PRU 2008

Published on January 2017 | Categories: Documents | Downloads: 16 | Comments: 0 | Views: 189
of 18
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia.

Isi kandungan
[sorokkan]


• • • •





• •

1 Pembubaran parlimen dan DUN o 1.1 Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008  1.1.1 Jumlah pengundi berdaftar  1.1.2 Pengundi mati/hantu/bertindan  1.1.3 Tempoh berkempen  1.1.4 Teknik berkempen 2 Calon pilihan raya o 2.1 Proses penamaan calon 3 Petugas Pilihan raya 4 Pemerhati pilihan raya 5 Keputusan Pilihan Raya o 5.1 Kekalahan Teruk Barisan Nasional o 5.2 Empat negeri berubah angin 6 Pasca Pilihan Raya Umum o 6.1 Tuduh-menuduh dalam Barisan Nasional o 6.2 Pembentukan Pakatan Rakyat 7 Reaksi o 7.1 Kematian Zakaria Deros o 7.2 Ekonomi 8 Lihat juga 9 Rujukan

[sunting] Pembubaran parlimen dan DUN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat ilham untuk membubarkan parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankannya. SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di bangunan majlis daerah masing-masing.

[sunting] Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008
Beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa parti pembangkang dalam pilihanraya 2008, antaranya ialah: [sunting] Jumlah pengundi berdaftar Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di 12 negeri kecuali Sarawak yang perlu direbut oleh calon yang bertanding. 10,922,139 rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sebagaimana senarai akhir daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008.[1] Ini merupakan peningkatan 600,000 pengundi berbanding 10.3 juta tahun 2004. [sunting] Pengundi mati/hantu/bertindan SPR telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan dengan balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengemas kini nama si mati, pindah dan sebagainya. Bagaimanapun masih terdapat mereka yang pindah tetapi tidak bertukar alamat dan yang telah mati belum dipadam rekodnya. [2], [3] SPR menerangkan bahawa ini adalah kerana peruntukan undang-undang pilihan raya semasa tidak membenarkan SPR terus mengeluarkan nama-nama mereka daripada DPI. Ini kerana daftar yang digunakan telah 1 Jan hingga 31 Mac ini akan dipamerkan pada April depan untuk semakan orang awam, disahkan menyingkir nama mereka yang meninggal sehingga 31 Disember 2008 sahaja.[4] Selain itu, terdapat nama yang bertindan di mana melibatkan pengundi pos (polis dan tentera) yang namanya dua kali.[5] [sunting] Tempoh berkempen Tempoh berkempen pilihan raya selama 13 hari sahaja [6]. Katanya tempoh berkempen yang lama akan meningkatkan suhu pilihan raya sehingga membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Adakah keganasan itu dilakukan oleh pihak parti pembangkang ataupun orang-orang yang di upah oleh pihak kerajaan untuk melakukan huru-hara? Supaya pihak pembangkang dapat dituduh sebagai pengganas dengan sewenangwenangnya. Semasa pilihan raya umum Malaysia 2004 , masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Tahun 1999 hanya 9 hari. Pilihan raya umum 1995 dan 1986 - 10 hari. Di Sabah, tarikh pembubaran hingga hari mengundi hampir dua bulan.[7]. Semakin pendek tempoh berkempen, peluang parti kerajaan mendapatkan majoriti 2/3 semakin cerah. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari melibatkan diri dalam politik termasuk menjadi calon pilihan raya sehingga April 2008. Oleh itu, pembangkang yang mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan menjadikan orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan kesampaian. Hal ini menyebabkan berlakunya spekulasi sama ada anya pelepasan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding selepas April 2008. [sunting] Teknik berkempen

Terdapat pertikaian mengenai penguuasaan Barisan Nasional terhadap media. Kebanyakan media elektronik dan media cetak banyak membuat liputan mengenai Barisan Nasional dan kurang liputan mengenai parti pembangkang. Pembangkang mendakwa bahawa mereka disekat dari menggunakan media elektronik seperti televisyen dengan itu terpaksa menggunakan teknik ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang tidak mencukupi dan sukar dilakukan oleh parti pembangkang. Menurut pihak kerajaan, ceramah dan perhimpunan pra pilihan raya yang diadakan oleh pembangkang telah mencetuskan rusuhan dan dilabel sebagai perhimpunan haram. Contohnya, Rusuhan Kuala Terengganu 2007 dan Perhimpunan Bersih 2007. Bagaimanapun pembangkang mendakwa bahawa sebagai sebuah negara yang berprinsipkan demokrasi, sepatutnya ceramah-ceramah bebas seperti ini tidak harus dihalang kerana inilah yang mencetuskan rusuhan.

[sunting] Calon pilihan raya

Tuduhan terhadap pengundi hantu dilaporkan berikutan masih terdapat banyak rekod pengundi yang dikatakan sah walaupun dilahirkan lebih 100 tahun lalu. Contoh dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini memaparkan butiran seorang pengundi yang berumur 128 tahun pada tahun 2008 jika masih hidup. Sepatutnya bakal wakil rakyat tahu tentang undang-undang pilihan raya di Malaysia. Seseorang yang muflis, terlibat dengan jenayah, rasuah, penyelewengan, perjudian dan aktiviti maksiat seharusnya jujur ketika mengisi borang penamaan calon. Kesalahan teknikal ketika pilihan raya tidak seharusnya berlaku. Katanya, DUN Senggarang, Johor dimenangi oleh PAS kerana kesalahan teknikal. Padahal kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004 di Terengganu adalah sebenarnya merupakan kesalahan teknikal yang disedari oleh SPR tetapi diabaikan. Kesalahan ini adalah seperti berlakunya penipuan ketika mengundi saperti wujudnya ramai pengundi hantu, dan lain-lain lagi. Banyak kawasan di Johor dan Sarawak dimenangi tanpa bertanding kerana faktor kewangan dan lain-lain katnya lagi. Sekatan-sekatan seperti wang deposit yang mahal tidak seharusnya berlaku. Setiap calon dikenakan deposit RM3,000 dan RM5,000. Selain itu dikenakan deposit membersihkan poster pilihan raya.

