Extra

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 82 | Comments: 0 | Views: 803
of 5
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan surat pekeliling tersebut sebagai garis panduan pelaksanaan hukuman rotan, di mana menurutnya hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah merupakan peringkat pertama dalam sistem pengurusan disiplin di sekolah. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel) Berdasarkan kepada buku yang dikarang oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, antara strategi yang boleh dijadikan panduan pengurusan masalah disiplin dalam bilik darjah adalah

menggunakan teguran bukan lisan (non-verbal), mengalihkan tingkah laku dan menukar rentak aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru turut boleh mengambil langkah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa bagi berbincang tentang masalah murid sebagai strategi pengurusan masalah disiplin ini. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana kesalahan-kesalahan melibatkan perawakan murid seperti pengotor dan bertindak kasar terhadap guru, kesalahan tersebut perlu ditangani secara individu dengan murid tersebut. Contohnya, guru dapat mengambil langkah berjumpa dengan murid tersebut bagi berbincang dan mencari penyelesaian masalah bersama, guru meminta bantuan daripada guru lain yang dikenal pasti lebih rapat dengan murid tersebut atau menyerahkan kes tersebut kepada guru kaunselor sekolah. Myint Swee Khine, et al. (2005) memperkenalkan langkah-langkah yang boleh diikuti oleh guru semasa menguruskan masalah disiplin dalam bilik darjah. Langkah pertamanya adalah guru bilik darjah menghadapi masalah disiplin dalam bilik darjah ini sendiri. Guru dapat menggunakan pengurusan masalah-masalah disiplin yang telah ditetapkan dalam peraturan bilik darjah atau bersemuka dengan murid tersebut untuk mengenal pasti punca masalah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sekiranya guru berjaya mengawal salah laku murid tersebut maka kes ini akan ditutup. Guru haruslah merekodkan dalam bentuk laporan tentang pengurusan yang telah dibuat. Jika sebaliknya berlaku, kes akan dirujukkan kepada guru kaunseling. Walau bagaimanapun, guru tetap perlu memantau perkembangan murid

tersebut. Kes akan ditutup sekiranya berjaya dikendalikan oleh guru kaunseling dan kes ini haruslah direkodkan oleh kedua-dua guru kaunseling dan juga guru. Tetapi sekiranya kes ini gagal diselesaikan, maka terpaksalah Jawatankuasa Disiplin mengambil alih di mana guru disiplin akan menangani kes murid ini. Seterusnya kes akan dirujuk kepada guru besar jika gagal diselesaikan oleh guru disiplin. Tindakan lanjutan sama ada melibatkan badan-badan luar seperti polis akan diputuskan oleh guru besar. Contohnya, apabila guru menghadapi masalah menguruskan masalah disiplin seseorang murid yang sering berlari-lari dari tempat duduknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, boleh berbincang dengan ibu bapa murid tersebut tentang keadaan anak mereka ini. Hal ini supaya melalui proses perbincangan ini, guru dapat menguasai masalah yang dihadapi oleh murid yang mengakibatkan dia bertingkah laku sebegini dan juga keadaan murid semasa di rumah. Maka dapatlah kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang cara menangani masalah disiplin yang ditunjukkan oleh murid tersebut. Hal ini menguntungkan kerana ibu bapa murid lebih memahami anak mereka dan cara untuk menangani masalah tingkah laku yang ditunjukkan yang secara langsungnya membantu guru dalam menangani masalah disiplin murid tersebut. Merujuk kepada buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku, antara cara yang boleh diamalkan oleh guru bagi membina hubungan yang baik dengan ibu bapa murid adalah melaksanakan penglibatan yang berbentuk positif seperti menjemput ibu bapa murid yang memiliki profesion dalam bidang tertentu untuk mengkongsikan kepakaran mereka tersebut. Sebagai

contohnya, ibu murid yang berkerjaya sebagai seorang doktor gigi boleh dijemput untuk memberi ceramah tentang penjagaan gigi kepada murid kelas. Guru berhubung dengan ibu bapa memberitahu kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam bilik darjah. Kesemua langkah-langkah ini penting bagi menjalinkan hubungan baik antara guru dengan ibu bapa supaya guru dapat berbincang dengan ibu bapa tentang masalah disiplin yang ditunjukkan oleh anak-anak di sekolah.

