Email Marketing

Published on July 2016 | Categories: Documents | Downloads: 68 | Comments: 0 | Views: 715
of 20
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content



Tip & Strategi Menguasai Pemasaran Email Efektif



TIP TERBAIK EMAIL MARKETING

Tip Terbaik Email Marketing
1

Isi Kandungan

Teknik Email Marketing terbaik ........................................... 2
Komponen terpenting Email Marketing ................................ 5
i -Komponen 1 : Autoresponder ....................................... 5
ii - Komponen 2 : Squeeze Page Berkesan ........................ 8
iii - Komponen 3 : Email Follow Up ................................. 13
iv - Komponen 4 : Kebolehan 'Split Test' ......................... 14
v - Komponen 5 :Kredibiliti Online .................................. 16
vi - Komponen 6 :Hubungan Kukuh Dengan Subscriber .... 18
Kesimpulan .................................................................... 19






Tip Terbaik Email Marketing
2

Teknik Email Marketing Terbaik
Apabila bercakap tentang buat duit online dan juga proses memaksimumkan
kemampuan anda dalam pasaran niche yang menguntungkan, satu perkara yang
tidak boleh dilupakan iaitu membina ‘subscriber sasaran’ untuk memastikan
mailling list anda adalah list yang responsif – ini adalah komponen yang penting!.
Pembinaan list sudah tentu berkait rapat di antara anda dengan audien sasaran
anda. Anda perlu menawarkan kepada mereka maklumat yang berkualiti dan
berterusan dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan setiap subcriber anda.
Usahawan Internet atau Email
Marketer kebiasaan akan
mengumpulkan ‘lead’
menggunakan ‘squeeze page’
yang memfokuskan kepada
topik-topik tertentu. Squeeze
Page biasanya menyediakan
borang opt-in atau ‘opt-in form’
yang mempunyai ruangan untuk
di isi nama penuh dan alamat
emel pengunjung. Ini adalah
‘pintu masuk’ kepada sistem
autoresponder anda.
Borang atau kotak opt-in ini dihasilkan oleh penyedia autoresponder anda dan
dimasukkan ke squeeze page dalam bentuk kod HTML. Kod HTML ini boleh dijana
hanya dengan beberapa klik butang mouse sahaja.
Setiap kali ada pengunjung memasukkan nama dan alamat emel mereka ke
squeeze page anda, secara automatik mereka akan dimasukkan ke dalam
database mailing list anda. Mereka ini akan menjadi subscriber newsletter anda
yang aktif. Apabila pelawat telah sah menjadi subscriber anda, anda bolehlah
mula menghantar emel-emel follow up kepada mereka yang menawarkan
maklumat-maklumat yang berkualiti seperti artikel, laporan, link-link ke post blog,
Tip Terbaik Email Marketing
3

panduan video dan lain-lain maklumat serta sumber-sumber yang anda fikir
berguna untuk para subscriber anda.

Pembinaan list membantu memajukan lagi proses menukarkan subscriber
menjadi pelanggan yang aktif. Apabila prospek anda telah dimasukkan ke list
emel, anda boleh membina hubungan dengan berkomunikasi dengan mereka
secara terus melalui broadcast emel follow-up anda.
Hakikatnya, tidak ada jalan yang lebih cepat dan mudah untuk memaksimumkan
pendapatan online anda melainkan dengan senarai emel (mailing list) yang kualiti,
relevan, list yang disasarkan (targeted) dan responsif. Kerja anda akan menjadi
jauh lebih mudah jika anda mempunyai database pelanggan yang benar-benar
berminat dengan tajuk atau pasaran niche yang anda ceburi.
Contohnya, dengan satu mailing list anda boleh menghasilkan broadcast yang
boleh dihantar ke semua subscriber anda yang mengandungi maklumat yang
berkualiti dan bahan-bahan promosi.
Tip Terbaik Email Marketing
4

Kemudian, anda bolehlah memasukkan promosi affiliate untuk produk-produk
dan servis-servis yang relevan untuk dihantar kepada list anda tetapi apa yang
lebih penting ialah, anda mampu menjana ‘feedback’ yang akan membolehkan
anda mengetahui dan mengenali prospek anda dengan lebih mendalam, apa yang
mereka suka dan sebaliknya.
Bayangkan potensi yang ada apabila anda mempunyai database pelanggan yang
aktif di hujung jari anda. Anda boleh menghantar emel kepada mereka pada bila-
bila masa yang anda suka, memberikan mereka tawaran-tawaran terkini, bahan-
bahan dan sumber-sumber maklumat yang sentiasa baru. Ini sudah tentu akan
membantu mengukuhkan kedudukan anda dalam pasaran niche yang anda pilih
dan pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan positif di antara
anda dan pelanggan anda.