Mana-mana calon dan parti tidak wajar dibiayai oleh mana-mana peniaga dan jutawan apalagi negara asing. Mana-mana parti tidak patut menjual maruah dan parti dan berkomplot dengan kuasa asing yang mahu melihat Malaysia sekali lagi dijajah. Kos pilihan raya akan melonjak tingi jika dicampurkan dengan topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan lain-lain. Amerika Syarikat dan CIA dilihat selalu berada di belakang mana-mana pilihan raya di negara dunia ketiga. Inikah yang dikatakan negara merdeka? Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, permit ceramah mestilah dipohon setiap ceramah dan perhimpunan yang hendak diadakan di setiap lokasi dan masa. Tetapi,setiap permit ceramah yang dipohon oleh parti pembangkang tidak pernah diluluskan.mengapa? Unit Tindakan Rusuhan (Poru) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan di dikawasan 'panas' seperti Marang, Permatang Pauh, Lunas dan lain-lain. Ini bagi menghalang parti pembangkang untuk mengadakan ceramah dan berkempen.

[sunting] Proses penamaan calon
Proses penamaan calon pada 24 Februari 2008 menjangkakan 1,500 calon mengemukakan pencalonan masing-masing di seluruh negara seawal pukul 9 pagi. 222 pusat penamaan calon yang dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tumpuan mereka dan para penyokong parti-parti politik mahupun calon bebas. Pusat-pusat penamaan ditempatkan di pejabat daerah, dewan majlis perbandaran, dewan serba guna, sekolah, balai raya dan stadium akan dibuka dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk menerima kertas pencalonan dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama-nama calon sekiranya ada pertandingan. Mengikut peraturan SPR, calon kerusi Parlimen disyaratkan membayar deposit RM10,000 semasa mengemukakan kertas pencalonan, manakala RM5,000 pula bagi kerusi DUN. Selain syarat lama iaitu pencadang dan penyokong mesti daripada kalangan pengundi berdaftar di tempat yang hendak ditandingi, semua calon juga perlu mengemukakan borang Akuan Bersumpah serta duti setem yang dibayar atau mungkin menghadapi risiko kertas pencalonan mereka ditolak.[8]

[sunting] Petugas Pilihan raya
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merupakan badan tertinggi menguruskan pilihan raya di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.60,000 anggota polis dibekukan cuti bagi memastikan keselamatan tahap 100 % [9]. Hampir 149,000 guru-guru dan pekerja majlis daerah, pegawai Kemas telah dilatih dan dilantik sebagai petugas pilihan raya. 50,000 lagi kakitangan kasual termasuk juruterbang helikopter dan jurumudi bot di pedalaman Sabah dan Sarawak.

SPR telah memenuhi tuntutan parti pembangkang agar dakwat pada kuku (tetapi dibatalkan pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak diketahui) dan peti undi lutsinar digunakan dalam pilihan raya. Nombor siri pengundi pada kertas undi yang mencurigakan pengundi juga telah dihapuskan. [10] Pada pilihan raya kali ini, diharapkan SPR dapat menjalankan amanah dengan bersih dan jauhkan dari berlakunya penyelewengan dan rasuah.

[sunting] Pemerhati pilihan raya
Setakat ini SPR tiada kuasa menjemput pemantau pilihan raya dari luar negara dan tiada ada kuasa akreditasi terhadap mereka. Ini bagi memudahkan berlaku penipuan semasa kira undi dijalankan. Alasannya, Pemantau dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dari negara maju hanya akan mengundang masalah. Setakat ini PBB dan semua negara di dunia mengiktiraf status pilihan raya di Malaysia kerana mereka tidak tahu apakah sebenarnya muslihat yang berlaku di negara ini. Mafrel yang dipimpin oleh Abd Malek Hussin pernah bertugas dalam pilihan raya Thailand 2008. Tuduhnya lagi jika dijemput sekalipun, pasti akan ada yang tidak puas hati, kononnya dibeli. Bagaimana tuduhan itu dilepaskan sedangkan pemerhati pilihan raya masih belum di adakan. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Pengundi hantu yang diriuhkan oleh pembangkang di Malaysia tahun 2004 belum dihadapkan ke mahkamah. Kecelaruan pilihan raya 2004 berpunca dari:
• • • • •

Persempadanan semula kawasan pilihan raya Dua senarai daftar pengundi Nama simati masih ada dalam daftar pengundi. Nama pengundi dipindahkan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Pengundi tidak dapat mengundi kerana senarai daftar pengundi belum diwartakan.

Pengundi yang mempunyai capaian internet boleh menyemak status mereka di [lamanweb SPR].