Guru dalam menghadapi halangan ini perlu mengambil langkah melakukan kajian sosiometri bagi menentukan dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Daripada jawapan yang didapati, guru dapat mengenal pasti pola

persahabatan di dalam bilik darjah sama ada Dyad (dua orang murid saling bersahabat) atau Klik (dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain sebagai sahabat yang disukai), dan juga murid yang popular, tidak disukai dan terpencil dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakannya sebagai asas penentuan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Dalam menghadapi halangan ini, guru harus mengambil langkah menjalinkan hubungan baik dengan murid-murid yang popular dan diterima ramai. Guru perlu memiliki sikap dan nilai yang boleh diterima oleh mana-mana ahli kumpulan dinamika bilik darjah. Hal ini supaya arahan yang diberikan akan diikuti oleh murid. Guru yang dapat mengawal dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya akan berjaya menghindarkan masalah disiplin bilik darjah. Pastoral care merupakan elemen sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mengariskan penghasilan modal insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek pembangunan insan. Terdapat tiga jenis strategi pastoral iaitu kaunseling, bimbingan, dan pendidikan peribadi serta sosial. Melalui bentuk intervensi ini, murid akan mendapat bimbingan dari pelbagai segi yang memberi kesan baik kepada perkembangan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek malah sosialnya. Sebagai akibatnya, keberangkalian murid melakukan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah dikurangkan. Contohnya, seorang murid yang membaca buku cerita semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, guru boleh menggunakan peneguhan negatif iaitu dengan menegur murid tersebut. Oleh sebab menerima teguran selepas melakukan tingkah laku membaca buku cerita semasa perlangsungan proses pengajaran dan pembelajaran, murid tersebut sedar tentang kesilapannya dan seterusnya menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru. Peneguhan negatif tersebut bertujuan meningkatkan tingkah laku yang diingini iaitu menumpukan perhatian. Jika sebaliknya yang ingin guru capai iaitu mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini, guru boleh bertindak mendenda murid yang membuat bising di dalam kelas dengan menyuruh murid meletakkan jari telunjuk di depan mulut bagi mengurangkan keberangkalian murid membuat bising atau guru boleh memilih untuk mengeluarkan peneguhan positif seperti mengeluarkan murid yang berbuat bising dalam bilik darjah daripada sesi membaca buku cerita yang digemari supaya murid tersebut mendiamkan diri. Guru turut boleh menggunakan Prinsip Premack iaitu mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini dengan menggabungkan tingkah laku yang diingini dengan peneguhan positif sebagai intervensi dalam pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Contohnya guru tidak ingin murid membuat bising dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru mengharapkan murid mengangkat tangan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh guru. Oleh hal yang demikian, guru dengan menggunakan Prinsip Premack mengambil langkah memberi lima butang kepada setiap satu murid. Setiap kali mereka bercakap tanpa kebenaran guru, satu butang akan dirampas daripada mereka. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, bilangan butang akan ditukar dengan jumlah masa mereka melakukan aktiviti mengikut minat mereka di sudut aktiviti kelas. Dalam melakukan Teknik Modifikasi Tingkah Laku ini, terdapat pelbagai jenis peneguhan yang dapat dilakukan oleh guru seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. Keberkesanan peneguhan adalah bergantung kepada ciri-ciri dan minat murid, situasi di mana peneguhan itu digunakan, bentuk tingkah laku yang diingini, dan faktor-faktor murid seperti umur, latar belakang, dan tahap pembelajaran murid. Larrivee (2005) telah

memperkenalkan lapan peringkat peneguhan di mana prinsip penggunaannya adalah guru dinasihatkan supaya hanya menggunakan peneguhan peringkat rendah untuk meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini dan peneguhan perlu ada kesinambungan iaitu guru bermula dengan peringkat rendah dan perlu beralih kepada peringkat peneguh yang lebih tinggi.

Peringkat 1 2 3 4 5 6 7 8

Peneguh Bahan makanan Barangan Token Aktiviti Keistimewaan Pengiktirafan rakan Perakuan guru Kepuasan kendiri

Jadual 1: Peringkat Peneguhan

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close