Tip Terbaik Email Marketing
5

Komponen Terpenting Email Marketing

Mari kita lihat komponen-komponen yang paling penting dalam membina
kempen pemasaran emel yang berjaya :
Komponen #1 : Autoresponder
Salah satu langkah paling penting yang anda akan ambil sebagai seorang email
marketer ialah memilih penyedia autoresponder.
Dengan servis autoresponder seperti www.GetResponse.com dan
www.Aweber.com, anda boleh memiliki senarai-senarai emel yang tidak terhad,
setiap satunya mempunyai kod yang boleh diubahsuai dan dijadikan borang opt-
in anda.



Dengan mengkategorikan senarai-senarai emel anda, anda boleh mengubahsuai
kandungan emel supaya ianya bersesuai dengan penerima emel tersebut, jika
Tip Terbaik Email Marketing
6

masing-masing mempunyai minat yang berbeza-beza terhadap topik atau
maklumat tertentu.
Terdapat banyak sebab kenapa anda memerlukan akaun autoresponder
profesional dan ia adalah salah satu komponen penting dalam Perniagaan
Internet :
1. Penghantaran Lebih Terjamin – Penghantaran email kepada semua
prospek anda adalah lebih terjamin servis autoresponder profesional, anda
tidak perlu bimbang emel anda tidak sampai kepada penerima. Sudah
menjadi tanggungjawab para penyedia autoresponder profesional untuk
memastikan kepuasan anda dan membantu menghubungkan anda dengan
para subscriber dengan efektif.

2. Mengawal Senarai Emel dan Membantu Anda Menguruskan Pelanggan -
Penyedia autoresponder profesional kerap menyimpan database anda jadi
anda tidak perlu risau jika berlaku apa-apa masalah kelak. Ini adalah amat
penting kerana sudah tentu anda tidak mahu segala penat lelah anda
mengumpul senarai emel sia-sia jika berlaku apa-apa kehilangan.

Penyedia servis autoresponder anda juga akan mengendalikan semua
permintaan untuk subscribe, secara tidak langsung membantu anda
mengelakkan diri dari dituduh sebagai ‘Spammer’ atau melanggar akta
Spam dan juga membolehkan anda menulis seberapa banyak mesej-mesej
newsletter yang anda mahu serta menentukan waktu dan tarikh anda
mahu ianya dihantar.

3. Menyediakan Data dan Statistik Yang Penting untuk Membantu Anda
Berkomunikasi dengan Subcriber dengan Lebih Baik - Jika anda berminat
untuk memaksimumkan kadar tindakbalas pengkalan pelanggan, anda
perlu memaksimumkan penggunaan kelebihan-kelebihan yang ada dalam
akaun autoresponder anda termasuklah kadar emel anda dibuka (open
rate), kadar respon dan mengetahui ada atau tidak rungutan dari para
subscriber terhadap emel-emel yang anda hantar tersebut.
Tip Terbaik Email Marketing
7

Memerhatikan perkembangan pengkalan subscriber anda dan mengetahui
bagaimana mereka bertindakbalas terhadap broadcast anda akan
membantu meningkatkan mutu mailing dan memajukan lagi kempen yang
anda jalankan dan ini bermakna mengukuhkan lagi hubungan dan cara
anda berkomunikasi dengan mereka.

NOTA PENTING: Adalah sukar untuk menukar penyedia autoresponder ika
sekirannya anda telah lama menggunakan penyedia yang sedia ada. Ini kerana
para subscriber anda terpaksa mendaftar sebagai subscriber anda sekali lagi jika
mereka ingin terus menerima broadcast dari anda.
Anda harus ingat perkara ini apabila mula membina senarai emel anda dan
memilih akaun autoresponder profesional yang betul. Perkara pertama yang perlu
dilakukan ialah – memilih autoresponder yang betul agar anda tidak kehilangan
subscriber dalam perataus yang tinggi apabila membuat keputusan untuk
menukar autoresponder!








