Sedikit ringkasan tentang Teori Kecerdasan Howard Gardner
Comments
Content
ISI KANDUNGAN
Bil.
Perkara
Muka Surat
1.
Isi Kandungan
1
2.
Pendahuluan
2
3.
Biodata Howard Gardner
3-5
4.
Teori Pemikiran Howard
6-15
5.
Gardner
Kesimpulan
16
6.
Rujukan
17
1
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”
Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita
memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari
gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT ,
maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang
selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya .
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat
dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan
sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari
kiamat.
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia
dari Nya , saya MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM, IEB130010
telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya .
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu
saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan
teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya . Seterusnya , tak
lupa juga kepada pensyarah saya , Ustaz Abdul Muhsien Bin Sulaiman
yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di
jalankan dengan sempurna.
Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan ialah mengenai
pemikiran tokoh terkenal iaitu “Howard Gardner : Multiple
Intelligence” , skop penulisan saya mengenai pemikiran salah seorang
tokoh falsafah yang telah memberi sumbangan yang besar dalam
pendidikan.
2
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama
ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada
sekalian pembaca . Sekian.
3
BIODATA HOWARD GARDNER
Howard Gardner dilahirkan pada tarikh 11 Julai 1943 di Scranton,
Pennsylvania. Beliau menyifatkan dirinya sendiri pada zaman kanak-kanak
sebagai “kanak-kanak rajin yang mendapat keseronokan lebih dengan
bermain piano.”( a studious child who gained much pleasure from playing
the piano ). Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di Havard dan
memperoleh sarjana muda pada tahun 1965 dan Ph.D pada tahun 1971.
Kedua-duanya di Universiti Havard dan dalam bidang psikologi.
Beliau pada asalnya merancang untuk belajar undang-undang di
universiti. Tetapi, karya-karya serta kajian-kajian Jean Piaget telah
mengilhamkan beliau untuk mengkaji perkembangan psikologi. Dorongan
oleh ahli psikoanalisis atau ahli analisa jiwa Erik Erikson merupakan sebab
utama beliau memasuki bidang psikologi.
KERJAYA :
Howard Gardner mula memperkenalkan teori yang direka untuk
mensintesiskan penyelidikan dan pemerhatian beliau selepas beliau
menghabiskan masa dengan tinggal dan bekerja dengan dua golongan
iaitu golongan kanak-kanak biasa yang berbakat serta golongan orang
dewasa yang mempunyai masalah otak. Pada tahun 1983, beliau telah
menerbitkan bukunya yang pertama iaitu Frame of Mind yang
menerangkan mengenai kecerdasan yang pelbagai (Multiple Intelligence).
Menurut teori in, setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk
belajar. Tidak seperti teori tradisional yang hanya memberi tumpuan
kepada satu teori iaitu, kecerdasan umum tunggal (single general
intelligence). Howard Gardner percaya bahawa setiap orang mempunyai
pelbagai cara yang berbeza dalam pemikiran dan pembelajaran. Dia telah
mem perkenalkan 9 jenis kecerdasan :
Matematik
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik
Spiritual Atau Eksistensialime
Teori Howard Gardner ini telah memberi kesan yang besar dalam bidang
pendidikan. Teori ini telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Konsep
kecerdasan beliau yang wujud lebih daripada satu, telah membuka lebih
banyak penyelidikan mengenai kecerdasan manusia.
Seorang penyelidik Mindy L. Kornhaber telah menegaskan bahawa teori
kecerdasan Howard Gardner ini begitu popular kerana ia mengesahkan
pengalaman seharian seorang pendidik. Pelajar belajar dan berfikir
dengan pelbagai cara. Ia juga memberi seorang pendidik satu rangka
kerja konsep bagi menyusun dan mencerminkan penilaian kurikulum dan
amalan pedagogi mereka. Oleh sebab itu, teori ini telah ini telah
membawa ramai pendidik untuk membangunkan pendekatan baru yang
lebih baik mungkin memenuhi keperluan pelbagai pelajar di dalam kelas
mereka.
Howard Gardner kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Pemandu Projek Zero di Harvard Graduate School Pendidikan dan sebagai
Profesor Adjung Psikologi di Universiti Harvard.
