Esei Hse 2012 Bismarck

Published on January 2017 | Categories: Documents | Downloads: 34 | Comments: 0 | Views: 337
of 13
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Pengenalan
Penyatuan German telah menampakkan kemunculan seorang lagi tokoh selepas zaman
Napoleon Bonaparte iaitu Otto Von Bismarck. Bismarck seorang tokoh bangsawan Jerman yang
telah dilahirkan pada 1815 dan telah meninggal dunia pada 1898. Bismarck telah memegang
beberapa jawatan penting dalam kerajaan Prussia seperti menjadi wakil Prussia di parlimen
Frankfurt. Dia juga telah dilantik menjadi perdana menteri pertama pada tahun 1862 dan telah
mentadbir Prussia dan empayar Jerman selama 28 tahun1.
Bismarck telah berjaya menyatukan Jerman dengan caranya yang tersendiri. Bismarck
berpendirian hanya mahukan kejayaan semata-mata. Dia telah membelakangkan prinsip moral
dan tradisi ataupun yang dikenali sebagai realpolitik di barat (politik ala-Machiavelli). Bismarck
telah menunjukkan sikap tidak suka berlembut dan tidak mahu bertolak ansur. Dia juga tidak
sukakan corak pemerintahan liberal ketika menjadi perdana menteri. Bismarck dilihat seorang
yang berani kerana dalam parlimen, bajet untuk tentera tidak diluluskan namun Bismarck telah
meluluskannya. Ini dapat dilihat apabila Bismarck menyatakan :
“ I here insert some passages from a speech I delivered on June 1865,
in support of the extraordinary navy budget.”2
Penyataan yang sering dibuat oleh Bismarck telah membuatkan dia dikenali sebagai
‘darah dan besi’. Dia juga mempunyai daya intelektual yang tinggi mengatasi pemikiran politik
pada masa itu, malahan keunggulan beliau bukan sahaja diakui oleh rakyat tempatan malahan
masyarakat seluruh Eropah ketika itu. Brian Brown juga ada menyatakan bahawa penyatuan

1 Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books,
1968), x
2 Otto Von Bismarck, Bismarck: The Man & The Statesman (New York: Harper & Brother
Publishers, 1899) 21

1

Jerman bukan sahaja disebabkan oleh faktor nasionalisme dan Zollverein namun dasar diplomasi
bijak dan kepimpinan yang agresif Bismarck telah membawa kepada penyatuan Jerman.
Dasar Bismarck
Penyatuan Jerman adalah disebabkan oleh faktor nasionalisme Jerman. Nasionalisme
yang dilakukan oleh penyokong pemulihan di Jerman ialah mereka yang mempunyai nilai tinggi
tenaga kreatif dan kukuh yang dapat dilahirkan oleh pasukan senjata. Mereka telah berusaha
mendirikan sebuah kuasa pusat yang kuat dengan angkatan tentera yang benar-benar bersifat
kebangsaan sanggup melakukan apa sahaja untuk negara. Kesedaran nasionalisme telah muncul
apabila rakyat mula mempercayai bahawa perlunya sebuah negara bangsa yang bersatu.
Gerakan-gerakan revolusi di Prussia, Austria dan kebanyakan negara kecil Jerman telah
mewujudkan satu peringkat baru dalam usaha penyatuan Jerman melalui badan perwakilan pusat.
Sebuah perhimpunan agung sementara telah ditubuhkan pada Mac yang bersidang di Frankfurt.
Perhimpunan ini telah mewakili semua perasaan rakyat Jerman yang bersemangat kebangsaan
tetapi menghadapi kelemahan awal kerana tidak mempunyai tokoh yang agresif.
Zollverein juga dilihat sebagai faktor ke arah penyatuan German. Perkembangan
ekonomi yang pesat dilihat telah membantu menaikkan semangat rakyat Jerman untuk bersatu
menyokong dalam penyatuan Jerman. Zollverein telah membuat perniagaan dan perdagangan
antara Jerman. Kerajaan Prussia semasa zaman Zollverein telah menghapuskan semua bayaranbayaran dan meletakan kadar yang sederhana perseorangan di semua kawasan. Organisasi
Zollverein ini telah merapatkan lagi jalinan perdagangan Jerman dengan Prussia. Beberapa
pertubuhan Jerman telah dibentuk pada 1860 bagi mendekatkan lagi penyatuan ekonomi ini. Hal
ini demikian kerana Bismarck melihat bahawa Prussia mempunyai potensi dari segi ekonomi
yang baik dan sekiranya dapat disatukan akan menguntungkan Jerman. Prussia mempunyai

