Hazard

Published on November 2016 | Categories: Documents | Downloads: 75 | Comments: 0 | Views: 1054
of 12
Download PDF   Embed   Report

HAZARD DI TEMPAT KERJA

Comments

Content

1.0

DEFINASI HAZARD, RISIKO DAN BAHAYA

1.1

HAZARD
Hazad adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu
dengan yang lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kecederaan kecil sehinggalah kepada
kematian. “Occupational Safety and Health Assessment Series, 18002” (OHSAS
18002) dan ISO/EC Guide 51:1999 mentakrifkan hazad sebagai punca atau keadaan
yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalarn konteks kecederaan dan
penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja,
atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazad, sistem kerja tidak
selamat adalah beberapa contoh-contoh hazad.

1.2

RISIKO
Menurut

OHSAS

18002,

risiko

adalah

gabungan

kemungkinan

(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazad berlaku. Risiko juga boleh
ditakrifkan sebagai gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu
peristiwa malang, dedahan dan impak kernalangan tersebut. Kebarangkalian di sini
bermaksud adanya peluang kemalangan itu berlaku. Adanya peluang boleh ditentukan
daripada statistik kemalangan. Misalnya, 2 kecederaan berat berlaku di dalam 1 juta
jam kerja atau 400 kemnalangan nyaris di dalam 1 juta jam kerja. Dedahan bermaksud
kekerapan pekerja terdedah kepada hazad. Seseorang itu mungkin terdedah kepada
hazad kimia setiap masa, kadang-kadang, jarang sekali atau sangat jarang sekali.
Kesan kemalangan pula bermaksud magnitud atau impak kemalangan. Di dalam
konteks kecederaan, impak kemalangan boleh melibatkan kematian, kecederaan besar,
31

kecederaan kecil atau kemalangan nyaris. Kesan kemalangan juga boleh bermaksud
ekstensivitinya, misalnya, jumlah orang yang terlibat, keluasan kawasan terlibat atau
kos kerugian dan sebagainya. Impak kemalangan boleh dianggap sebagai kuantiti
vektor.

1.3

BAHAYA
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazad. Perkataan
ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan
risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazad berada di dalam
keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada
hazad. Begitu juga asid nitrik pekat adalah lebih merbahaya ditangani berbanding
dengan asid nitrik yang telah dicairkan 10,000 kali. Panduan ISO/IEC 51:1990(E)
mencadangkan perkataan "BAHAYA" digunakan untuk menarik perhatian kepada
keadaan berisiko tinggi. Secara perbandingan perkataan "AMARAN" dan "AWAS"
masing-masing digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko
sederhana dan rendah.

1.4

KATEGORI HAZARD
i.
ii.
iii.

1.5

KLASIFIKASI HAZARD
i.
ii.
iii.
iv.
v.

1.5.1

Hazard Keselamatan
Hazard Kesihatan
Hazard Persekitaran

Fizikal
Kimia
Biologi
Ergonomik
Psikososial

JENIS HAZARD FIZIKAL

32

Berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan
peralatan dianggap merbahaya jika :

1.5.2






Direka tidak selamat dan tidak sempurna
Tidak diselenggara dengan baik
Digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih
Digunakan bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan peralatan yang tidak





sesuai
Digunakan dalam keadaan yang berbeza
Ditukar atau dipindah secara haram
Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa bekerja

JENIS HAZARD KIMIA

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan
dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah
merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi.
Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian
kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah
keselamatan apabila mengendalikannya.
Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan
boleh menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur,
33

melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah
terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas
saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan,
tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.

1.5.3

JENIS HAZARD BIOLOGI

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah
kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbezabeza mengikut:




sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:



penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di



mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan,



menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan
Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti
tumpahan, pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan
percikan.

1.5.4

JENIS HAZARD ERGONOMIK

34




Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya.
Ia selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan



dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
Contohnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik tetapi
telah dibuktikan mampu mengakibatkan 'Tunnel Carpel Syndrome' dan sakit
belakang .

1.5.5

JENIS HAZARD PSIKOSOSIAL
i.
ii.