[sunting] Keputusan Pilihan Raya
Rencana utama: Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

[sunting] Kekalahan Teruk Barisan Nasional
Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu,

Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin . Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab pembahagian kawasan parlimen yang memihak kepadanya - banyak kerusi diwujudkan di kawasan-kawasan ini, tetapi kepadatan penduduknya adalah jauh lebih rendah daripada kepadatan penduduk di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

[sunting] Empat negeri berubah angin
Rencana utama: Gelombang Pembangkang Malaysia 2008 Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Angin perubahan ini jelas kelihatan apabila diumumkan bahawa parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS bersama-sama memperoleh undian yang banyak lantas bakal menguasai negeri-negeri itu dengan majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak pengundi. Bagaimanapun, secara teknikal parti-parti terlibat tidak memenangi negeri berkenaan kerana, menurut SPR, gagal memperoleh majoriti mudah.[11] Maka, perikatan atau gabungan parti diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan.

[sunting] Pasca Pilihan Raya Umum
[sunting] Tuduh-menuduh dalam Barisan Nasional
1. Parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan telah mendakwa bahawa antara sebab kekalahan besar mereka berpunca daripada UMNO. Antara isu-isu yang dibangkitkan termasuk tindakan Hishamuddin Tun Hussein yang gemar melambaikan keris dalam Perhimpunan Agong UMNO dua tahun kebelakangan ini serta Istana Zakaria. 2. Mahathir Mohammad dan anak bongsunya Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan Barisan Nasional dalam PRU kali ini kerana kelemahan dan "kelembikkan" pimpinannya. 3. Abdullah Ahmad Badawi pula tidak berpendapat bahawa kelembikkannya menyebabkan tumbangnya BN, malah menuduh Mahathir yang kuat mengkritik kerajaan Barisan Nasional sejak beliau bersara dan tindakan ahli-ahli UMNO yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen [1] yang menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional.

[sunting] Pembentukan Pakatan Rakyat

Berikutan kejayaan dalam mengambil alih kuasa pemerintahan dalam 4+1 negeri, ketigatiga parti melibatkan DAP, Keadilan, dan PAS telah bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat (nama belum muktamad) bagi menguatkan kerjasama sesama mereka.

[sunting] Reaksi
[sunting] Kematian Zakaria Deros
Zakaria Mat Deros, bekas ADUN Pelabuhan Klang yang terjebak dalam kontroversi besar kerana membina sebuah mahligai bernilai RM3 juta tanpa kebenaran kerajaan negeri, meninggal dunia pada 11 Mac akibat serangan jantung. Menantu beliau, Roselinda Abdul Jamil mengambil alih tempat beliau dalam pilihanraya tetapi tewas.[12]

[sunting] Ekonomi
Ketidaktentuan politik susulan pembentukan kerajaan Malaysia yang amat berbeza, tambahan pula kebimbangan kelembapan ekonomi sedunia kesan perkembangan ekonomi tidak memberangsangkan dari Amerika Syarikat, menyumbang kepada keresahan pelabur di Indeks Komposit Kuala Lumpur dan kejatuhan mendadak di IKKL.
[13]

Pada 10 Mac, iaitu hari perdagangan pertama sejak berlalunya pilihanraya, saham-saham di IKKL jatuh 9.5% dari 1,296.33 mata kepada 1,173.22 mata pada pukul 5 petang,[14] iaitu kejatuhan dalam sehari terbesar dalam sedekad lalu.[15] Perdagangan di IKKL dihentikan secara automatik selama sejam setelah nilai saham menjunam melepasi had 10% pada 10.5%, sebagai langkah mencegah "penjualan panik"; IKKL embali berdagang pada pukul 4 petang.[14] Antara syarikat-syarikat berdagang yang teruk terjejas merupakan syarikat berkaitan kerajaan1, termasuk Sime Darby (jatuh 18%),[14] UEM World (jatuh 24%),[14] Tenaga Nasional (jatuh 15%)[13] dan Malaysian Resources Corporation (jatuh 34-39%).[13][14] Pada hari yang sama, nilai ringgit jatuh lebih 1% kepada RM3.2075 untuk satu dolar AS, berbanding penutupan hari perdagangan sebelumnya pada paras RM3.166 untuk satu dolar, sekaligus memadam sebahagian daripada kenaikan 2.5% dalam sebulan seterusnya. Seorang penganalisa berpendapat bahawa pelabur asing sudah kehilangan premium kestabilan politik yang dinikmati sebelum pilihanraya lalu melepaskan peluang pelaburan di Malaysia.[14] Tanda tanya mengenai prospek projek besar-besaran yang dimulakan atau diurus oleh pentadbiran Abdullah Badawi dari tahun 2004 hingga 2008 timbul juga; pihak Pembangkang berikrar untuk menilai semula projek kerajaan utama, termasuk hasrat DAP mengkaji semula projek pembangunan hartanah bernilai $8 bilion di kawasan perindustrian Pulau Pinang.[14] Cadangan pentadbiran untuk membentuk hab-hab ekonomi di rantau utara, timur dan selatan Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak sebelum ini

menarik pelaburan baik tempatan mahupun asing, serta menaikkan IKKL, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai pembiayaannya. Penganalisa lain melihat kebangkitan Pembangkang yang lebih kuat di parlimen sebagai peluang meningkatkan ketelusan dan pentadbiran korporat. Seorang pengarah pengurusan syarikat pengurusan aset antarabangsa berkata "Pembangkang yang lebih berkuasa adalah perkembangan yang positif dalam jangka masa panjang, agar memastikan sekatan dan imbangan bagi pembelajaan kerajaan bertrilion ringgit."[16] Keputusan Rasmi Pilihanraya Umum ke-12 (PRU) 2008 Parti pembangkang menguasai 5 buah negeri iaitu di negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan (kekal) Keputusan Rasmi Pilihanraya Umum ke-12 (PRU) 2008 Parti pembangkang menguasai 5 buah negeri iaitu di negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan (kekal)

Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke12
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan dengan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. (bincangkan) Keberkecualian dari rencana ini telah dipertikaikan. Sila lihat perbincangan pada laman perbincangan. Sila jangan mengeluarkan pesanan ini sehingga pertikaian diselesaikan. (Februari 2008) Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 akan diadakan pada 8 Mac 2008.[1] Tempoh 5 tahun hanya tamat pada 16 Mei 2009. Pilihan raya ke-11 diadakan pada hari Sabtu, 21 Mac 2004 telah diadakan dalam suasana yang harmoni berbanding 1999. Parlimen pula dibubarkan pada 4 Mac 2004.

Isi kandungan
[sorokkan]


1 Taktik-taktik o 1.1 Kawalan Media Utama o 1.2 Ancaman dan ungkit-mengungkit o 1.3 "Ganjaran" RM200 kepada Pengundi Kelantan untuk Balik Mengundi

• • •



1.4 Tarik Undi dengan Menggunakan Penari Separuh Bogel 1.5 Penggunaan media asing 1.6 Tindakan liar penyokong 2 Tarikh pilihan raya 3 Keselamatan 4 Isu-isu politik o 4.1 Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding o 4.2 Layanan terhadap masyarakat India o 4.3 Ekonomi Malaysia kukuh o 4.4 Kemiskinan o 4.5 Kenaikan harga barang o 4.6 Negara kebajikan o 4.7 Negara Islam 5 Calon pilihan raya o 5.1 Parti politik  5.1.1 Calon MIC  5.1.2 Calon MCA  5.1.3 Pembangkang o 5.2 Calon bebas o 5.3 Calon wanita o 5.4 Negeri  5.4.1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  5.4.2 Kelantan  5.4.3 Terengganu
o o o



6 Rujukan

[sunting] Taktik-taktik
[sunting] Kawalan Media Utama
Barisan Nasional yang merupakan kerajaan memerintah sebelum pembubaran Parlimen telah memperalatkan media-media utama dalam negara untuk menarik undi melalui iklan-iklan dan menghadkan liputan mengenai parti-parti pembangkang. Kebanyakan akhbar, stesen radio dan televisyen merupakan syarikat GLC (Government Link Company), bermakna mereka dikawal oleh kerajaan secara langsung. Syarikat media yang bukan GLC pula tidak berani menyiarkan berita pro-pembangkang kerana lesen mereka perlu diperolehi daripada dan dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional. Akibat daripada kawalan media aliran perdana oleh kerajaan Barisan Nasional, pihak pembangkang berkempen menggunakan media alternatif seperti SMS, laman blog dan laman YouTube. Dana yang diperolehi parti pembangkang untuk berkempen datangnya daripada derma orang ramai, tidak seperti Barisan Nasional yang mempunyai kuasa berbelanja yang jauh lebih besar.

[sunting] Ancaman dan ungkit-mengungkit
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional telah mengancam rakyat untuk mengundi Barisan Nasional bagi "memastikan suara mereka didengar" dan "mengelakkan berlakunya tragedi Mei 13 sekali lagi". Contohnya Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi "menasihati" pengundi-pengundi Cina untuk mengundi Barisan Nasional sekiranya mereka mahu suara mereka didengar dan memberi amaran bahawa permintaan mereka tidak akan dilayani sekiranya mereka berbuat sebaliknya. [20] Ini bercanggahan dengan janjinya yang awal bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum di Malaysia. Selain itu, pemimpin Barisan Nasional juga seringkali mengungkit mengenai bantuan yang pernah diberikan - contohnya bantuan banjir - bagi melawan kempen "Negara Kebajikan" oleh parti-parti pembangkang, sedangkan bantuan tersebut adalah dilihatkan sebagai kewajipan kerajaan terhadap rakyatnya dan dana yang disalurkan datang dari cukai rakyat.

[sunting] "Ganjaran" RM200 kepada Pengundi Kelantan untuk Balik Mengundi
Barisan Nasional yang merupakan pembangkang di Negeri Kelantan telah memberi wang tunai RM 200 kepada pengundi-pengundi Kelantan yang berada di negeri-negeri lain sebagai "tambang" untuk balik mengundi di negeri Kelantan atas harapan mereka yang menerima budi ini akan mengundi Barisan Nasional pada tanggal 8 Mac 2008. [21]

[sunting] Tarik Undi dengan Menggunakan Penari Separuh Bogel
Barisan Nasional dinampakkan begitu terdesak pada Pilihanraya kali ini apabila menggunakan penari separuh bogel semasa ceramah untuk meraih undi di DUN N21 Lintang Perak, calon BN Dato' Ahamad Pakeh Adam. [22]

[sunting] Penggunaan media asing
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut telah mengambil kesempatan ketika menghadiri sebuah seminar di Singapura pada 5 Mac 2008 untuk menghentam kerajaan pemerintah iaitu kerajaan Barisan Nasional dan menyatakan beliau telah tersisih dalam media lalu mengambil peluang untuk menggunakan media Singapura untuk berkempen juga. Turut dinyatakan bahawa barisan pembangkang risau akan undi pos yang digunakan di Malaysia.[23]

