Pokok Ati Ati

Published on January 2017 | Categories: Documents | Downloads: 44 | Comments: 0 | Views: 539
of 2
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Ati- ati Penawar Lelah dan Bisul Pokok ati-ati di kalangan kita dikenali sebagai bunga yang biasanya ditanam di dalam pasu atau di atas tanah sebagai hiasan taman. Nama saintifiknya ialah Solesnostemon secutellaroides. Ati-ati mempunyai daun yang berbagai. Ada yang berwarna merah hati, kuning, hijau dan juga yang mempunyai warna berbagai. Pokok ati-ati adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang yang lembut, bercabangcabang dan daunnya tumbuh terus dari batang pokok mampu mencapai ketinggian sehingga satu meter. Daunnya bergerigi dengan tulang daun kelihatan jelas, mempunyai bulu-bulu halus di permukaan atasnya dan lebih panjang di permukaan bawah. Ia mudah tumbuh dengan hanya menanam keratan batangnya sahaja. Bagi pengamal perubatan tradisional, pokok ati-ati bukannya sekadar hiasan halaman tetapi mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan. Antara khasiat daun ati-ati adalah membantu mereka yang mengalami masalah lelah dan batuk. Untuk lelah ataupun batuk, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai daun ati-ati. Setelah dibersihkan, sapu permukaan daun dengan kapur sirih dan layurkan di atas api. Daun yang masih panas ditampalkan ke leher dan dibiarkan sehingga sejuk. Langkah tadi diulang berkali kali untuk mendapatkan khasiat yang baik. Pokok ini juga mampu menyembuhkan bisul, dengan cara melumatkan daunnya terlebih dulu dan kemudiannya ditampalkan di sekelilng tempat yang ditumbuhi bisul. Cara ini bukan saja dapat mengurangkan kesakitan akibat denyutan malah dapat membantu memecahkah bisul dengan lebih cepat. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada tubuh badan yang terkehel, terseliuh ataupun patah. Sementara untuk menyembuhkan demam dan juga sakit kepala, daun yang telah dilumatkan ditampal pada bahagian dahi dan kemudiannya dibalut dengan kain sehingga kering. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga sakit kepala mahupun demam anda hilang Sementara kanak-kanak yang mengalami kudis, daun ati-ati yang telah ditumbuk lumat dicampurkan dengan minyak kelapa dan juga sebuku bawang putih beserta sebuku ibu kunyit yang telah diparut. Ketiga-tiga bahan tadi dimasak dengan minyak kelapa di atas api yang perlahan sehingga menggelegak. Setelah suam-suam kuku, barulah sapukan minyak campuran itu pada kulit yang berkudis itu. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

Doa bisul
Ini doa yg sangat mustajab untuk penyakit bisul dan barah payudara. Keluarga terdekat telah mengamalkan doa ini, kemudian ia bebas dari barah tersbut. Begitu juga bisul, kami sekeluarga mengamalkan, dan bisul itu terus pulih. Caranya bacakan ayat itu 3x dgn satu nafas dimulai dgn bismillah. (bismillah tu sekali saja, masa mula2 saja) pada ibu jari kemudian letakan ibu jari pd lelanggit baca 3x mulai dgn bismillah, lepas tu sapu pd tempat bisul tu, baca 3x lagi dimulai bismillah. Lakukan ini pd subuh sebelum gosok gigi Untuk lebih jelas ayatnya seperti yg atas tu, muka surat 372 ayat 130. Huruf dlm bahasa arab klau 372 mcm dlm gambar dibwh tu. (Wa iza batasstum batasstum jabbarin)

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close