Anugerah :
1981,
1987,
1990,
2000,
2011,
MacArthur Prize Fellowship
William James Award, American Psychological Association
University of Louisville Grawemeyer Award in Education
John S. Guggenheim Memorial Foundation Fellowship
Prince of Asturias Award in Social Sciences
Karya-karya :
5
Di antara karya-karyanya ialah:
Frame of Mind (1983)
Leading Minds (1995)
Creating Minds (1993)
The Diciplined Mind (1999)
Multiple Intelligence (1993)
The Mind’s New Science (1985)
Five Minds for the Future (2004)
Intelligence: Multiple Perspectives (1996)
Truth, Beauty, and Goodness Reframed: Educating for the Virtues in
the Twenty-first Century (2011)
Changing Minds: The Art and Science of Changing Our Own and
Other People's Minds (2004)
6
TEORI PEMIKIRAN HOWARD GARDNER
MULTIPLE INTELLIGENCE
Howard Gardner ialah seorang ahli psikologi barat. Beliau telah
mewujudkan dan mengasas satu teori yang berkaitan dengan kecergasan
pada tahun 1983. Teori tersebut telah dikarang di dalam bukunya Frames
of Mind. Teori tersebut dikenali sebagai Multiple Intellgence atau
Kepelbagaian Kecerdasan. Untuk menghasilkan teori ini, beliau telah
membuat satu kajian yang dilakukan dikalangan masyarakat yang terdiri
daripada kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak biasa. Meraka ini
mempunyai pelbagai sifat-sifat dan kriteria tersendiri. Di dalam bukunya,
Howard Gardner menerangkan bahawasanya kecerdasan tidak boleh
diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya,
persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan
lain-lain. Teori yang diasas oleh Howard Gardner ini lebih kepada aspek
kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam
menjelaskan kecerdasan manusia.
Teori Multiple Intelligence (Kecerdasan yang pelbagai) Howard Gardner
adalah berdasarkan satu pemikiran iaitu pemikiran kemampuan
intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat
terbatas. Mengapa Howard Gardner mengunakan pemikiran tersebut. Ini
kerana ukuran IQ hanya menekankan kepada kemampuan logikalmatematik dan bahasa sahaja. Pada hakikat yang sebenarnya, setiap
individu mempunyai caranya yang tersendiri dalam menyelesaikan
masalah dan persoalan yang mereka hadapi. Tambahan pula, kecerdasan
bukan hanya dilihat dari nilai yang ada pada seseorang individu tersebut.
Hal ini kerana, kecerdasan merupakan satu konsep kemampuan yang
dimiliki oleh seseorang individu dalam mengenalpasti masalah dan
7
kemudian berupaya menyelesaikan masalah tersebut serta melakukan
sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi Multiple Intelligence
(Kecerdasan yang pelbagai) yang diterangkan oleh Howard Gardner
didalam bukunya Frame Of Mind (1983) adalah kepakaran kecerdasan
manusia sepatutnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan
menghasilkan output yang efektif. “An intelligence is the ability to solve
problems, or to create products that are valued within one or more
cultural setting” (Howard Gardner:Frame Of Mind, 1983).
Multiple Intelligence (Kecerdasan yang Pelbagai) Howard Gardner
merangkumi sembilan jenis kecerdasan. Pada asasnya, teori ini
merupakan perkembangan daripada Kecerdasan Otak (IQ), Kecerdasan
Emosional (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ). Teori Multiple Intelligence
ini mempunyai pengaruh signifikan di dalam pendidikan serta memberi
kesan kepada pembelajaran organisasi. Howard Gardner menjelaskan
bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (IQ)
telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurutnya lagi,
kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logikal atau matematik
sahaja yang boleh diukur dengan kebanyakan ujian IQ. Manakala,
kemahiran selain daripada itu seperti sosial, emosi dan interpersonal yang
membenarkan seseorang individu itu berfungsi dengan berkesan telah
dikecualikan dari ujian IQ tradisional.