Tip Terbaik Email Marketing
8

Komponen #2 : Squeeze Page Berkesan
Salah satu elemen terpenting kempen pemasaran emel yang berjaya bermula
dengan squeeze page yang dibina dengan baik dan menjadi sasaran carian
sertan mampu menukarkan pelawat menjadi peminat atau subscriber.
Squeeze page anda ialah ‘pintu masuk’ ke dalam sistem pemasaran emel anda
dan jika ianya gagal berfungsi untuk menukar pengunjung kepada subscriber,
anda akan mengalami masalah untuk menjana jumlah ‘leads’ yang cukup untuk
menjayakan kempen pemasaran anda.
Anda perlu pastikan satu perkara : apabila ada seseorang berkunjung ke laman
web anda, satu-satunya tindakan yang akan diambil olehnya ialah menjadi
subscriber anda.

Ini bermakna anda perlu meminimumkan link-link dalaman, menekankan atau
menonjolkan kotak opt-in anda kerana ia adalah pintu masuk ke seluruh sistem
anda.
Tip Terbaik Email Marketing
9


Anda juga hendaklah menghadkan penggunaan grafik di dalam squeeze page
anda supaya ia boleh dipaparkan dengan lebih cepat dan tidak membosankan
pengunjung kerana terpaksa menunggu sehingga beberapa minit untuk melihat
squeeze page anda.
Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan squeeze page yang mampu
memujuk para pengunjung menjadi subscriber anda, pertimbangkanlah beberapa
insentif yang boleh anda tawarkan. Apabila menyenaraikan faedah-faedah, anda
perlulah jelas dan padat.
Pastikan mereka faham apakah ‘yang disediakan untuk mereka’ dan tunjukkan
apakah faedah-faedah yang bakal mereka perolehi jika menjadi subscriber anda
(penyelesaian masalah, tawarkan panduan, nasihat, tips dan sebagainya).
Squeeze page adalah lebih kurang sama dengan salespage dari segi objektif
utamanya iaitu untuk menimbulkan minat dan menarik para pengunjung untuk
mengambil tindakan (menjadi subscriber anda). Untuk melakukannya secara lebih
berkesan, anda perlukan kepada formula ‘call to action’ yang KUAT.
Apakah ‘Call To Action’? Ia adalah ayat atau frasa yang mengajak pengunjung
untuk bertindak segera sama ada untuk membeli atau mendapatkan sesuatu yang
ditawarkan. Contohnya :
Tip Terbaik Email Marketing
10

“Dapatkan segera hari ini sebelum harga dinaikkan!”




Call to action adalah penting dalam membina squeeze page yang berkesan dan
anda hendaklah berusaha untuk memujuk (melalui squeeze page) pelanggan agar
menjadi subscriber anda, jika tidak, mereka tidak akan berada dalam senarai emel
anda.
Anda hendaklah memberitahu para pengunjung secara jelas untuk memasukkan
nama dan alamat emel mereka ke kotak opt-in untuk menyertai senarai
subscriber anda.
Apabila membina bahagian teks untuk squeeze page anda, pertimbangkan
penggunaan fungsi underline, highlight atau bold bahagian yang mengandungi
maklumat yang penting supaya anda boleh menarik perhatian mereka untuk
melakukan sesuatu yang anda mahu.
Anda juga haruslah menggunakan ‘bullet points’ untuk menonjolkan lagi bahagian
yang mengandungi maklumat penting dan untuk memudahkan para pengunjung
meneliti apa yang anda ingin sampaikan kepada mereka.
Anda seharusnya mempunyai insentif terbaik untuk ditawarkan kepada mereka,
dengan cara meneliti dan menilai dengan baik pasaran anda, begitu juga dengan
tawaran yang diberikan oleh pihak lawan. Ini membolehkan anda merancang
dengan baik demi untuk menguasai pasaran anda.
Tip Terbaik Email Marketing
11

Anda boleh tawarkan:
 Ebook percuma
 Laporan percuma
 Rekaan atau Template percuma
 Pakej Grafik percuma
 Panduan Video percuma
 Tutorial percuma
 Contoh bab percuma / preview bab
Jika anda berminat untuk outsource projek anda kepada freelancer, anda boleh
merealisasikannya dengan berkunjung ke laman-laman berikut :
http://www.wangcyber.com
http://www.Elance.com


Kesimpulannya, pembinaan list anda terdiri dari tiga bahagian utama:
 Squeeze page dengan Kotak Opt-In

 Tawaran atau Insentif Berkualiti Tinggi yang Menarik

 Emel-emel Follow Up dan Broadcast


Tip Terbaik Email Marketing
12

Komponen #3: Emel Follow-Up

Demi pengurusan pemasaran emel yang lebih baik, anda patut pertimbangkan
untuk membuat satu jadual penghantaran yang akan menyediakan para
subscriber anda gambaran yang jelas tentang apa yang akan mereka perolehi dari
emel-emel dan broadcast anda.

