Jumlah kekerapan
973
710
1015
296
453
616
314
4377
= 143.5 +
30 – 12
2
7
x3
= 143.5 + 15 – 12
7
x3
= 143.5 +
x3
3
7
= 143.5 + 1.28
= 144.78 #
Refleksi
Matematik adalah subjek kegemaran saya semasa menuntut di sekolah
menengah. Namun sejak kebelakangan ini, ianya semakin jauh dengan saya
kerana saya tidak lagi mempraktikkannya. Hanya sekadar pengiraan operasi
asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang menjadi asas dalam kehidupan
seharian.
Apabila saya mendapat kerja kursus pendek ini, perkara pertama yang
difikirkan ialah mampukah saya untuk membuatnya. Selama dua minggu saya
27
hanya melihat soalan berulang kali kerana tidak tahu bagaimana untuk
memulakannya. Akhirnya, rakan sekelas dalam kursus ini, telah datang ke rumah
saya berbincang mengenai tugasan ini. Sukar bagi saya untuk memahaminya.
Banyak kali bertanya dan melakukan perbincangan.
Seterusnya saya mengumpulkan data ketinggian murid. Perkara paling
merumitkan ialah untuk mencari kekerapan pada data yang diperolehi. Seringkali
tersalah kira samada terkurang dan melebihi daripada jumlah 120 orang.
Langkah seterusnya saya perlu memahamkan cara mencari julat, min, mod dan
median. Perkara paling sukar bagi saya ialah untuk mencari mod dan median
apabila melihat pada formulanya. Sekali lagi, saya berjumpa dengan rakan
sekelas untuk bertanyakan hal ini.
Saya membuat draf kerja di buku nota kemudian membuatnya
menggunakan perisian Microsoft Word. Sekali lagi saya tidak dapat membuat
histogram. Saya hampir putus asa. Pada hari Rabu, sempena cuti Pertabalan
Yang Di-pertuan Agong, saya dan rakan – rakan berkumpul dan berbincang
mengenai cara membuat histogram. Akhirnya, saya dapat menyelesaikan
tugasan ini dengan jayanya.
Apa yang dapat dilihat sepanjang tugasan ini diberikan, sebagai seorang
guru, kita tidak boleh berputus asa apatah lagi untuk tidak melakukannya. Kerja
secara berkumpulan sangat penting kerana di situ kita dapat mengumpulkan
pelbagai idea daripada rakan seperjuangan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Ms Low Lee Kim yang telah banyak
membantu serta memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dan
pengajaran sepanjang interaksi pada semester ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat
disiapkan.
28
RUJUKAN
Yoong Kwee Soon & Kho Choong Quan (2009). Target Vista SPM Mathematics.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd
Yoong Kwee Soon, Kho Choong Quan & Yang Chor Chaw (2003). Analisis
Prioriti SPM Matematik Tambahan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd