View

Published on July 2016 | Categories: Documents | Downloads: 60 | Comments: 0 | Views: 1072
of 91
Download PDF   Embed   Report

Comments

Content

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

Penulisan Ilmiah Ini Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

2007

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Oleh KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

Pensyarah Penyelia/Penasihat: PUAN NOOR AIWA BINTI ROSMAN

Latihan Ilmiah Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Ketetapan Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 2007

ii

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa hasil kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilannukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

…………………………………………………….. KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN D20032016996 ....................... Tarikh

iii

PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

……………………………………………………. (PUAN NOOR AIWA BINTI ROSMAN) PENYELIA Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah 2007

iv

PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

………………………………… (PUAN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID ) PENYELARAS Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah 2007

v

DEDIKASI

Teristimewa untuk Pa yang disayangi, Abd Rahman bin Ishak yang sentiasa memberi dorongan dan semangat. Teristimewa untuk Ma yang tercinta, Meriam binti Abdullah yang sentiasa memahami dan merestui pengorbanan ini. Terima kasih ke atas segala kasih sayang dan pengorbanan mu selama ini …. Insyaallah berkat kesabaranmu dalam mendidikku, akan kubalas dengan kejayaan yang bakal ku miliki tidak lama lagi………

Roslita, Rosnani, Rahmah, Rahim, Tholib dan Nordin
yang menjadi pemangkin untuk diriku berjaya. Semoga kalian menjadi insan dalam hidup…. Ingatlah setiap pengorbanan Pa dan Ma selama ini….

Untuk yang dikasihi kakak dan adik tersayang,

Untuk ahli keluarga, teman rumah sewa 24, Taman Segar, sahabat handai NADI dan teman tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang sepenuhnya. Khas untuk semua pensyarah dan pembantu Sukan, Fakulti Sains Sukan yang banyak membantu diriku menimba ilmu dan tidak jemu-jemu memberi semangat. Kesabaran, pengorbanan dan jasa kalian tidak ternilai, doa serta sokongan semua merupakan sumber inspirasi dan motivasi untukku menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

Terima Kasih

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah……. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya yang memberikan ilmu pengetahuan dan kekuatan diri serta dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih saya tujukan khas untuk pensyarah penyelia, Pn Noor Aiwa binti Rosman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan serta bimbingan untuk saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn Nur Haziyanti bt. Mohamad Khalid selaku penyelaras QSS 4103, Program Pendidikan Sains Sukan di atas sumbangan ilmu pengetahuan serta tunjuk ajar sepanjang saya mengikuti kursus ini.

Terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah, tutor dan pembantu sukan, Fakulti Sains Sukan yang banyak membantu dan memberikan ilmu dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga saya tujukan untuk pemain hoki UPSI yang banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam menyiapkan kajian ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan NADI dan Fasilitator UPSI yang tidak lokek untuk bersama-sama berkongsi maklumat dan pendapat dalam usaha menyiapkan penulisan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

vii

dalam membantu saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. membalas jasa kalian.

Semoga Allah S.W.T

Kamariah Bt Abd Rahman Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

viii

KANDUNGAN

Muka surat

DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH ABSTRAK BAB I. PENDAHULUAN Pengenalan Pernyataan Masalah Hipotesis Kajian Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Definisi Operasional II III SOROTAN LITERATUR METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Reka Bentuk Kajian Kerangka Konseptual Populasi dan Persampelan

v vi x xi xii xiii

1 7 8 9 10 10 11 13

20 21 22 23

ix

Lokasi Kajian Sampel Kajian Limitasi Kajian Instrumen Kajian Pengumpulan Data Analisis Data IV V ANALISIS DATA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Perbincangan Kesimpulan Cadangan RUJUKAN LAMPIRAN

23 24 24 26 34 34 36

45 48 49 52 55

x

SENARAI LAMPIRAN Muka surat LAMPIRAN A Skor Mentah Ujian Pra Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X) 56

LAMPIRAN B

Skor Mentah Ujian Pasca Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X) 58

LAMPIRAN C

Skor Mentah Ujian Pra Bagi Kumpulan Y

60

LAMPIRAN D

Skor Mentah Ujian Pasca Bagi Kumpulan Y

62

LAMPIRAN E

Program Rancangan Latihan Jeda Selama Enam Minggu Bagi Atlet Hoki MASUM UPSI 64

LAMPIRAN F

Borang Kebenaran Mengambil Pelajar Sains Sukan Sebagai Subjek Kajian 67

LAMPIRAN G

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Kelab Hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris 71

LAMPIRAN H

Borang Maklumat Diri

73

LAMPIRAN I

Borang Ujian Bleep

75

xi

SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual 3.1
T

Menunjukkan Nilai Kadar Pengambilan Oksigen Maksimum (Vo2 Max) Bagi Ujian Kecergasan
T

Berperingkat. Ia Telah Dibangunkan Oleh
T

Jabatan Pendidikan Fizikal Dan Sains Sukan
T

Universiti Loughborough, 1987.
T T

29

Jadual 3.2

Tahap Pencapaian Bagi Perempuan

30

Jadual 4.1

Skor Purata Dan Sisihan Piawai (Vo2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y Semasa Ujian Pra 38

Jadual 4.2

Skor Purata Dan Sisihan Piawai (Vo2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y Semasa Ujian Pasca 39

Jadual 4.3

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan X Dan Y 40

Jadual 4.4

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular Dalam Ujian Pra 41

Jadual 4.5

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular Dalam Ujian Pasca 42

Jadual 4.6

Analisis T Berdasarkan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (Ujian Bleep) Bagi Latihan Jeda 43

xii

SENARAI RAJAH Rajah Rajah 1 Kerangka Konseptual Muka Surat 22

xiii

Abstrak Latihan Ilmiah Yang dikemukakan Kepada Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai Memenuhi Keperluan Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah Untuk Memperolehi Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Oleh KAMARIAH BT ABD RAHMAN 2007

Pensyarah Penyelia Penyelaras Fakulti

: : :

Puan Noor Aiwa Binti Rosman Puan Nur Haziyanti Bt. Mohamad Khalid Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan latihan Jeda terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Subjek kajian terdiri daripada 30 orang. 15 orang adalah pemain hoki mewakili X bagi kumpulan eksperimen dan 15 orang lagi mewakili Y bagi kumpulan kawalan (bukan

xiv

atlet). Kumpulan X menjalani program latihan Jeda selama enam minggu manakala kumpulan Y tidak menjalani latihan.

Kedua-dua kumpulan menjalankan ujian pra dan pasca. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian bleep. Keputusan kajian mendapati purata yang diperolehi kumpulan X semasa ujian pra untuk VO2 max ialah 23.03 + 2.89 ml./kg./min, manakala ujian pasca pula memberi nilai purata 34.59 + 1.69 ml./kg./min.

Purata ujian pra dan ujian pasca kumpulan X telah dilakukan dengan analisis ujian t ( p< 0.05 ). Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam daya tahan kardiovaskular pemain hoki. Kajian ini mendapati bahawa tahap kecergasan daya tahan kardiovascular pemain hoki. meningkat setelah mengikuti program latihan Jeda selama enam minggu. Kesimpulannya adalah program latihan Jeda memberi kesan yang positif terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Sukan hoki adalah antara sukan paling popular di dunia dan di Malaysia sendiri khasnya dan juga merupakan salah satu jenis sukan yang diminati ramai pada masa ini terutama bagi pelajar-pelajar di sekolah. Malahan di kebanyakan sekolah terdapat kemudahan padang untuk permainan hoki. Pertandingan hoki telah banyak dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Setiap tahun Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia (MSSM) telah berjaya mencungkil bakat baru atlet dalam permainan hoki. Namun demikian, apakah yang menyebabkan kejayaan sesuatu pasukan hoki semasa bertanding? Salah satu faktor ialah keupayaan daya tahan kardiovaskular seseorang yang berkaitan dengan kecekapan degupan jantung dan pengeluaran tekanan darah dalam pengambilan oksigen maksimum semasa bermain

2

(petikan Julismah Jani, Shaharudin Abd Aziz, Ruaibah Yazani, Nelfianty Mohd Rasyid & Jeffery Low Fook Lee, 2006).

Daya tahan kardiovaskular adalah satu kriteria yang penting dalam memberi gambaran dan menjadi pengukur terhadap prestasi atlet sukan hoki. Corbin dan Lindsey (1994), mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai keupayaan jantung, khususnya salur darah dan sistem respiratori dalam menyalurkan tenaga khususnya oksigen (O2) ke otot-otot dan keupayaan otot menggunakan tenaga tersebut bagi menampung sesuatu aktiviti senaman. Astrand (1977) pula menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular sebagai isipadu oksigen maksimum yang digunakan semasa aktiviti fizikal. Kadar pengambilan oksigen yang maksimum oleh seseorang adalah di anggap petunjuk terbaik bagi menentukan daya tahan kardiovaskular.