2

kelebihan dari segi kelengkapan ketenteraan kerana mempunyai pembinaan landasan kereta api
yang strategik dan juga mempunyai kepakaran dalam pembuatan senjata berat. Prussia juga tidak
menghadapi masalah kekurangan modal namun selepas disatukan dengan Jerman ia telah
menjadi Bank Imperial Jerman 1847. Penyatuan politik adalah hasil usaha Raja William dan
Bismarck kerana kemenangan dalam beberapa diplomatik dan kekuatan tentera Prussia yang
berjaya dikuasai oleh Bismarck.
Kebijaksanaan Bismarck dalam diplomasi dan kepimpinan yang agresif dilihat juga
antara faktor yang telah membawa kepada Penyatuan Jerman. Kehebatan Bismarck dapat dilihat
apabila kemunculan empayar Jerman pada 1871 melalui tiga peperangan besar iaitu peperangan
Prussia-Denmark 1864, peperangan Prussia- Austria 1866 dan kemuncaknya apabila Perancis
yang dipimpin oleh Napoleon III pada tahun 1870-1871 telah berjaya dikalahkan oleh Bismarck.
Peperangan pada tahun 1864 telah tercetus antara Prussia dan juga Denmark. Bismarck
cuba mendapatkan sekutu bagi melawan Denmark kerana Denmark merupakan sebuah negara
yang kuat. Bismarck telah meminta supaya Austria-Hungary menyokong Bismarck dan beliau
telah berjaya mendapatkan sokongan tersebut. Bismarck telah berjaya membentuk pakatan
dengan Austria bagi menentang Denmark dengan menggunakan slogan Jerman raya bagi
mengikat mereka untuk melawan Denmark.
Pergolakan politik iaitu peristiwa Schleswig-Holstein telah digunakan oleh Bismarck
untuk mendapatkan keuntungan bagi Prussia. Daerah Schleswig-Holstein telah di tempat di
bawah kuasa Vienna selepas Penyelesaian Vienna 1815. Daerah ini telah melakukan
pemberontakan dan akhirnya telah di tempat di bawah kuasa bersama Denmark –Jerman. Selepas
Denmark mendapat raja yang baru, beliau telah berhasrat untuk menempatkan daerah tersebut di
bawah penguasaannya dan rakyat Denmark juga mahukan perkara yang sama. Keadaan ini telah

3

menimbulkan kerisauan Jerman kerana di Schleswig-Holstein mempunyai rakyat Jerman di sana.
Pada masa yang sama, terdapat seorang lagi pesaing kepada raja yang baru yang juga ingin
merebut kuasa. Bismarck telah mengambil peluang ini dengan mendapatkan persetujuan dari
diet dan Austria bagi melancarkan peperangan ke atas Denmark dengan tentera berikat AustriaPrussia. Denmark telah berjaya dikalahkan dan Schleswig-Holstein telah diserahkan kepada
pemerintahan bersama raja Prussia dan maharaja Austria. Tindakan Bismarck ini menunjukkan
bahawa sikapnya yang nekad serta semangat yang tinggi dalam memperjuangkan kepentingan
Jerman. Peristiwa ini juga telah mengubah pandangan golongan liberal terhadap reformasi
tentera oleh pentadbiran Bismarck. Tanpa Bismarck, negara Jerman yang diidamkan oleh
golongan para nasionalis Jerman hanyalah sekadar impian semata-mata.
Selepas perang Prussia- Denmark, tercetus pula peperangan antara Austria- Prussia pada
1866. Sikap Bismarck yang suka mengeksploitasi dan mengambil peluang telah mencetuskan
peperangan antara Prussia dan Austria. Walaupun tindakan dalam memerangi SchleswigHolstein, Prussia dan Austria sepakat namun kesefahaman tersebut bukanlah sesuatu yang kekal.
Dasar yang tidak tetap dan melambat-lambatkan rundingan damai antara Prussia dan Denmark
telah menyebabkan perjanjian damai gagal. Persengketaan ini telah diselesaikan melalui
Konvensi Gastein ( Convention of Gastein) pada 14 Ogos 1865. Penyelesaian ini telah membawa
kepada Holstein diletakkan di bawah Austria manakala Schleswig diserahkan kepada Prussia 3.
Penyelesaian yang telah dibuat dilihat tidak bertahan lama. Bismarck telah meminta Austria
supaya menyerahkan Holstein kepadanya namun telah ditolak. Oleh sebab Austria telah
menghalang impian Bismarck, beliau terpaksa mengambil tindakan dengan memerangi Austria.