Howard Gardner pada mulanya Teori Multiple Intelligence (Teori
Kecerdasan Yang Pelbagai) ini hanya diperkenalkan dengan tujuh
kecerdasan sahaja. Tetapi pada tahun 1999, Howard Gardner menambah
lagi 2 jenis kecerdasan. Beliau mengatakan bahawa dengan pendidikan
dan latihan, kecerdasan kita dapat dipertingkatkan. Kecerdasan yang
dikemukakan oleh Howard Gardner tidak semestinya terlibat dalam
kecerdasan seseorang individu tersebut. Walau bagaimanapun, Howard
Gardner di dalam bukunya yang lain iaitu Multiple Intelligence:New
8
Horizons (2006) telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat
kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu “existential intelligent” yang
digelar oleh beliau sebagai “intelligence of big question”. Menurutnya lagi,
setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.
Kecerdasan tersebut boleh dipertingkatkan melalui pendidikan dan aktiviti
yang bersesuaian.
Berikut merupakan kecerdasan-kecerdasan berserta ciri-cirinya yang
diterangkan oleh Howard Gardner di dalam bukunya:
1. Kecerdasan Logikal Matematik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan logik, abstrak, penaakulan
secara deduktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan ini juga
mempunyai kemampuan dalam menggunakan angka dengan baik.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sejak lahir atau semula jadi
selalunya cemerlang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan
matematik, catur, aktiviti-aktiviti yang melibatkan logik atau angka,
mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan
dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Kepintaran
bendalir dan keupayaan umum berkait rapat dalam Logikal
kompleks.
Jika seseorang individu itu mempunyai kecerdasan logikal yang
tinggi, dia akan menunjukkan minat yang besar di dalam kegiatan
atau aktiviti yang berbentuk eksplorasi. Mereka juga akan
memikirkan dan sering tertanya-tanya tentang fenomena yang
9
dilihat dan berlaku di sekelilingnya serta bersifat analisis. Contohnya
memikirkan bagaimana dan mengapa hujan turun. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan ini juga suka menuntut keterangan yang
logikal dari setiap persoalan yang mereka fikir. Selain itu, mereka
juga gemar mengklasifikasikan sesuatu yang mudah dikira dan
menyelesaikan masalah matematik dengan pantas. Merancang
eksperimen untuk membuktikan sesuatu, menghabiskan waktu
bermain permainan logikal seperti permainan teka-teki, berprestasi
dalam Matematik dan IPA merupakan sifat yang ada kepada mereka
yang memiliki kecerdasan ini. Doktor, jurutera, saintis dan arkitek
yang selalunya mempunyai kecerdasan ini. Diantara tokoh-tokoh
yan mempunyai kecerdasan ini ialah Carl Friedrich Gauss, AlKhawarizmi dan Isaac Newton.
2. Kecerdasan Spatial atau Visual Ruang
Howard Gardner menerangkan di dalam bukunya bahawa
kecerdasan ini berkaitan dengan penghakiman ruang dan
keupayaan untuk menggambarkan sesuatu dengan mata minda.
Kecerdasan ini merupakan kemampuan untuk mempersepsikan
dunia spatial atau visual secara tepat dan mentransformasikan
persepsi dunia spatial atau visual ini dalam bentuk tertentu.
Kecerdasan ini juga merangkumi kemampuan dalam
membayangkan, mempersembahkan idea secara spatial atau visual
dan juga dapat mengorientasikan diri secara tepat dalam ruang
lingkup spatial dan visual. Artis, pereka dan arkitek di antara yang
mempunyai kecerdasan ini. Mereka yang memiliki ciri-ciri ruang
kecerdasan ini juga mahir dan pandai dalam menyelesaikan puzzle.
Mereka juga berkebolehan dalam menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah mereka tempuhi serta
bijak dalam menghubungkaitkan objek-objek di dalam ruang.
Kecerdasan ruang visual membolehkan seseorang individu tersebut
mempersembahkan idea-idea visual dan ruang kecenderungan
dalam aspek imaginatif dan kreatif.