Menurut Powers dan Howley (2004), daya tahan kardiovaskular adalah kebolehan tubuh badan untuk menghantar oksigen ke seluruh anggota badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Latihan yang sewajarnya perlu untuk meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat memaksa anggota badan menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang maksimum. Dengan variasi latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya supaya dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen.

3

Dalam membina program kecergasan untuk pemain hoki, perkara yang paling utama perlu dititik beratkan adalah aspek penggunaan sistem tenaga oleh pemain. Dalam sukan hoki, pemain perlu berterusan bergerak aktif sepanjang masa permainan, di mana sepanjang waktu tersebut pemain bukan sahaja perlu menggunakan kekuatan daya tahan kardiovaskular mereka semaksimum mungkin, bahkan perlu juga mempamerkan ketangkasan dan kepantasan dalam permainan bagi menjamin kemenangan. Dari segi aplikasi sistem tenaga, aksi berlari perlahan kemudian diikuti pecutan secara tiba-tiba dan kemudian berhenti atau bergerak pantas ke sisi dan pelbagai gerakan lagi dalam kadar intensiti yang berbeza menunjukkan bahawa pemain hoki menggunakan ketiga-tiga sistem tenaga yang ada secara bergilir-gilir. Apa yang pasti sistem tenaga anaerobik mengikut kajian mendominasi 70% daripada proses penghasilan tenaga berbanding dengan sistem tenaga aerobik yang hanya 30% sahaja penggunaannya sepanjang minit permainan. Ini jelas berbeza dengan pendapat tradisional bahawa sukan hoki menggunakan sistem tenaga aerobik melebihi sistem tenaga anaerobik. Perbezaan kefahaman mengenai sistem tenaga inilah yang pada akhirnya akan mendorong pemilihan bentuk kaedah latihan yang kurang tepat (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Untuk memastikan pembinaan program latihan mengambil kira semua aspek, analisa penggunaan kaedah latihan yang mana yang bersesuaian boleh dibuat mengikut komponen asas kecergasan dan juga penyesuaiannya dengan sistem tenaga yang terlibat (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

4

Mengikut Bompa (1994), latihan Jeda adalah satu kaedah kerja atau senaman yang melibatkan satu siri latihan kerja yang pendek (antara 30 hingga 90 saat) tetapi berulang-ulang dan diselang-seli dengan masa rehat yang ditetapkan terlebih dahulu. Jeda rehat yang terdapat di antara setiap aktiviti ini dapat mengurangkan kelesuan. Ini menyebabkan seseorang atlet atau individu itu dapat memulihkan tenaga dan seterusnya meningkatkan prestasinya.

Jika mengikut kaedah periodisasi dalam pembinaan program latihan, asas yang pertama yang perlu dibina adalah dari segi kekuatan daya tahan kardiovaskular. Secara tradisi, kita biasanya akan menggunakan kaedah larian secara berterusan untuk jangkamasa seperti 30 minit dan ke atas sebagai salah satu kaedah yang diberi keutamaan. Namun bagi pemain yang sudah mempunyai asas latihan kaedah latihan untuk pembinaan kekuatan daya tahan kardiovaskular juga boleh sahaja terus menggunakan kaedah interval ataupun latihan Jeda (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Dari sudut penggunaan sistem tenaga, latihan peringkat paling asas perlu menitikberatkan peningkatan prestasi dari segi aplikasi sistem tenaga aerobik berteraskan kapasiti (aerobic capacity), maksudnya kaedah latihan yang bagaimana akan meningkatkan kapasiti pengambilan oksigen oleh badan dalam satu-satu masa. Di sini, sekiranya latihan Jeda digunakan, nisbah masa di antara masa rehat dan masa aktiviti boleh sahaja diletakkan contohnya antara 1:2 atau 1:3. Apa yang dimaksudkan di sini, waktu rehat yang pendek bagi masa aktiviti yang panjang. Tempoh keseluruhan latihan Jeda ini boleh sahaja seminima 15 minit keseluruhan atau 30 minit