Berdisiplin dalam melakukan perkara-perkara di atas akan membantu para
subscriber anda memberikan lebih perhatian kepada broadcast anda dan yang
lebih penting lagi, kedatangan emel-emel anda itu diharap-harapkan oleh mereka.

Teknik ini akan meningkatkan kadar buka email anda (open-rate)!

Apabila membina kempen pertama emel anda, saya cadangkan anda hasilkan 5 -7
emel sebagai permulaan, tambahkan emel-emel yang seterusnya ke dalam
sambungan yang selepasnya.

Bagaimanapun anda harus ingat bahawa para subscriber yang telah menjadi
sebahagian pusingan emel anda tidak akan menerima emel-emel baru dari anda
kecuali jika anda menghantar broadcast yang sebenar.

Emel pertama anda seharusnya dihantar secara automatik sebaik sahaja
subscriber anda selesai mengesahkan permintaan mereka untuk dimasukkan ke
dalam senarai emel anda. Setelah itu barulah emel-emel rantaian anda dihantar
Tip Terbaik Email Marketing
13

kepada mereka setiap 2-3 hari. Jangan sesekali biarkan mereka tanpa menerima
emel tanpa untuk tempoh yang agak lama!
Contoh:
Ahad : Laporan Percuma
Isnin : Artikel Percuma
Selasa : Emel Promosi
Rabu : Artikel Percuma
Khamis : Emel Promosi
Jumaat : Emel Promosi
Sabtu : Rehat (tidak ada penghantaran)
Sentiasa ingat untuk menjadikan apa-apa bahan yang ingin dihantar kepada para
subscriber seperti bahan-bahan broadcast menarik dan berkualiti.
Pastikan subscriber anda dapat mengecam ‘brand’ atau ‘trademark’ anda,
walaupun anda outsource kerja-kerja anda tersebut, anda masih perlu
meletakkan atau menyertakan ‘brand’ anda supaya ia memudahkan para
subscriber membuat pengasingan (di antara emel-emel anda dengan emel orang
lain).







Tip Terbaik Email Marketing
14

Komponen #4: Kebolehan Melakukan ‘Split Test’
Tidak kiralah bagaimana rekaan laman web anda atau bagaimana teliti sekalipun
anda melakukan analisa ke atas setiap halaman squeez page anda, tidak ada cara
untuk anda mengetahui dengan tepat bagaimana untuk mengetahui apakah
respon pengunjung anda terhadap tawaran yang anda lakukan, tanpa menguji
rekabentuk alternatif yang boleh dibanding.

Satu cara mudah untuk menguji squeeze page anda dan menilai kadar pertukaran
ialah dengan menggunakan Website Optimizer kepunyaan Google, satu tool
percuma yang boleh membantu anda menjalankan ‘split test’ ringkas ke atas
mana-mana laman web anda.
Anda boleh mendaftarkan akaun percuma di:
http://www.google.com/analytics/
Anda perlu menambahkan kod ke squeeze page anda setelah akaun Google
Analytics anda telah disahkan. Kod ini akan diberikan oleh Google dan sudah
tersedia di dalam akaun anda sebaik sahaja lokasi laman web anda telah disahkan
oleh Google.
Setelah kod ini telah diletakkan di laman web anda, Google Analytics akan mula
menjejaki jumlah pengunjung dan trafik anda.

Tip Terbaik Email Marketing
15




Apabila melakukan split testing, mulakan hanya dengan satu elemen setiap kali
melakukannya.
Contohnya, jika anda menukar headline squeeze page anda, tinggalkan bahagian
yang lain sehinggalah anda dapat menentukan samada headline anda itu
menguntungkan anda atau tidak.
Setelah anda mengetahui tahap keberkesanan headline yang diubah tersebut,
barulah anda boleh menukar elemen-elemen lain squeeze page anda itu seperti
warna, tetingkap kotak opt-in atau ringkasan tawaran yang anda lakukan.
Sentiasalah melakukan kajian dari masa ke semasa demi meningkatkan kualiti
squeeze page anda untuk memastikan ianya berfungsi sebagaimana yang
sepatutnya.






