Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanakkanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanakkanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan
yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanakkanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Menurut Jean Piaget (1869-1980) iaitu seorang pakar biologi Switzerland dan pakar
Psikologi, pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri tahap yang komplaks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Tahap perkembangan kognitif Piaget ada empat iaitu. • Tahap sensori motor (0-2 tahun) • Tahap preoperasi (2-7 tahun) • Tahap operasi konkrit (7-11 tahun) • Tahap operasi formal (11 tahun ke atas) 1. Tahap Sensori Motor Menurut Piaget, pada tahap ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Dalam erti kata lain, apa yang dilihat mesti dipegangnya sebagai objek, kerana inilah cara bayi mempelajari serta mengenali alam sekitar. Pieget menekankan pada tahap ini, bayi harus dapat melihat objek untuk mengetahui akan kewujudanya. 2. Tahap Preoperasi Pada tahap ini kanak-kanak mula boleh menggunakan skima yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. Bayi sudah mula menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu benda atau peristiwa. Oleh itu, bagi memahami persekitarannya, mereka sering bertanya dan menggunakan soalan- soalan yang tidak logik. 3. Tahap Operasi Konkrit Tahap ini dikenali konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan sebagainya. Mereka hanya boleh memahami konsepkonsep yang konkrit atau yang objektif seperti binatang, tumbuh-tumbuhan,kekotoran dan sopan santun. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (195 menegaskan yang kanakkanak di tahap ini boleh melaksanakan setengah-setengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses fikiran sendiri. 4. Tahap Operasi Formal Tahap ini berlaku dari tahap remaja ke atas. Individu yang berada pada tahap ini berupaya menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak.
Jean Piaget (1896-1980), adalah seorang ahli kaji biologi berbangsa Swiss yang mana kemudiannya telah berminat untuk mengkaji dalam bidang psikologi. Beliau amat terkenal dengan teori kognitif atau inteleknya. Menurut piaget, kanak-kanak berkembang dari segi
mentalnya mengikut tahap atau peringkat tertentu. Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Ini bermakna semua kanak-kanak akan melalui semua tahap-tahap berikut -Tahap Sensori Motor atau deria motor (sejak lahir hingga dua tahun) -Tahap Pra-Operasi (dua tahun hingga tujuh tahun) - Tahap Operasi Konkrit (tujuh tahun hingga dua belas tahun) - Tahap Operasi Formal (dua belas tahun ke atas)
Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah kita mengenali dahulu siapakah tokohnya Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanakkanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).
Tahap Praoperasi (2-7)
Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-7) tahun. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara seperti kebolehan mengira II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.
Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000) Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).
Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu‘egocentrism’, ‘konsep sebab-akibat’, ‘peningkatan peralihan bahasa’ dan ‘pembentukan identiti diri’ (Asmah Bee Mohd Noor, 2000). Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004) Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).