5

keseluruhan. Nisbah masa rehat dan masa aktiviti juga boleh di bina seperti 2:4 atau 2:3 rehat yang lebih panjang biasanya diberikan kepada peringkat awal permulaan latihan. Kesemua nisbah yang diberikan boleh sahaja mewakili saat atau minit (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Kebaikan latihan Jeda berbanding latihan larian berterusan untuk pembinaan daya tahan kardiovaskular dan sistem tenaga aerobik pemain adalah latihan Jeda lebih mirip kepada bentuk larian yang perlu dibuat oleh pemain dalam pertandingan yang sebenar. Ianya juga dari segi sistem tenaga akan membantu meningkatkan pembinaan kuasa aerobik (aerobic power) berbanding kapasiti aerobik sahaja oleh sistem latihan larian berterusan (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Apabila membincangkan kesesuaian latihan Jeda untuk pembinaan sistem tenaga aerobik dan daya tahan kardiovaskular, antara persoalan yang timbul adalah penggunaan jarak (distance) berbanding masa (duration). Latihan seperti latihan Fartlek atau ulang alik 100m (back-to-back) menumpukan kepada penggunaan jarak berbanding masa sebagai alat pengukur intensiti latihan. Latihan seperti ini masih diterima namun kekurangan yang pasti adalah, dalam pembelajaran berkaitan sistem tenaga, kita sudahpun mengetahui bahawa sistem tenaga aerobik dan anaerobik mempunyai tempoh aplikasi yang tertentu, contohnya sistem tenaga anaerobik a-laktik akan hanya mampu bertahan antara 8-10 saat. Bagi aerobik pula, latihan yang menumpukan pada latihan seperti larian berterusan 30 minit akan meningkatkan daya tahan aerobik kapasiti berbanding aerobik kuasa yang diperlukan oleh pemain hoki.

6

Oleh itu, penggunaan jarak kadangkala tidak bersesuaian kerana ada sesetengah pemain boleh sahaja menghabiskan jarak 100m contohnya dalam masa 12 hingga 13 saat setiap larian sementara yang lain pula akan mungkin mneghabiskan jarak yang sama dalam tempoh 14 hingga 17 saat setiap larian sepanjang 30 minit. Perbezaan masa ini akan meyebabkan ada pemain mungkin tidak mencapai objektif sebenar latihan pada hari tersebut. Penggunaan masa sebagai pengawal intensiti dilihat lebih tepat kerana jika latihan dibuat mengelilingi padang contohnya, jarak berapa jauh setiap individu mampu habiskan dalam tempoh masa yang diberi tidak penting, yang lebih utama adalah untuk terus berlari sepanjang tempoh masa yang diberi sehingga tibanya masa untuk rehat (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Mengikut pemahaman, penyelidik berpendapat bahawa penggunaan ‘bleep test’ (Multistage Fitness Test) untuk mengukur tahap kecergasan pemain adalah lebih tepat berbanding penggunaan larian 2.4 km yang sebenarnya mungkin lebih bersesuaian untuk mengukur tahap kecergasan populasi bukan atlet atau atlet rekreasi berdasarkan kajian yang telah dibuat. Ini kerana ‘bleep test’ mempunyai ciri-ciri yang menyamai sistem tenaga dan bentuk larian yang perlu dilakukan oleh pemain sewaktu pertandingan peringkat tinggi (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Sebagai kesimpulan, semua sukan memerlukan bentuk latihan dan program yang ingin dibina berteraskan pengetahuan kita mengenai asas yang utama iaitu komponen kecergasan, sistem tenaga, asas nutrisi, asas kecederaan sukan, asas anatomi dan fisiologi tubuh manusia, psikologi, biomekanik dan pengetahuan yang mendalam mengenai sukan terbabit. Pengalaman terlibat secara langsung dalam sukan

7

terbabit akan memberikan lebih kelebihan dalam memahami keperluan dan kehendak fizikal, emosi dan mental sukan tersebut (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Mohd Majid Konting (2004), pernyataan masalah adalah masalah yang terpilih untuk dikaji, perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas. Pernyataan masalah yang berkesan biasanya menjelaskan dengan sendiri apa yang hendak dikaji, bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ia perlu dikaji.

Terdapat pelbagai kaedah latihan yang dicipta pada masa kini dan setiap kaedah latihan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu, pemilihan kaedah latihan yang digunakan amat penting dalam membentuk tahap kecergasan kardiovaskular.

Hasil daripada pengamatan dan pemerhatian penyelidik, didapati bahawa pemain hoki perempuan UPSI seringkali terumbang– ambing dalam setiap kejohanan yang disertai. Pencapaian pasukan hoki perempuan UPSI juga kurang

memberansangkan. Permasalahan sekarang apakah punca sebenar pemain hoki perempuan UPSI menghadapi keadaan sedemikian. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap kecergasan fizikal pemain hoki perempuan UPSI yang dipilih melalui latihan Jeda yang dilakukan. Justeru itu, diharapkan

dengan kesedaran tentang pendekatan yang berasaskan saintifik ini, pemain-pemain

8

hoki dapat menjalani satu program latihan yang intensif untuk meningkatkan lagi pencapaian dan prestasi mereka dalam permainan hoki

1.3

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah . Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti daripada cerapan penyelidikan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan (Mohd Majid Konting, 2004).