[sunting] Tindakan liar penyokong
Gara-gara menganggap orang sebagai pengundi hantu, pada 7 Mac 2008, ketika kehangatan orang ramai pulang ke kampung untuk mengundi, 9 buah bas yang membawa mahasiswa pulang ke Terengganu telah disekat dan dihalang oleh para penyokong PAS berhampiran Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah. 350 orang pelajar mahasiswa

yang ingin pulang ke kampung untuk mengundi buat pertama kali telah dihalang dan bas yang membawa mereka telah dipecahkan dengan balingan objek. Bas tersebut telah diiringi pihak polis ke Wisma Darul Iman untuk menurunkan dan menenangkan para penumpang sebelum mereka dibawa pulang ke rumah dan sebahagiannya di bawa pulang oleh ibu bapa mereka sendiri.[24][25] Pada hari mengundi pula, kekecohan berlaku di Rusila, Terengganu apabila para penyokong PAS bertindak menghalang para pengundi dari mengundi dan merampas kad pengenalan mereka. Dalam kejadian yang sama pada waktu tengah hari, Mohamad Khalil Abdul Hadi, anak Presiden PAS, telah ditahan untuk membantu siasatan dan dalam kes yang sama, 22 orang kemudian telah ditangkap pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Dalam kejadian itu, tiga kereta polis telah pecah. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menegaskan bahawa perusuh itu telah diprovokasi.[26][27]

[sunting] Tarikh pilihan raya
Demam pilihan raya kali ini telah bermula sejak penghujung tahun 2007 dan ramai pihak membuat andaian tentang tarikh pilihan raya umum ke-12. Khabar angin tersebut semakin meluas pada tahun 2008. Spekulasi menyatakan Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 21 Februari 2008 dan tarikh pembuangan undi pada hari Sabtu, 8 Mac 2008. 15 Mac 2008 juga dikira sesuai. Tarikh ini dikira sesuai kerana sekolah sedang bercuti dan keadaan politik dan ekonomi negara dilihat lebih stabil. Pada 12 Februari 2008, desas-desus semakin kuat mengatakan parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya iaitu 13 haribulan kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah menyukai nombor 13. tetapi masih dinafikan beliau.[2] Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membubarkan Parlimen pada 13 Februari 2008 untuk memberi laluan kepada pilihan raya. Parlimen telah dibubarkan pada 12.35 tengah hari setelah Perdana Menteri mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.[3] Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen pada minggu berikutnya tetapi disebabkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas untuk bercuti di luar negara pada malam 13 haribulan, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan baginda.[4] Pada hari yang sama, semua negeri kecuali Sarawak telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi ruang untuk mengadakan pilihan raya umum ke-12 dalam masa terdekat. Pembubaran itu diperkenankan oleh Sultan dan Yang Dipertuan Besar negeri di istana negeri masing-masing untuk diwartakan sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).[5] Turut dilaporkan bahawa SPR akan memperkenalkan peti undi lutsinar dan dakwat kekal dalam urusan pengundian pada pilihan raya umum ini.[6] Tarikh tarikh pencalonan dan pengundian pilihan raya umum pula akan diumumkan sehari selepas pembubaran parlimen iaitu selepas mengadakan mesyuarat.[7]

Pada 14 Februari 2008, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-12 ini manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari. Tempoh berkempen dalam pilihan raya kali ini adalah selama 13 hari. [8]

[sunting] Keselamatan
Rakyat mestilah diyakinkan tentang aspek sebelum dan semasa keluar mengundi pada hari mengundi. Tidak seperti di Thailand dan Pakistan, proses pilihan raya di Malaysia jauh lebih aman. Pasukan keselamatan seperti polis dan tentera akan memastikan keselamatan negara pada tahap tertinggi. PDRM telah memastikan aspek keanggotaan polis, peralatan dan lojistik. Datuk Othman Ali selaku Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur menyatakan trek rekod PDRM selama ini dapat mengatasi sebarang masalah. Anggota polis telah dilatih tentang aspek undang-undang pilihan raya. [9] Datuk Noor Rashid Ibrahim selaku Pesuruhjaya Polis Sabah akan memastikan pilihan raya di Sabah yang melibatkan pendatang dari Filipina dan Indonesia serta ancaman kumpulan Abu Sayyaf dapat diminimakan. Hanya 10% anggota polis dibenarkan mengambil cuti sejak bulan November 2007 hingga pilihan raya selesai. Datuk Abdul Razak Bokhari selaku Pengarah Pengurusan PDRM tidak mahu mengambil mudah soal tahap keselamatan semasa pilihan raya. [10]

[sunting] Isu-isu politik
[sunting] Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa ditemubual oleh CNN menyatakan faktor Anwar Ibrahim bukan penentu tarikh pilihan raya Malaysia ke12. Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya layak menyertai pilihan raya umum hanya selepas bulan April 2008. Pembangkang mendakwa Barisan Nasional takut kepada Anwar Ibrahim dan dengan itu akan mengadakan pilihan raya sebelum April 2008. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang berharap pilihan raya akan diadakan selepas April 2008 agar Anwar Ibrahim dapat bertanding. Anwar Ibrahim menyatakan strategi Parti Keadilan Rakyat ialah beliau akan bertanding di salah satu kerusi yang dimenangi oleh calon PKR nanti. Salah seorang wakil rakyat PKR akan mengosongkan kerusi yang dimenanginya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Ura-ura menyatakan beliau akan bertanding di parlimen Kuala Kangsar bagi menentang Datuk Seri Rafidah Aziz. Tetapi kerusi yang lebih selamat terletak di Kedah seperti di Kuala Kedah atau Pendang.

