OverDrive

Published on January 2017 | Categories: Documents | Downloads: 47 | Comments: 0 | Views: 291
of 5
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Overdrive function.
Kalau sesiapa yang naik kereta automatik transmission,
ada antara kereta auto ini mempunyai baten (button)
"O/D" kat batang gearnya. Seperti baten kat kereta CRV

saya ini...
So, apa fungsinya?
Butang tu, bila kita start enjin kereta, kereta anda
biasanya akan dalam keadaan overdrive ON, bila anda
tekan butang tu, ia akan OFF fungsi overdrive kereta
anda.

Gambar di atas menunjukkan keadaan meter dashboard
semasa fungsi overdrive sedang ON.

Gambar diatas pula menunjukkan keadaan meter
dashboard semasa fungsi overdrive sedang OFF.
Okeh, satu soklan untuk semua. Kenapa bila kita start
enjin kereta, fungsi overdrive akan automatic ON?
Overdrive sebenarnya buleh dibayangkan sebagai kereta
anda sedang hidup dengan 4 gear. Kalau sesiapa yang
pernah bawak kereta manual, mesti tahu kereta manual
ada 5 gear kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5
(ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu untuk
kereta manual.
Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya gear yang
paling tinggi adalah gear 4! Dan gear 4 itu buleh kita
anggap sebagai overdrive ON. Bila kita OFF overdrive,
bersamaan gear 4 telah dimatikan, dan kita telah turun
ke gear 3. Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM
kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau kereta manual,
kita turunkan gear semasa bergerak, meter RPM pun
akan naik tinggi. So dah buleh bayangkan camne
overdrive bertindak?
Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham fungsi
overdrive bila kita anggap begitu. Tapi yang sebenarnya
adalah begini......

Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai 3 gear!!
Maka dengan 3 gear sahaja, apabila anda memecut
dengan kelajuan 100kmh kat highway, meter RPM anda
akan mengaum. Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita
bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah masuk 60kmh,
kita pun tukar ke gear 4 kan? Tapi untuk kereta auto, bila
dah 60kmh, tak ada gear yang lagi tinggi selain gear 3,
maka overdrive akan mengambil alih tugas dengan
menyalurkan gear tambahan di transmisi anda sebagai
gear ke-4. Selain itu, overdrive akan memastikan yang
pusingan ratio kereta anda berlainan. Pusingan tayar
akan lebih daripada pusingan drivesyaft supaya enjin
tidak perlu bekerja keras untuk memusingkan tayar,
sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh. Tetapi,
kelemahan pada overdrive yang ON ini adalah, torque
yang dihasilkan akan rendah. Ibaratkan kita cuba mula
pecut dengan gear 5 semasa memandu kereta manual.
sudah pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.
Minyak kereta dan torque adalah perkara penting
mengenai overdrive ini. Kereta auto yang mempunyai
fungsi overdrive sudah pasti menggunakan minyak yang
kurang daripada kereta auto yang tiada fungsi overdrive.
Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto 1.5, anda
akan dapati ia menggunakan minyak sama banyak
seperti kereta sedan 2.0 yang ada fungsi overdrive.
Apa kelebihan overdrive?
1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa bergerak di

lebuhraya, momentum kelajuan sudah cukup untuk
maintain kelajuan kereta anda. Apabila overdrive ini
dalam keadaan ON dan bertindak, ia akan meletakkan
transmisi dalam gear tambahan dan ini akan
merendahkan pusingan enjin anda dengan
mengurangkan pusingan ratio enjin dan drivesyaft. Maka
enjin tidak perlu bekerja keras dan ini sudah pasti
menjimatkan minyak kereta.
2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit, overdrive
yang ON akan membuatkan transmisi anda bergerak
lancar tanpa sebarang halangan. Ini akan menyebabkan
kereta anda bergerak bertambah laju semasa menuruni
bukit. Sekiranya overdrive ini OFF, pergerakkan akan
menjadi perlahan disebabkan gear yang rendah
digunakan, dan ini akan membantu anda mengawal
pergerakkan kereta anda dengan lebih selamat.
3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada kereta
anda. Semasa kita hendak memotong kereta lain ataupun
semasa menaiki bukit, Overdrive yang OFF akan memberi
kita lebih kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini
kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi rendah
akibat daripada gear tambahan yang digunakan. Maka
apabila anda ingin pecutan lebih, OFF kan overdrive
anda. Namun sebaliknya kereta anda akan makan minyak
lebih sikit ler..
Maka, daripada kelebihan dan kelemahan fungsi
overdrive diatas, dapatlah kita agak bila nak ON

overdrive dan bila nak OFF overdrive. Pada pendapat
saya dan cara memandu saya sendiri, saya akan sentiasa
OFF overdrive semasa saya memandu semasa menaiki
dan menuruni bukit dan juga ketika hendak memotong
kenderaan lain. Selebihnya saya akan membiarkan kereta
saya dalam keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga
orang yang akan OFF overdrive semasa kesesakkan
jalanraya dan memandu dibawah 50kmh. Itu semua
terpulang kepada cara pemanduan masing-masing. Mana
kaedah yang dirasakan akan menjimatkan minyak
kenderaan anda, buleh anda lakukan.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close