10
Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini selalunya
mempunyai kemampuan untuk sentiasa sedar akan posisi relatifnya
dalam koordinat ruang dan waktu. Berbeza dengan mereka yang
mempunyai kecerdasan ruang visual yang rendah. Mereka akan
sentiasa berasa bingung untuk mengingati jalan dan tempat mereka
tinggal. Walaupun mereka sudah tinggal di kawasan itu dalam
jangka masa yang lama. Seseorang individu yang sentiasa sesat di
dalam perjalanan, mereka ini selalunya mengalami masalah
gangguan orientasi ruang. Mereka juga tergolong di dalam kalangan
mereka yang tidak cerdas ruang. Yang memiliki kecerdasan ruang
pula mampu untuk menggambarkan visual yang jelas dalam
menerangkan atau menjelaskan sesuatu perkara. Individu yang
mempunyai kecerdasan ini juga gemar menconteng di dalam buku
sekolah atau di dalam kertas. Mampu untuk membaca peta atau
diagram dengan baik merupakan salah satu daripada kemahiran
mereka. Selain itu, mereka lebih cenderung dalam memahami
informasi gambaran daripada kata-kata atau huraian serta
mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu yang selalunya
mempunyai kecerdasan ini terdiri daripada arkitek, perancang
bandar, juruterbang, angkasawan, ahli pelayaran dan juga pelukis.
Diantara mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah Hijjaz
Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo
Picasso dan Leonardo Da Vinci.
3. Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan Linguistik ini mempunyai kaitan yang rapat dengan
kata-kata, lisan dan menulis. Seseorang individu yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik yang tinggi menunjukkan kemudahan
dengan kata-kata dan bahasa. Mereka ini mampu untuk berbahasa
dengan menggunakan kata-kata yang efektif, baik dalam lisannya
seperti syarahan,berpidato dan baik dalam tulisan seperti editor,
penulis dan sebagainya. Seseorang individu yang mempunyai
kecerdasan ini biasanya sensitif terhadap perkataan dan mahir
11
dengan baik dalam membaca, mendengar kuliah, menulis nota
serta berbincang dan berdebat dengan apa yang mereka pelajari.
Selain itu, mereka yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik ini
juga mudah mempelajari bahasa asing. Ini kerana mereka memiliki
ingatan yang tinggi dan kuat dalam lisan dan berkebolehan untuk
memahami dan memanipulasi sintaksis dan keupayaan struktur. Di
dalam kebanyakan diri seseorang individu, verbal merupakan salah
satu kebolehan yang paling tinggi. Secara keseluruhannya, mereka
ini gemar menceritakan cerita jenaka, mengarang kisah-kisah
imaginasi, menulis dengan kreatif, menghafal nama, tempat, hal-hal
kecil dan segala aktiviti yang melibatkan membaca, mendengar,
berkata-kata, menulis dan menghafal. Dapat menyimpan pelbagai
informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya
merupakan kelebihan yang akan ada pada seseorang individu yang
mempunyai kecerdasan ini. Individu yang kebiasaannya mempunyai
kecerdasan ini seperti pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis skrip dan novel. Diantara mereka yang
mempunyai kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad Said,
William Shakespeare, Rene Blanco dan Sir Arthur Conan Doyle.
4. Kecerdasan Kinestetik atau Jasmani
Mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir ialah unsur-unsur utama bagi badan
kinestetik. Bagi kecerdasan ini pula, Howard Gardner menerangkan
bahawa ia merupakan kemampuan menggunakan seluruh badan
untuk mengekspresikan idea dan perasaan seperti penari, atlet dan
pelakon. Mereka yang memiliki kecerdasan ini selalunya mempunyai
kemahiran menggunakan tangan untuk mengubah atau mencipta
sesuatu. Contohnya ahli mekanik dan doktor bedah. Kecerdasan ini
meliputi kemampuan fizikal yang lebih spesifik seperti koordinasi,
12
keseimbangan, keterampilan, kekuatan, kelenturan, kecepatan atau
kemampuan menerima rangsangan. Howard Gardner di dalam
bukunya tekah menjelaskan secara terperinci bahawa kecerdasan
ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan
fizikal, dan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka
menjadi refleksi.