Pada pilihan raya ke- 11 PKR hanya memenangi satu kerusi parlimen iaitu Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang yang dimenangi isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Azizah Ismail selepas pengiraan kertas undi berulang kali.[11]

[sunting] Layanan terhadap masyarakat India
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri turun padang bagi menjelaskan isu layanan tidak adil ke atas kaum India di Malaysia. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin agama Hindu bagi mendapatkan respon mereka. Protes masyarakat India seperti yang dilakukan oleh HINDRAF merupakan fenomena baru yang turut mengujakan.

[sunting] Ekonomi Malaysia kukuh
Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik untuk mengadakan pilihan raya dan peluang Barisan Nasional adalah cerah. Pendapatan pekebun kecil juga telah meningkat pada tahun 2003 pekebun kecil getah memperoleh pendapatan sebanyak RM1,226 sebulan tetapi pada 2007 pendapatan telah meningkat kepada RM3,042 sebulan. Bagi pekebun kecil kelapa sawit pada 2003 ialah RM2,784 sebulan dan pada 2007 meningkat kepada RM5,841 sebulan.Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai nisbah eksport dengan Keluaran Dalam Negara Kasar melebihi 100 peratus.[12]

[sunting] Kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan daripada 60 peratus sewaktu tempoh sebelum merdeka kepada hanya 5.7% termasuk 1.2% kategori miskin tegar menerusi pelbagai program. Bilangan isi rumah miskin tegar 38,657 pada 2007 berbanding 48,134 pada 2003. Kemiskinan tegar dalam kalangan Orang Asli berkurang daripada 25,337 pada 2000 kepada 13,945 pada 2003. Kadar keciciran golongan Orang Asli dalam pendidikan dapat dikurangkan daripada 97 peratus pada 2003 kepada hanya 1.5 peratus pada tahun 2007.[13]

[sunting] Kenaikan harga barang
Rakyat Malaysia berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kerajaan seperti tidak dapat mengawal tindak-tanduk pengilang, pengimport, pengekport dan peniaga borong, peniaga runcit dan penyeludup barangan ini di sempadan Thailand dan Kalimantan. Antara barang yang meruntun hati rakyat ialah harga tepung, gula, minyak masak dan petrol. Walaupun Malaysia adalah antara pengeluar utama minyak kelapa sawit dan petrol di dunia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) melalui Datuk Mohd Shafie Apdal berkali-kali memberi amaran kepada peniaga dan pengilang tetapi masalah ini semakin serius.[14] Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah setuju menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan dan Majlis Harga Negara untuk memastikan harga barangan keperluan stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi.[15] Pada 6 Februari 2008, kerajaan telah melarang membawa keluar 10 daripada 20 barang kawalan di semua pintu masuk sempadan negara berkuatkuasa mulai 1 Mac 2008. Arahan itu tertakluk dalam Akta Kawalan Bekalan 1961 seperti gula, tepung gandum, minyak masak, simen dan klinker, petrol, spirit motor dan gasolin motor bagi semua gred. Denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, hukumannya ialah denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Barangbarang kawalan itu telah diberi subsidi serta murah dan ia adalah khusus untuk rakyat Malaysia sahaja.[16]

[sunting] Negara kebajikan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mewarwarkan negara kebajikan di Malaysia jika parti pimpinannya menang pilihan raya kali ini. Tetapi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan janji itu cuma utopia semata-mata yang tidak mungkin akan tertunai. Amerika Syarikat sebuah negara besar sekalipun tidak mampu menjadi negara kebajikan. Malahan kerajaan negeri Kelantan yang diteraju oleh tok guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berbuat apa-apa di Kelantan.[17] Malahan 4 buah masjid yang dikatakan dibina oleh kerajaan PAS Kelantan, sebenarnya hasil usaha persendirian dan penduduk setempat.Sebaliknya pihak PAS menjawab di akhbar mereka sendiri iaitu Harakah mengatakan yang mereka lebih menekankan konsep baik pulih daripada membina. Ini terbukti apabila PAS membaik pulih masjid-masjid yang dibina UMNO tanpa penyelengaraan selepas itu. Selain itu, kerajaan PAS menyiapkan sebuah masjid di Terengganu yang gagal disiapkan oleh UMNO berikutan kegagalan mempertahankan kerusi DUN Terengganu pada pilihan raya yang lalu. Pihak PAS juga turut menyebut bahawa masjid jika dibina berjuta-juta tanpa jemaah berjuta-juta bagai rumah tanpa isi di TvPAS.

