangsian klinikal disahkan oleh biopsi otot.
Kami tidak melindungi kanak-‐kanak berusia dua belas (12) tahun atau ke bawah. Kelumpuhan Kehilangan penuh dan kekal bagi penggunaan kedua belah tangan atau kedua belah kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan, yang berlanjutan sekurang-‐kurangnya seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh trauma atau penyakit.
Penyakit Parkinson Satu Diagnosis muktamad penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurologi yang mana keadaannya: (a) tidak boleh dikawal dengan ubat-‐ubatan; dan (b) menunjukkan tanda-‐tanda kecacatan progresif.
Ianya harus disahkan bahawa Orang yang Dilindungi tidak dapat melakukan sekurang-‐kurangnya tiga (3) atau lebih Aktiviti Kehidupan Harian.
Kami hanya akan melindungi penyakit Parkinson idiopatik.
Kami tidak akan melindungi penyakit Parkinson yang disebabkan oleh ubat-‐ubatan atau toksik. Poliomielitis Satu Diagnosis muktamad oleh seorang pakar neurologi terhadap jangkitan dengan virus polio yang menjurus kepada penyakit lumpuh.
Ini boleh dilihat dengan kerosakan pada fungsi motor atau kelemahan pernafasan.
Kes-‐kes yang tidak
melibatkan kelumpuhan tidak akan layak menerima manfaat ini.
Kami tidak melindungi sebab-‐sebab lain kelumpuhan (seperti sindrom Guillain-‐Barre). Tekanan darah tinggi arteri pulmonari utama Tekanan darah tinggi pulmonari utama dengan pembesaran ketara ventrikal kanan, yang disahkan menggunakan siasatan termasuk kateter jantung; yang mengakibatkan kecacatan fizikal kekal pada tahap
28
29
30
31
32
33
sekurang-‐kurangnya kelas-‐3 menurut klasifikasi New York Heart Association bagi kegagalan jantung. Ia juga bermakna Orang yang Dilindungi tidak boleh menjalankan pekerjaan biasa beliau.
34 Strok Sesuatu kemalangan atau kejadian pada otak, yang menghasilkan komplikasi tetap neurologi, yang berterusan tidak kurang dari seratus lapan puluh (180) hari.
Ini termasuk kegagalan tisu otak, pendarahan dan embolisme dari satu sumber
tambahan kranium.
Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau imbasan MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi atau pakar bedah neuro.
Kami tidak akan melindungi simptom-‐simptom serebrum yang disebabkan oleh serangan iskemia sementara (strok tidak kekal), sebarang defisit neurologi iskemia berbalik, iskemia vertebrobasilar, simptom-‐simptom serebrum yang disebabkan oleh migrain, kecederaan serebrum akibat daripada trauma atau hipoksia dan penyakit vaskular yang mempengaruhi mata atau saraf optik atau fungsi-‐fungsi vestibular otak. Pembedahan pada aorta Pembedahan untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aorta, sesuatu halangan pada aorta atau penyempitan aorta dengan menggunakan torakotomi atau laparotomi.
Untuk tujuan ini, takrifan aorta bermakna aorta toraks dan abdomen tetapi bukan cabang-‐cabangnya. Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis Bermaksud gangguan autoimun berbilang sistem dan berbilang faktor yang kebanyakannya melibatkan wanita pada tempoh boleh melahirkan anak dan dicirikan oleh penghasilan autoantibodi yang menyerang pelbagai antigen diri.
Berkaitan dengan kontrak ini, SLE akan terhad kepada jenis lupus eritematosus sistemik yang melibatkan buah pinggang (Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis IV, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal). Jenis-‐jenis lain, lupus diskoid, dan jenis lain yang hanya melibatkan hematologi dan sendi sahaja tidak termasuk dalam takrif ini.
Klasifikasi Lupus oleh World Health Organisation: Kelas I (Perubahan Minimum)
-‐ Negatif, kencing normal Kelas II (Mesangial)
-‐ Proteinuria sederhana, enapan aktif Kelas III (Segmen Fokus)
-‐ Proteinuria, enapan aktif Kelas IV (Resap)
-‐ Nefritis akut dengan enapan aktif dan/atau sindrom nefritik Kelas V (Bermembran)