Individu-individu yang mempunyai kecerdasan ini, secara teorinya
perlu lebih banyak belajar dengan lebih baik dalam melibatkan
pergerakan otot dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal
seperti sukan secara amnya. Mereka yang mempunyai kecerdasan
ini selalunya akan cepat belajar sekiranya mereka belajar dan
melakukan sesuatu secara fizikal daripada belajar dengan membaca
dan mendengar yang merupakan sesuatu yang sukar bagi mereka
yang mempunyai kecerdasan ini. Biasanya, mereka yang
memperoleh kecerdasan ini berasa seakan-akan mereka
menggunakan apa yang diistilahkan sebagai memori otot. Mereka
akan ingat sesuatu perkara melalui badan mereka seperti memori
lisan.
Di antara ciri-ciri yang ada pada mereka yang mempunyai
kecerdasan ini ialah mereka kerap bergerak ketika duduk atau
mendengar sesuatu. Mereka juga aktif di dalam aktiviti-aktiviti
fizikal seperti berlari, berjoging dan sebagainya. Selain itu,
keupayaan untuk meniru gerakan. Kebiasaan atau gerak-geri orang
lain juga merupakan salah satu ciri kecerdasan ini. Dalam bidang
kraf tangan seperti mengukir, menjahit dan memahat adalah
perkara yang mereka akan cepat belajar. Jika mereka ingin
mendapatkan jawapan sesuatu perkara, mereka lebih gemar beraksi
secara fizikal. Menceraikan sesuatu dan kemudian mencantumkan
atau menyusun semula merupakan sifat semula jadi meraka.
Kerjaya-kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan ini ialah atlet, pelakon, pakar bedah, doktor dan segala
pekerjaan yang banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal. Diantara
13
mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah Nicole David, Michael
Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh
Khan, Rosyam Noor dan Jackie Chan.
5. Kecerdasan Muzik
Menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan perasaan melalui
muzik merupakan keterangan yang diberi oleh Howard Gardner
tentang kecerdasan ini. Seseorang individu yang mempunyai
kecerdasan ini mampu dan berkebolehan dalam mengesan bunyi
tanpa lisan, muzik serta irama yang wujud di persekitarannya.
Mereka juga mampu untuk menguasai dan menangani bentukbentuk muzikal dengan kaedah mempersembahkan, mengubah dan
mengekspresikannya. Selain itu, mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga peka terhadap irama, melodi, nada, warna nada
serta suara sesuatu lagu. Mereka yang tergolong ialah penyanyi,
pengubah lagu dan sebagainya.
Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini selalunya
sangat sensitif kepada bunyi-bunyi atau suara yang wujud dan
timbul di dunia ini. Baik yang asalnya datang daripada suara alat
muzik, suara manusia, binatang, guruh dan sebagainya. Mereka
juga berupaya menggunakan dan bermain alat-alat muzik serta
mudah menghafal lirik muzik. Selain itu, mereka yang memiliki
kecerdasan ini mampu menggubah rentak serta tempo muzik dan
mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi dan muzik.
Kebanyakan individu yang mampu mengubah kata-kata menjadi
lagu, kebiasaannya mereka juga mampu mencipta pelbagai alatan
muzik. Individu yang memiliki kecerdasan ini juga bijak dalam
melantunkan nada lagu dengan baik, pandai dalam menggunakan
kosa kata muzikal serta peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau
warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Setiap individu
mempunyai tahap yang berbeza-beza dalam penghayatan terhadap
muzik. Diantara mereka yang memiliki kecerdasan ini ialah Adnan
14
Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P.
Ramlee dan Siti Nurhaliza.
6. Interpersonal
Merupakan kecerdasan yang berhubung kait dalam kemampuan
seseorang individu dalam mendiskriminasikan antara pelbagai
tanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan
berkesan secara pragmatik terhadap tanda tersebut. Jika seseorang
individu yang mempunyai kecerdasan ini, mereka mampu untuk
memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Selain
itu, mereka juga mudah berinteraksi dan bekerjasama dengan orang
lain secara praktikal bagi menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Jika kecerdasan interpersonal ini agak menonjol dalam diri
seseorang itu, ia selalunya memiliki interaksi yang baik terhadap
orang lain. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap gerakisyarat,ekspresi wajah serta suara.