1.6

Buli
Gangguan seksual

MENGENALPASTI HAZARD
Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal
hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun
hazard boleh dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau
perubahan boleh timbul kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau
dilaksanakan.

i.

Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja.
Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah
dengan menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis
hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan
mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan
fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan
pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan
35

pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja
dan sebagainya.
ii.

Pemerhatian dan Rujukan
Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem,
proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya
merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan
sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan
prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu
hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.

iii.

Penggunaan kelengkapan khas
Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh.
Oleh itu pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini
memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya.
Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter
sinaran.

iv.

Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang
luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka
mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam
kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses dan
sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang pengurus memerlukan bantuan
pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.

1.7

PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD
Terdapat dua punca utama hazard iaitu:
a)

Keadaan di tempat kerja:
i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii)lantai yang tidak rata dan licin
iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
36

v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna
b)

Pelakuan pekerja:
i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan
mejejaskan kesihatan
ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan
dengan selamat
iii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan
merbahaya dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v) tidak berbincang dengan majikan
vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja

2.0

KEMALANGAN DAN PENYAKIT
 Terjatuh dari tempat tinggi (semasa menyusun atau menurunkan fail dari rak yang
tinggi)
 Terjatuh pada aras yang sama (tergelincir atau tersangkut pada halangan seperti





wayar elektrik atau permaidani rosak di lantai )
Kebakaran (litar pintas, puntung rokok)
Tersentuh dengan permukaan panas atau arus elektrik (wayar terdedah)
Terdedah pada bahan kimia (gam, pelarut)
Terdedah pada sinaran [ultra ungu (Ultra Violet), cahaya matahari yang berlebihan

dan Unit Paparan Visual (Video Display Unit)]
 Masalah biologi [sick building syndrome, virus, bakteria, binatang/serangga yang
merayap (lipas, tikus), tumbuhan perhiasan yang hidup]
 Masalah organ deria (senses) [penglihatan (glare), bau, pendengaran (pekak),
getaran]
 Tersepak barangan di laluan kerja (laci kabinet yang terbuka, kotak di lantai)
 Tersentuh benda tajam (pisau, gunting, pemotong kertas)

3.0

LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN
 Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan (safety and health policy) yang
bertulis

37

 Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (safety and health
committee) yang merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja
 Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (contoh: drill
kebakaran (fire drill), mengangkat beban secara manual)
 Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kakitangan
 Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi (contoh:
menyusun fail di atas rak tinggi)
 Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak






(checklist) dari masa ke semasa
Mengadakan pelan tindakan kecemasan [Emergency Response Plan (ERP)]
Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan [emergency response team (ERT)]
Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) tempat kerja
Menyusunatur kelengkapan pejabat dengan baik
Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh:






larangan merokok)
Menyediakan laluan yang mencukupi
Mengadakan peralatan (mekanikal) mengangkat beban yang sesuai pada kerja
Menyenggara peralatan dan mesin
Menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap

bekas bahan
 Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak





4.0

pertolongan cemas)
Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling
Memberikan latihan induksi kepada kakitangan baru
Mendapatkan komitmen sepenuhnya dari majikan dan pekerja

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI
Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk
memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang
ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus
Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Oleh kerana
kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana
hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut
spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah
dipilih secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan
38

pemakaian yang optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti
menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal
kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan
berkesan apabila digunakan.
1. Cermin Perlindungan dan “goggle’

Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan
berhabuk yang beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh
menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin
biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah
tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung
tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.
Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin
berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari
semua arah.

2. Pelindung dan topi kaledar

39

Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi
kerapkali digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan.
Pelindung penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas
atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan
pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan
oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala
dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang
mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan juga
menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

3. Pemilihan Kasut dan but keselamatan

Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda
mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan
penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya
seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan
dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau bertindak sebagai penebat
40

bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan
bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti
percikan api.
Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril
digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap
atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan
bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but
istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

4. Pemilihan Sarung tangan pelindung

Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi
hanya mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu
memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul
boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung
pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu
menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:
a) Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan
melindungi tangan dari kesan gatal
b) Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu
menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga
membantu melindungi tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.
c) Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api
atau
pengeseran pada permukaan kasar.
41

d) Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau
calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

42

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close