[sunting] Negara Islam
Sejak dahulu lagi PAS melabel Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana tidak menjalankan hukum hudud. Sebenarnya Malaysia tidak perlu kepada pengiktirafan PAS tetapi sebaliknya Malaysia diiktiraf dunia. Malaysia dikatakan sebagai contoh negara Islam dan menjadi model kepada negara Islam dan negara bukan Islam lain di seluruh dunia terutama sudut pembangunan ekonomi dan pengurusan pentadbiran negara. Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berpendapat bahawa rakyat tidak perlu menghiraukan kenyataan PAS tersebut.[18]

Sejak tahun 1990, Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS. Tetapi sehingga kini hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di sana kerana halangan-halangan daripada pihak kerajaan Persekutuan atas alasan terlalu kejam. Ini kerana mereka belum menyelami konsep hukum hudud itu sendiri.[19]

[sunting] Calon pilihan raya
Biasanya corak pengundian di Malaysia masih lagi bercorak perkauman. Calon Melayu tidak mungkin menang di kawasan majoriti Cina, Begitu juga calon Cina tidak mungkin menang di kawasan pengundi majoriti Melayu. Lantaran itu calon Melayu dari BN, PAS dan PKR akan bertanding di kawasan pengundi majoriti Melayu di luar bandar. Calon Cina akan diminta bertanding di kawasan pengundi majoriti Cina di bandar. MIC yang mewakili kaum India berhadapan dengan masalah kerana tidak ada kawasan yang mempunyai pengundi majoriti India meskipun di Sungai Siput. Sebenarnya UMNO bersaing dengan PAS dan MCA bersaing dengan DAP. Bagi menampakkan kestabilan dan keseimbangan serta perpaduan kaum, kerusi selamat telah diberikan kepada MCA dan MIC. DAP pernah meletakkan calon Melayu di DUN Pasir Berdamar. Sudah menjadi tradisi, Barisan meletakkan calon India dan Cina di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina sukar memang di kawasan majoriti Cina seperti di Kepong, Bukit Bintang dan lain-lain. Apabila persempadanan semula di beberapa kawasan, senario ini berubah sedikit.

[sunting] Parti politik
[sunting] Calon MIC Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mahu calon MIC mestilah lebih muda, berpelaran tinggi, memahami komuniti India Malaysia dan tahu politik terutama politik MIC di seluruh Malaysia. Kehendak dan harapan pengundi 10 tahun lalu tidak sama dengan sekarang kerana kini lebih kritis dan kreatif. Calon yang sederhana sahaja tidak mencukupi. Ada kala calon yang berpelajaran tidak bijak berpolitik dan enggan turun padang bergaul dengan masyarakat. Samy Vellu sendiri seorang jurubina. Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel graduan Universiti Malaya, dan semua tiga lagi Naib Presiden MIC adalah professional. Barisan Nasional menawarkan kepada MIC 9 kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN.[20] Banyak kawasan DUN dan parlimen yang bergantung penuh kepada pengundi India. Di negeri Perak, 9 kawasan DUN mengharapkan 70% undi pengundi India untuk menang. Antaranya ialah Sungai Siput (Samy Vellu) dan Hutan Melintang. Pada tahun 2004, DAP menang di DUN Pasir Berdamar (Parlimen Teluk Intan), Pantai Remis (Beruas) dan Sitiawan (Lumut).[21] Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selaku pengerusi BN Selangor secara terbuka menyeru pengundi India tidak menikam UMNO dari belakang. Menurut beliau pihak UMNO telah banyak berkorban demi kemenangan calon MIC seperti Cikgu K.Parthiban

di DUN Ijok. Sebenarnya majoriti pengundi DUN Ijok ialah orang Melayu tetapi kawasan tersebut diberikan kepada MIC.[22] Meskipun demikian kaum India membentuk antara 10 hingga 30 peratus pengundi sekurang-kurangnya di 62 kawasan Parlimen serta 130 DUN di Malaysia.[23] Kaum India setia menyokong Barisan Nasional sejak 1959 lagi. [sunting] Calon MCA Seteru MCA dan Gerakan ialah DAP. Dikatakan bahawa di mana ada MCA dan Gerakan, di situ ada DAP yang bertindak sebagai pesaing atau peransang pengundi Cina. DAP selalu dilihat sebagai 'check and balance' kepada perjuangan MCA dan Gerakan. Apa yang gagal diperjuangkan oleh MCA dan Gerakan, akan diperjuangkan oleh DAP. Secara umumnya kaum Cina masih menguasai ekonomi di Malaysia. Mereka telah bermula lebih awal dalam bidang perniagaan, iaitu sejak pentadbiran British di Tanah Melayu lagi. Pihak Inggeris telah memberikan peluang yang luas dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada kaum Cina bagi memastikan dasar pecah dan perintah mereka berjaya direalisasikan. Hal ini membolehkan kaum Cina lebih berjaya dalam perniagaan, perdagangan dan pendidikan tanpa bantuan kerajaan sekarang. Sehingga kini sekolah rendah vernakular aliran Cina terus dipertahan walaupun cuba diketepikan melalui Penyata Razak dan Laporan Kabinet 1979. Pada pilihan raya umum 2004, Leong Ngah Ngah dari DAP memperoleh 5,845 undi di DUN Triang, Pahang, menang tipis ke atas calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan Tan Ah Been yang mendapat 5,240 undi. Datuk Seri Chan Kong Choy selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Pengangutan serta Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pilihan raya MCA mahu jentera pilihan raya MCA bekerja keras di peringkat akar umbi.[24] Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak mahu pengundi kaum tertentu 'bermain wayang'. UMNO banyak berkorban untuk memberi kemenangan kepada calon parti komponen Barisan Nasional. DUN Sekinchan di Tanjung Karang, Selangor dimenangi oleh DAP walaupun bersebelahan dengan DUN Pasir Panjang (Dr. Mohamad Khir Toyo ). Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting mahu Datin Paduka Chew Mei Fun kekal di kerusi Parlimen kawasan Petaling Jaya Utara. Chew Mei Fun yang terlibat dalam kemalangan pada 9 Disember 2007 dijangka mampu meneruskan khidmat.[25] [sunting] Pembangkang Parti politik di Malaysia sukar untuk berpakat secara telus kerana masalah sensitif masyarakat majmuk yang berbeza dari segi kaum, agama, budaya, bahasa dan 1001 yang berbeza. Di luar negara, keadaan masyarakat nampak seragam tetapi tetap tidak dapat sepakat. Contoh terbaik ialah parti politik di Indonesia, Pakistan dan lain-lain.