Selain daripada itu, mereka yang memiliki kecerdasan ini lazimnya
akan menjaga sensitiviti serta memahami emosi, tingkah laku,
fikiran, perasaan dan harapan terhadap orang lain. Dengan kata
lain, ia juga bermaksud keupayaan seseorang murid memahami dan
mengenal sensitiviti terhadap perasaan orang yang lebih tua di
sekelilingnya. Jika murid-murid mempunyai kecerdasan ini,
pembelajaran sesuatu subjek akan lebih berkesan kerana mereka
akan belajar dan bekerjasama bersama rakan sebaya serta mudah
terlibat dengan sesebuah pergaulan. Ciri-ciri individu yang memiliki
kecerdasan ini ialah mereka memiliki ramai teman. Selain itu,
mereka lebih suka bersosial di sekolah atau di kawasan tempat
tinggalnya. Lebih gemar duduk dalam berkelompok serta mereka
juga pandai menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sesuatu
konflik yang berlaku di kalangan temannya. Menjadi seorang
pengajar sentiasa berada di dalam fikirannya. Mereka yang memiliki
15
kecerdasan ini berbakat menjadi pemimpin serta pandai di dalam
mata pelajaran ilmu sosial. Diantara tokoh-tokoh yang memiliki
kecerdasan ini ialah Donald Trump, David Letterman dan Aznil Hj.
Nawawi.
7. Intrapersonal
Kecerdasan ini agak berbeza dengan kecerdasan interpersonal. Jika
seseorang itu memiliki kecerdasan interpersonal, mereka pandai
berkomunikasi serta memahami perasaan motivasi dan tabiat orang
lain. Tetapi, kecerdasan intrapersonal ialah tentang kesedaran diri
sendiri, berfikiran metakognitif serta berkemampuan untuk menilai
diri sendiri. Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai
kecerdasan intrapersonal yang tinggi, mereka biasanya dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam serta memiliki tanggapan
sendiri mengenai kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Apa yang
istimewa dengan kecerdasan ini ialah ia berkebolehan memberi
keyakinan diri yang tinggi tentang kebolehan yang ada pada dirinya
sendiri. Selain itu, mereka juga pandai dalam menentukan hala tuju
kehidupan mereka serta mempunyai azam, prinsip dan pegangan
yang kuat. Mereka juga pandai dan berkebolehan dalam berdikari.
Kebiasaannya, seseorang individu yang memiliki kecerdasan
intrapersonal yang tinggi selalunya sentiasa mengelamun. Tetapi
dalam pada yang sama mereka sentiasa berwaspada dan memiliki
wawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini lebih
gemar belajar secara bersendirian. Mereka juga sering dalam
renungan yang panjang dan termenung sekiranya berada di
persekitaran yang sepi. Mempunyai peribadi yang tertutup
merupakan sifat mereka. Di samping itu, mereka yang memiliki
kecerdasan ini juga sentiasa peka terhadap perasaan dalam situasi
yang sedang berlaku serta memahami diri dan seterusnya mampu
untuk mengendalikan diri dalam sesuatu konflik yang berlaku
dengan mudah dan cepat. Mereka mengetahui apa yang perlu
16
dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan dalam persekitaran
sosial serta tahu kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada
masa-masa yang diperlukan. Mereka selalunya kurang pandai
berkomunikasi dengan orang baru. Diantara tokoh-tokoh yang
memiliki kecerdasan ini ialah H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah
Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget
dan Muhammad Husin Bin Parwazalam.
8. Kecerdasan Naturalis
Satu jenis kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk
diri untuk mengumpul maklumat berkaitan persekitaran semula jadi.
Mereka dengan kecerdasan ini sangat peka terhadap fenomenafenomena alam serta dapat mengenali dan mengkategorikan
spesies, flora dan fauna di sekelilingnya. Jika seseorang individu
mempunyai tahap kecerdasan naturalis ini tinggi, mereka biasanya
merupakan pencipta alam semula jadi dan dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah.
Menghabiskan masa di luar serta mendengar bunyi-bunyi alam
semula jadi adalah hobi mereka. Oleh sebab itu, mereka sangat
sensitif terhadap alam sekitar dan mampu menghubungkaitkan
kehidupan flora dan fauna.