3 Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books,
1968), 106
4

Bismarck semasa rundingan Gastein telah cuba mendapatkan persetujuan Itali dan
Perancis untuk membentuk pakatan sulit menentang Austria. Namun usaha Bismarck ini telah
gagal. Pada tahun berikutnya iaitu pada 28 Februari 1866, persetujuan dari raja Prussia cuba
diperoleh Bismarck bagi mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Peperangan Prussia-Austria
bagi Bismarck adalah sesuatu yang tidak dielakkan. Rancangan Bismarck ini tidak dipersetujui
oleh Putera Mahkota Prussia4. Ketua-ketua tentera telah memihak dan memberi sokongan kepada
Bismarck dan raja. Pada bulan Mac, satu pakatan sulit telah dibuat antara Prussia dengan Itali
setelah seorang wakil khas Itali datang ke Berlin. Perjanjian itu antaranya Prussia tidak terikat
untuk melakukan perang terhadap Austria, tetapi Itali terpaksa mengikut jejak langkah Prussia
sekiranya Prussia berperang dengan Austria. Sekiranya Prussia tidak berperang dalam tempoh
tiga bulan, syarat Itali terpaksa menurut jejak langkah Prussia akan terbatal. Pakatan sulit ini
jelas telah menjejaskan hubungan Austria dengan Prussia. Keadaan tegang ini akhirnya telah
membawa kepada peperangan Prussia dengan Austria. Peperangan yang tercetus kerana
timbulnya perasaan tidak puas hati Austria terhadap tindakan Bismarck. Namun begitu, Prussia
telah menang dalam perang tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa Bismarck sememangnya bijak
dalam rundingan diplomasi kerana telah berjaya mempengaruhi raja Prussia dan dilihat kejayaan
yang dipenuhi oleh dasar-dasar Bismarck.
Peperangan Prussia dan Austria telah memberi kesan kepada Bismarck. Peperangan telah
berlangsung selama enam minggu sahaja. Prussia telah berjaya menyingkirkan Austria dari
Konfederasi Jerman dan telah muncul sebagai kuasa utama di Jerman Utara. Hasrat pihak liberal
berjaya dicapai dengan kejayaan Bismarck memperkukuhkan kedudukan Prussia dan penyatuan
Jerman Utara. Selain itu, telah berlaku penghijrahan sokongan secara besar-besaran kepada
4 Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books,
1968), 111
5

Bismarck. Penghijrahan ini dilihat oleh ahli sejarah sebagai tanda kemenangan konsep kuasa dan
kejayaan dalam politik serta menurunnya pengaruh ideologi atau idealisme. Implikasi ini dilihat
penting dari dasar perang Bismarck.
Tindakan Bismarck telah mempamerkan kebolehan diplomatik beliau dalam perhubungan
dengan Perancis dan Bismarck melihat pandangan atau dasar peluasan kuasa Perancis oleh
Napoleon III dapat dimanfaatkan dalam penyatuan Jerman dan ini merupakan strategi bagi
menyatukan Jerman. Sebelum proses penyatuan Jerman yang dilakukan dengan jayanya oleh
Bismarck yang merangkumi Jerman Utara dan Jerman Selatan, Bismarck sekali lagi
merancangkan satu perang lagi iaitu perang antara Jerman dengan Perancis. Bismarck sedar
bahawa beliau perlu menghapuskan Perancis sebelum memperluaskan kuasa Prussia ke Jerman
Selatan. Hal ini demikian kerana, Perancis telah bersungguh membuat perikatan dengan negerinegeri di Jerman Selatan. Bismarck berjaya menunjukkan sifat agresif Perancis dengan
menyiarkan tuntutan Napoleon III ke atas wilayah Rhine.
Kebijaksanaan Bismarck dapat dilihat apabila beliau sekali lagi telah menggunakan
masalah isu perwarisan takhta Sepanyol yang timbul dengan sebaiknya bagi menguasai AlsaceLorraine lalu melengkapkan penyatuan Jerman. Pada masa itu, berlakunya revolusi di Sepanyol
yang menyebabkan Maharani Sepanyol digulingkan dan golongan politik Sepanyol telah cuba
mencari pengganti raja yang baru dan melihat Leopard of Hohenzollern sebagai orang yang
sesuai untuk menjadi raja di Sepanyol. Strategi ini adalah suatu strategi yang akan membawa
Perancis terlibat dalam peperangan. Namun, kerajaan Perancis tidak bersetuju dengan
perlantikan tersebut dan telah menghantar bantahan melalui kedutaannya. Menteri luar Perancis
bersama Raja William I telah mengadakan satu perbincangan dan antara yang dibincangkan
mengenai isu perwarisan takhta tersebut. Bismarck pula telah sengaja mengubah isi kandungan