Perikatan adalah pakatan parti pemerintah yang melibatkan UMNO, MCA dan kemudian MIC. Seterusnya Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional pada 1972 selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Barisan Nasional mengandungi 14 parti komponen. Pembangkang pernah bersatu secara longgar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 iaitu diantara PAS dan Semangat 46 sehingga Kelantan jatuh ke tangan PAS. Tapi akhirnya Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dibubarkan pada Mei 1996 dan mereka kembali kepada UMNO setelah Anwar Ibrahim dipecat. Dr. Mahathir Mohamad menerima kembali pemimpin Semangat 46, seolah-olah mereka keluar dahulu kerana faktor Anwar Ibrahim. PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun (1990-2008). Pilihan raya 1990, BN kalah teruk 39-0 kepada PAS kerana tokoh istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah digugurkan dari kabinet kerajaan Barisan Nasional. Tengku Razaleigh pernah ditugaskan sebagai teraju BN Kelentan semasa pilihan raya 1999, tetapi masih gagal merampas Kelantan dari Pas. Kerajaan Barisan Nasional di Terengganu turut tumbang pada 1999 setelah PAS berpakat dengan Keadilan dan ditambah oleh isu pemecatan Anwar Ibrahim - tokoh yang dilihat Islamik. Veteran UMNO yang juga Menteri Besar Terengganu iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tewas kepada PAS.

[sunting] Calon bebas
Calon bebas ialah calon yang tidak menyertai atau mewakili mana-mana parti politik. Lambang bagi calon bebas ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pada pilihan raya-pilihan raya lalu, calon-calon bebas di semenanjung Malaysia sukar menarik minat pengundi untuk memilih mereka. Antara calon bebas yang menang ialah di Batu Laut dan Pulau Banggi.

[sunting] Calon wanita
Bilangan calon wanita yang menjadi calon pilihan raya di Malaysia masih dianggap belum mencukupi, samada di piahak parti pemerintah mahupun dalam kalangan parti pembangkang. Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Seri Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri agar bilangan calon wanita yang bertanding di Dewan Undangan Negeri dapat ditambah. Terdapat ramai calon wanita dan puteri yang berpelajaran tinggi, telah berkahwin , profesional dan bijak berkomunikasi dalam persatuan dan komuniti. Masalahnya mereka masih terdedah kepada fitnah, kebenaran suami untuk bergerak jauh ke pedalaman, pulang lewat malam dan dikelilingi oleh kaum lelaki yang mendominasi suasana pilihan raya.[26] Shahrizat selaku Timbalan Pengerusi Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) mahu 20% kerusi DUN dan parlimen ditandingi oleh wanita. Pada masa ini, wakil wanita

di Dewan Rakyat cuma 9.6% wanita dan hanya 6.9% di DUN. Sasaran sebenar ialah 30% wanita. [27]

[sunting] Negeri
[sunting] Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur WP Kuala Lumpur mempunyai 13 kerusi parlimen dan tidak ada DUN. MCA memang 2 kerusi dari 5 kerusi yang ditandingi di Kuala Lumpur. MCA menang di Bandar Tun Razak (Datuk Tan Chai Ho) dan Wangsa Maju (Datuk Yew Teong Lock). DAP menang di Seputih (Teresa Kok), Kepong (Dr Tan Seng Giaw) dan Cheras (Tan Kok Wai ).[28] [sunting] Kelantan Dalam pilihan raya 1990 , PAS menyapu bersih 39 kerusi DUN di Kelantan dan kerajaan beralih kepada PAS. Kesilapan BN ketika itu ialah masih meletakkan veteran Tan Seri Mohamad Yaakob sebagai Menteri Besar Kelantan. Dalam pilihan raya 1994, BN menang 7 daripada 39 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen. Tetapi dalam pilihan raya 1999 BN merosot kembali - cuma 2 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen. Dalam pilihan raya 2004, BN menang 21 daripada 45 kerusi DUN dan 9 daripada 14 parlimen di Kelantan. Dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir BN menang mudah. Dengan itu PAS hanya ada majoriti 1 kerusi sahaja dan hampir membubarkan kerajaan negeri bagi mendapat mandat baru.[29] [sunting] Terengganu Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menyatakan keadaan Kelantan dan Terengganu seperti Jerman Barat dan Jerman Timur. Tokoh Terengganu yang Islamik iaitu Datuk Seri Dr Yusuf Noor ditolak oleh pengundi Melayu di Terengganu pada tahun 1999. Veteran Dato Seri Wan Mokhtar Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu yang Islamik juga ditolak kerana terlalu lama menerajui negeri Terengganu. Apabila Idris Jusoh mengetuai Barisan Nasional bersama Datuk Abdul Rahman Bakar , Terengganu kembali kepada genggaman BN. Abdul Hadi bin Awang yang menjadi Presiden PAS ditewaskan oleh Datuk Abdul Rahman Bakar di parlimen Marang.

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close