Tip Terbaik Email Marketing
16

Komponen #5 : Kredibiliti Online Anda
Anda haruslah mendaftarkan nama-nama domain anda sendiri dan memasang
akaun hosting profesional yang akan menyimpan squeeze page dan laman-laman
web anda. Adalah penting untuk anda mengukuhkan kewujudan anda di Internet
dan menunjukkan arah yang jelas tentang bagaimana orang ramai boleh mencari
dan menghubungi anda.
Terdapat beberapa penyedia-penyedia hosting Malaysia yang boleh didapati
secara online yang menawarkan nama-nama domain dan akaun-akaun hosting di
antaranya :
 Netkl.com – www.netkl.com
 KLServer.biz – www.klserver.biz
 BaitulBaytes.com.my – www.baitulbytes.com.my
Jika HTML merupakan sesuatu yang agak asing bagi anda dan anda pula tidak
biasa dengan kod atau CSS, anda bolehlah menggunakan Wordpress untuk
membina squeeze page dengan cepat dan mudah.

Tip Terbaik Email Marketing
17

Melalui Wordpress, anda boleh memasang laman web statik hanya dalam
beberapa minit dan hanya dengan menyalin kod autoresponder ke laman utama,
anda sudah mempunyai squeeze page yang berfungsi dengan sempurna, juga
hanya dalam beberapa minit sahaja.
Anda bolehj dapatkan skrip Wordpress di www.Wordpress.org dan plugin
Wordpress autoresponder percuma Code Banter yang akan memberikan anda
kotak opt-in di blog anda: http://www.CodeBanter.com.
Anda juga boleh membeli squeeze page yang yang telah siap dibina berdasarkan
HTML yang akan membolehkan anda memasang plugin ke dalam kod
autoresponder anda dari para penyedia yang berkualiti seperti:
http://www.optindesign.com/page/
Jika anda tidak tahu cara untuk memasang Wordpress, saya syorkan satu produk
teknikal iaitu : Pakej Kit Blogger – www.pakejkitblogger.com





Tip Terbaik Email Marketing
18

Komponen#6 : Membina Hubungan Kukuh Dengan Subscriber
Anda
Adalah penting untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap ‘brand’ anda dan
membina satu hubungan dengan para subscriber anda, kerana semakin tinggi
kepercayaan mereka kepada anda maka semakin mudah pula untuk anda
melakukan jualan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan tetap anda.
Setiap emel yang dihantar kepada senarai anda hendaklah disertakan dengan
tujuan untuk meningkatkan kesedaran
terhadap brand anda. Ini bermakna anda
mesti berhati-hati dengan jenis produk yang
anda promosikan kepada mereka, begitu juga
dengan kualiti produk tersebut.
Sama ada anda pemilik produk atau tidak, jika
anda memasarkannya atau memberikan
testimoni, subscriber anda tahu yang anda
bertanggungjawab jika produk yang dihantar gagal sampai kepada mereka.
Oleh itu anda haruslah selalu membuat analisa terhadap mana-mana produk atau
tawaran yang akan anda tawarkan kepada para subscriber supaya anda bukan
sahaja akan merasa yakin dengan usaha promosi anda bahkan juga boleh
meyakinkan para subscriber anda.
Pastikan juga apa yang ditawarkan itu relevan dengan newsletter dan topik anda.


Tip Terbaik Email Marketing
19


Kesimpulan
Anda mampu menonjolkan diri anda sebagai Internet Marketer atau Email
Marketer dalam industri anda dengan membuat tawaran yang berkualiti dan
‘fresh’.
Mereka yang mendaftarkan diri ke senarai emel anda percaya ianya bermanfaat
kepada mereka. Jika anda memberikan yang terbaik kepada mereka, subscriber
yang aktif dan setia adalah ganjaran untuk anda.
Fokuskan untuk membina hubungan dengan para subscriber anda melalui
updates dan sebagainya.
Jangan sesekali anda gagal berhubungan dengan para subscriber anda. Membina
kempen pemasaran emel adalah mudah, hanya dengan menggunakan bahan-
bahan PLR yang berkualiti tinggi dan mendapatkan perkhidmatan penulis upahan
anda boleh mencapai tujuan tersebut.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close