6

perbualan tersebut lalu mengeluarkannya dalam sebuah akhbar Jerman dan Perancis pada 10
Julai 1870. Bismarck sengaja memalsukan dokumen tersebut bagi memencilkan Perancis.
Perancis digambarkan sangat agresif dalam usaha ingin meluaskan daerah takluknya dan
keadaan ini mengemparkan kuasa Eropah yang lain.
Bismarck berjaya dengan matlamatnya untuk menyisihkan Perancis tanpa rakan di
Eropah. Perancis yang merasakan dirinya tertipu dan terperangkap serta dimalukan oleh Prussia
telah mengisytiharkan perang pada 14 Julai 1870 dan Bismarck yang paling gembira dengan
keadaan tersebut. Peperangan ini mencapai matlamat beliau iaitu beliau berjaya mengalahkan
Perancis dan serta memasukkan Alsace-Lorraine ke dalam Jerman serta memastikan negerinegeri Jerman selatan berada dalam cengkaman Prussia lalu membentuk Jerman yang diidamkan
oleh orang Jerman sendiri. Selain itu, Bismarck juga telah berjaya membolehkan tentera Prussia
menguasai tentera-tentera di negeri-negeri Jerman Selatan. Russia pula mengambil sikap
berkecuali, namun dengan sikap diplomasi Bismarck, Russia telah menawarkan 10 000 orang
tentera untuk menghalang Austria membantu Perancis. Walaupun Perancis mengisytiharkan
peperangan, namun akhirnya Perancis berjaya dikalahkan dalam tempoh enam minggu sahaja.
Ini dapat membuktikan bahawa Bismarck telah menggunakan politik darah dan besi dalam
menyatukan Jerman dan memusatkan penyatuan walaupun telah menggunakan penipuan dan
pemalsuan dokumen dalam menjalankan rancangannya.
Kejayaan yang diperoleh oleh Bismarck telah digunakan untuk melengkapkan lagi
penyatuan Jerman dengan membawa masuk negeri-negeri Jerman Selatan ke dalam
konfederasinya. Peperangan dengan Perancis antara rancangan yang diwujudkan oleh Bismarck
bagi menyatukan Jerman. Pada 18 September 1781 di Versailles konfederasi baru Jerman telah
diisytiharkan. Raja Prussia, William I dilantik menjadi maharaja. Bismarck pula telah menjadi

7

Canselor Reich baru itu. Selepas itu dapat dilihat lagi dasar-dasar yang dibawa oleh Bismarck
setelah berjaya dalam menyatukan Jerman.
Dasar luar yang dilakukan oleh Bismarck antara yang menjadi pengukuhan Jerman.
Empayar Jerman terus kukuh dan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah. Rusia,
Britain, Perancis dan Austria-Hungary antara kuasa-kuasa besar yang dikuasai oleh Bismarck
dan Jerman merupakan salah satu dari lima kuasa besar Eropah. Bismarck meneruskan usahanya
bagi memastikan pengukuhan negara Jerman bagi menjamin kestabilan politik yang berterusan
selepas penyatuan Jerman. Dasar berbaik-baik semula dengan Austria-Hungary telah dilakukan
oleh Bismarck dan dilihat akan menguntungkan Jerman. Dasar ini boleh menjamin agar AustriaHungary tidak terlalu berbaik dengan Perancis ataupun Britain sehingga boleh menjejaskan
kepentingan Jerman. Liga Tiga Maharaja yang telah ditandatangani oleh Rusia, Austria-Hungary
dan Jerman pada tahun 1873 adalah satu langkah yang diambil oleh Jerman bagi terus
mengasingkan Perancis. Liga Tiga Maharaja ini dilihat akan mencetuskan semula perang antara
Perancis dan Jerman. Bismarck telah bersikap provokatif terhadap Perancis kerana beliau tidak
mahu membiarkan Perancis terus menjadi kuat sehingga Perancis berkeyakinan untuk berperang
semula dengan Jerman. Namun krisis ini tidak berlanjutan menjadi peperangan.
Kebijaksanaan diplomasi dan sikap agresif Bismarck terus dapat dilihat dalam Kongres
Berlin pada 1878. Kuasa-kuasa Eropah telah bersetuju menamakan kongres ini sebagai “Kongres
Berlin” kerana Berlin ibu negara Jerman telah dipilih dan Bismarck pula dilantik sebagai
presiden kongres Berlin ini5. Kongres ini mula bersidang pada 13 Jun 1878 dan ditamatkan oleh
Bismarck pada 13 Julai 18786. Bismarck sangat berminat dalam melibatkan Jerman ke dalam
5 Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books,
1968), 245
6 Ibid.
8

