Pm

Published on February 2017 | Categories: Documents | Downloads: 56 | Comments: 0 | Views: 522
of 2
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Langkah-langkah mengatasi alam sekitar
Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di
negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor
perindustrian telah di kecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan
kebersihan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas
semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai
masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar
yang bersih penting dalam kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh
itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah
ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran
alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian
kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain
akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam
sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat
daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan
lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat
berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah
dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan
sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana
terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos
perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh
kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran
alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek
penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah
menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang
telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah
ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa
kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilangkilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada
tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung,
masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.
Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali
sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan
alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses
semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahanbahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.
Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini, sumbersumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah
untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara
juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia
sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar
semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran
sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil
kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran
ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini,
sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang
kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai
matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar
seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan
sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita
akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha
untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat
Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna
agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat
dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman.
Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong
dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai
Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga
kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara
“Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close