Sifat-sifat dan ciri-ciri yang wujud pada mereka yang memiliki
kecerdasan ini ialah mereka suka dan sayang terhadap haiwan
peliharaan. Selain itu, mereka menikmati berjalan-jalan di alam
yang terbuka. Individu ini juga mampu untuk mengklasifikasikan
betuk-bentuk alam semula jadi serta nama-nama flora dan fauna.
Secara keseluruhannya mereka sangat berpengetahuan tentang
alam semula jadi yang Allah ciptakan. Di antara mereka yang
mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi ialah ahli zoologi, ahli
biologi, petani, ahli geologi dan segala kerjaya yang melibatkan
alam semula jadi. Diantara tokoh-tokoh terkenal dengan kecerdasan
17
ini ialah Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope dan
Charles Darwin.
9. Kecerdasan Spiritual Atau Eksistensialime
Berdasarkan penelitian di dalam buku Multiple Intelligence:New
Horizons (2006), Mereka yang mempunyai kecerdasan ini amat
menyusahkan. Ini kerana, mereka memiliki ciri-ciri yang cenderung
dan sering bertanya tentang segala hakikat kejadian kewujudan
manusia, mengapa manusia akan mati, erti kita hidup dan juga
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup ini. Howard Gardner
memperkenalkan kecerdasan ini pada tahun 1999 dan diterangkan
di dalam buku Multiple Intelligence:New Horizons pada tahun 2006.
Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini ,mampu untuk
memahami dan menguasai nilai-nilai yang berkembang di tengahtengah masyarakat. Sama ada nilai itu jenis tradisional ataupun nilai
itu masih baru dan sedang berkembang. Mereka boleh
meningkatkan kecerdasan ini melalui pembacaan buku-buku
falsafah dan boleh menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang
membolehkan mereka mempelajari jawapan dengan lebih
mendalam. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini disarankan
belajar secara berguru agar tidak sesat dengan pelbagai
pertanyaan. Seperti yang berlaku pada Kassim Ahmad serta Benz
Ali.
Howard Gardner pada asalnya mewujudkan teori ini bukanlah
memfokuskan kepada pendidikan. Tetapi, sehingga sekarang teori ini telah
digunakan oleh pelbagai negara dan bukunya iaitu Frame Of Mind: The
Theory Of Multiple Intellgence (1983) dan Multiple Intelligence:New
Horizons (2006) telah diterjemahkan di dalam lebih 20 bahasa. Dengan
18
teori ini, Howard Gardner telah menempah nama di seluruh dunia di
dalam dunia pendidikan serta falsafah.
19
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, teori yang dibawa oleh Howard Gardner ini
sangat menarik dan memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan.
Kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner telah memberi
ruang kepada para pendidik untuk mengajar dengan lebih efektif. Selain
itu, dengan teori yang diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu
tersebut mampu untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya
memperbaiki kehidupannya kepada yang lebih baik. Dengan lebih
daripada 20 bahasa telah diterjemahkan, ini menunjukkan teori Multiple
Intelligence ini mampu mengubah falsafah pendidikan sesebuah negara
kepada yang lebih berkesan. Dengan ini, saya dapat simpulkan bahawa
Howard Gardner merupakan tokoh yang saya sendiri kagumi kerana
berjaya mewujudkan satu teori yang seterusnya mengubah sistem
pendidikan di kebanyakan negara.
Akhir kalam, saya harap penulis yang dibuat ini dapat memberi ilmu
baru kepada semua. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di
kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh
teladan di dunia dan akhirat kepada sekalian pembaca . Sekian.
20
RUJUKAN
1. Gardner, H. (1983). Frame Of Mind: The Theory Of Multiple
Intellgence. NewYork: Basic
2. Books.
3. Gardner, H. (2006). Multiple Intelligence:New Horizons.
London: Basic Books.
4. Gardner, H. (1999). Intelligence reframed. New York: Basic
Books.
5. http://howardgardner.com/
6. http://www.thomasarmstrong.com
7. Palmer, J. A. (2010). 50 Pemikir Paling Berpengaruh
terhadap Dunia Pendidikan Modern: Laksana.