kongres ini walaupun pada krisis di Balkan tidak menarik minat negara Jerman dan situasi buruk
yang berlaku dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah tidak melibatkan negara Jerman7.
Perkembangan yang berlaku di Timur ini telah mempengaruhi suasana di Eropah. Krisis di
Timur ini telah membimbangkan negara di Eropah kerana akan memungkinkan tercetusnya
peperangan dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah. Bismarck juga merasakan bahawa beliau
tidak boleh lagi berdiri dengan lebih lama di tepi 8 dan memerhatikan sahaja keadaan ini, lalu
Bismarck telah tampil sebagai pendamai yang akan bertindak. Bismarck sering kali bijak
menggunakan peluang yang ada apabila timbulnya krisis-krisis beliau akan menawarkan diri
sebagai penyelamat. Bismarck menegaskan bahawa Jerman tidak berminat dengan krisis di
Balkan

tetapi penglibatannya dalam hal ini bukan sebagai pengadil yang keputusannya

menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya sebagai “honest broker”9. Honest broker ialah
seseorang atau sesebuah negara yang mencuba untuk mengajak orang atau negara lain untuk
mencapai persetujuan untuk menyelesaikan masalah tanpa memihak mana-mana negara yang
terlibat dalam masalah tersebut. Bismarck telah mengambil keputusan untuk menjadi orang
tengah yang mengambil sikap neutral tanpa bias kepada negara yang terlibat.
Bismarck telah berada dalam Kongres Berlin adalah untuk menamatkan krisis di Balkan kerana
krisis ini akan mengheret kuasa-kuasa besar Eropah dalam medan peperangan. Bismarck sangat
berharap agar kongres ini berjaya menamatkan krisis di Timur dan membolehkan kuasa-kuasa
Eropah membuat keputusan yang munasabah serta menyelamatkan Rusia daripada menanggung

7 Ibid, 246-247
8 Ibid, 244
9 Taylor, A.J.P, Bismarck : The Man and the Statesman. (London: Arrow Book, 1965)
170
9

keaiban yang besar dalam krisis di Balkan ini10 . Niat sebenar Bismarck hanyalah untuk menjaga
kepentingan Eropah khususnya Jerman bukannya berlandaskan perasaan kemanusiaan untuk
menyelesaikan krisis di Balkan. Bismarck juga ingin mengekalkan keamanan di Eropah.
Sekiranya perang tercetus dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah, sudah tentu seluruh Eropah
akan berperang. Bismarck menyatakan bahawa beliau tidak berminat dalam krisis di Balkan dan
dapat dilihat melalui kata-kata Bismarck;

‘We are not here to consider the happiness of the Bulgarian but
to secure the peace of Europe.” 11
Bagi Bismarck, keamanan di Eropah adalah lebih berharga untuk diselamatkan berbanding
keamanan di empayar Turki, walaupun pada ketika itu empayar Turki dilihat tidak berupaya
untuk menyelesaikan masalahnya sendiri dan selama bertahun-tahun keadaan di Turki telah
mengancam kesejahteraan negara-negara Eropah.
Bismarck juga turut campur tangan dalam kongres untuk mengekalkan pengimbangan kuasa
antara kuasa-kuasa besar Eropah. Pengimbangan kuasa ini penting kerana ia dapat menghalang
persaingan sesama sendiri antara kuasa-kuasa Eropah. Krisis yang berlaku di Timur telah
menyebabkan kuasa-kuasa besar Eropah menaruh minat terhadap kawasan Balkan dan berusaha
untuk mendapatkannya. Oleh itu, dalam Kongres Berlin ini, Bismarck selaku tuan rumah telah
membahagikan daerah-daerah peninggalan Turki kepada tiga kuasa besar Eropah yang hadir
secara adil iaitu kepada Rusia, Austria-Hungary dan Britain. Walaupun berjaya pengimbangan

