MONTESSORI

Published on January 2017 | Categories: Documents | Downloads: 51 | Comments: 0 | Views: 783
of 3
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

TEORI MONTESSORI Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:

Penggunaan sensori-deria Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.

Penerokaan kepada persekitaran Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu, dalam erti kata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Belajar melalui aktiviti bermain Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

Tempoh sensitif Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang

berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat.

TADIKA IDAMAN SAYA Dengan menggunakan semua teori tersebut, saya ingin membina tadika sendiri dengan memberi nama Tadika Impian Si Kecil. Tapi bagi saya, saya nak mewujudkan tadika idaman untuk semua kanak-kanak, tadika lebih kepada berasaskan main 'play-based approach' sebab bermain adalah penting dan sebahagian dari kehidupan kanak-kanak bermain adalah jiwa mereka.  Tanam permainan Sebenarnya bermain adalah satu platform yang paling mudah, cepat dan banyak kanak-kanak belajar secara tak langsung. Kanak-kanak akan lagi mudah ingat melalui permainan. Oleh itu, tadika ini mestilah di bandar dan di taman perumahan tepi. Kemudian, tadika tersebut saya ubah suai dan jadikan tadika tersebut lebih menarik dan menjadikan tadika tersebut sebagai contoh kepada tadika-tadika yang lain.Tadika saya haruslah mempunyai sebuah tanam permainan yang agak luas. Taman permainan tersebut mestilah ada papan gelongsor, buaian dan sebuah pondok kayu atau wakaf.  Zoo mini Selain itu, saya juga membuat sebuah zoo mini untuk murid saya. Mini zoo tersebut dibahagikan kepada beberapa buah bahagian. Bahagian pertama adalah haiwan yang jinak, seperti kucing, arnab dan lain –lain. Kemudian, bahagian berikutnya pula saya akan meletakkan kolam ikan yang kecil. Di kolam ikan tersebut mempunyai air terjun mini dan terdapat beberapa ekor ikan.  Kolam renang Tambahan pula, saya turut membina kolam renang yang tidak begitu berbahaya kepada murid saya. Kolam tersebut mempunyai beberapa peringkat. Peringkat pertama, tidak dalam, kedua sederhana dalam dan ketiga dalam. Maksud dalam di sini bersesuaian dengan umur kanak-kanak enam tahun.

 Bilik darjah Di setiap bilik darjah tadika saya mempunyai penyaman udara. Ini bertujuan anak murid saya lebih selesa menerima ilmu yang diberikan. Bilik darjah tersebut seharusnya bersih serta tersusun kemas segala peralatan. Kemudian, di ruang tamu juga turun dilengkapi penyaman udara.  Keseluruhan bangunan tadika Keseluruhan tadika juga perlu sesuai dan ceria... banyakkan warna-warna, gambar-gambar yang pelbagai dalam bilik darjah dan sekitar tadika. Mereka akan lebih suka meneroka tadika mereka sendiri. Ini juga akan menarik kanak-kanak untuk datang ke tadika tanpa disuruh. Selain itu tadika saya akan dilengkapi dengan CCTV supaya saya boleh pantau pergerakkan dan tingkahlaku guru juga ibu bapa boleh melihat perkembangan anak-anak mereka melalui laman web online CCTV.  Keselamatan Keselamatan tadika amat penting bagi saya. Kerana ibu bapa meninggalkan anak mereka dengan keadaan selamat dan baik, maka ketika mereka mengambil anak mereka juga dalam keadaan baik. Saya akan pastikan setiap permainan, setiap pintu di tutup dan di kunci dengan baik. Pagar utama sentiasa di kunci bagi mengelakkan kecurian, penculikan serta pencerobohan berlaku.

Penutup Saya harapkan tadika saya dapat diterima semua golongan masyarakat. Saya menubuhkan tadika tersebut degan sepenuhnya mengikut teori Maria Montessori. Saya akan terapkan segala teori dalam pengajaran saya. Saya juga ingin kan murid menjadi murid yang menghormati guru, sentiasa ceria dan girang. Segala ciri di atas adalah ciri-ciri tadika idaman saya.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close