10 Ibid, 186
11 Ibid, 177
10

kuasa, namun perasaan penduduk Balkan telah diabaikan dan turut mengundang kemarahan
Rusia dalam hal-hal tertentu.
Jerman terus mendapat jaminan apabila Bismarck dalam kongres tersebut ingin
memastikan krisis di Balkan itu tidak mengganggu hubungan Jerman dengan kuasa-kuasa besar
Eropah melalui sokongan kepada mana-mana pihak berhubung persoalan tempatan di Eropah12 .
Ini dapat dilihat apabila Jerman dilibatkan dalam Kongres Berlin ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan perlunya memilih antara Rusia atau Austria-Hungary sebagai sekutu, kerana
sekiranya berlaku peperangan tercetus antara kuasa-kuasa jiran Jerman, maka Jerman terpaksa
membuat pilihan13. Bismarck sememangnya mahu berbaik dengan Rusia dan Austria-Hungrary,
tetapi Bismarck lebih mengutamakan persahabatan Jerman dengan Austria-Hungary kerana
beliau mencurigai dengan dasar Slav raja Rusia yang boleh turut melibatkan penduduk Slav di
Jerman. Bismarck juga merasa bimbang dengan penggabungan tenaga oleh Austria-Hungary,
Britain dan Perancis bagi menentang Jerman. Oleh sebab itu, Jerman berada dalam kongres itu.

Kesimpulan
Bismarck semasa dalam proses menyatukan Jerman telah menggunakan caranya yang tersendiri
bagi merealisasikan setiap impian yang ingin dicapai. Cara yang digunakan itu membuatkan
Bismarck dikenali dengan ‘darah dan besi’. Beliau sanggup menggunakan dasar peperangan bagi
membentuk penyatuan Jerman yang berjaya. Bismarck juga dikatakan sebagai seorang yang suka

12 Otto Von Bismarck, Bismarck: The Man & the Statesman, ( New York: Harper &
Brother Publishers, 1899) 239
13 Erich Eyck, Bismarck and the German Empire ( London: Unwin University
Books,1968),247
11

melancarkan perang bukan untuk menyatukan negara, malah melakukan penyatuan untuk
meneruskan peperangan.
Kuasa Perancis yang berjaya dilumpuhkan oleh Jerman telah memudahkan usaha-usaha
Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck bukan sahaja berjaya menyatukan Jerman Utara
malahan berjaya menyatukan Jerman Selatan. Musuh-musuh yang cuba menghalang usaha
Bismarck berjaya ditewaskan dan ini telah memudahkan lagi usaha Bismarck dalam penyatuan
Jerman. Kuasa-kuasa yang pernah cuba menjadi penghalang akhirnya telah mengiktiraf akan
kemunculan negara Jerman yang merupakan hasil dan usaha Bismarck dalam penyatuan Jerman.
Selepas penyatuan Jerman, dapat dilihat melalui Kongres Berlin dasar ‘darah dan besi’
sudah tidak digunakan namun Bismarck menggunakan dasar melalui perundingan. Bismarck
juga turut mengakui bahawa dasarnya di Balkans bersifat agak kejam dalam polisinya. Pada
November 1878, selepas kongres telah tamat, Bismarck menulis surat kepada putera rajanya
yang mewakili ayahnya;
“It would be a triumph for our statesmanship if we succeeded in keeping
the Eastern ulcer open and thus jarred the harmony of the Great Powers in order to
secure our own peace.”14
Bismarck seorang tokoh yang bijak dalam diplomasi dan juga agresif dalam kepimpinannya bagi
mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Bibliografi
Erich Eyck. 1968. Bismarck and the German Empire. London: Unwin University Books

14 Erich Eyck, Bismarck and the German Empire ( London: Unwin University
Books,1968),251
12

Richmond, Donald E. 1950. European Alliances and Alignments 1871-1890. Second Edition,
New York : Vintage Books

Seaman, L. C. B. 1965, From Vienna to Versailles. London : Methuen & Co. LTD

Taylor, A. J. P. 1965, Bismarck : The Man and the Statesman. London: Arrow Book

MEMOIR
Bismarck, O. V.1899, Bismarck : The Man & the Statesman. Volume II, New York : Harper &
Brothers Publisher

13

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close