Berdasarkan masalah kajian yang telah dikenalpasti dengan ini penyelidik ingin mengemukakan hipotesis kajian seperti berikut:

Ho

-Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan latihan Jeda terhadap

peningkatan daya tahan kardiovaskular ke atas pemain hoki perempuan MASUM dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

9

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Menurut Mohd Majid Konting (2004), selepas sesuatu masalah dikenalpasti dan mempunyai potensi serta mempunyai nilai untuk dikaji, penyelidik perlu menyatakan objektif penyelidikan bagi masalah tersebut dengan jelas. Objektif penyelidikan

merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Objektif yang jelas bukan sahaja menunjukkan apa yang hendak dicapai tetapi juga memandu penyelidik bagaimana dan bila hendak mencapainya.

Objektif kajian yang dijalankan oleh penyeldik ialah:

i.

Untuk mengenalpasti sejauhmana latihan jeda sesuai digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan MASUM.

ii.

Untuk mengenalpasti masalah dalam melaksanakan program latihan dan tahap kecergasan pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan Sultan Idris.

10

1.5

PERSOALAN KAJIAN

1.

Apakah program latihan yang di tetapkan (intensiti, frenkuensi dan tempoh latihan) sesuai dengan tahap kecergasan pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan Sultan Idris?

2.

Adakah latihan Jeda memberi kesan dalam meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan Sultan Idris?

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dapat memberi satu gambaran atlet yang telah menjalani latihan jeda dibandingkan dengan seorang atlet lain yang tidak menjalani latihan Jeda. Kajian ini juga dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat sebenar tentang tahap kecergasan fizikal atlet.

Sehubungan itu, hasil kajian ini membolehkan kita:

i.

Membandingkan kardiovaskular.

kesan

satu

jenis

latihan

terhadap

kecergsan

11

ii.

Membantu jurulatih merancang program-program latihan dan aktiviti yang sesuai mengikut tahap kecergasan kardiovaskular pelajar atau pemain.

iii.

Menggunakan ujian bleep sebagai bahan kajian dan penyelidikan oleh guru pendidikan jasmani / jurulatih untuk mengukur tahap kecergasan pelajar.

1.7

DEFINISI OPERASI

Berikut adalah definisi bagi istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini. Kesan Latihan Terdapatnya suatu perubahan stamina yang ketara setelah melalui aktiviti yang dijalankan (Menurut B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad dalam buku sumber kecergasan fizikal).

Latihan Jeda Latihan Jeda merupakan satu latihan yang berkaitan dengan kerja atau latihan yang berulang-ulang dengan memberi masa rehat.

Menurut Fox dan Mathews (1976), latihan Jeda bergantung kepada lima pembolehubah yang mesti diikuti untuk setiap atlet iaitu: i. Kadar dan jarak kerja yang di lalui

12

ii. iii. iv. v.

Bilangan ulangan dan set semasa latihan Jangkamasa rehat dan kadar pemulihan Jenis aktiviti semasa jeda rehat Frenkuensi latihan yang di adakan

Daya Tahan Kardiovaskular Keupayaan jantung khususnya saluran darah dan sistem respiratori dalam menyalurkan tenaga khususnya oksigen ke otot-otot dan keupayaan otot menggunakan tenaga tersebut untuk menampung senaman yang dilakukan (Menurut B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad dalam buku sumber kecergasan fizikal).

Pemain Hoki UPSI Pemain hoki yang sedang mewakili universiti (UPSI) untuk pertandingan hoki peringkat Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM) dan mewakili universiti untuk kejohanan yang setaraf dengannya.

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Perbincangan dalam bab ini tertumpu kepada kajian tentang latihan Jeda terhadap kecergasan kardiovaskular yang dijalankan di barat dan Malaysia. Bab ini merangkumi kajian-kajian lepas berkaitan kesan latihan Jeda terhadap kadar denyutan jantung.

Kajian yang berkaitan dengan kecergasan kardiovaskular telah dijalankan sejak tahun 1884 apabila terciptanya ‘ergograph’ iaitu sejenis alat pengukur kerja oleh Angelo Mosso seorang pakar fisiologi Itali. Beliau telah menguji kesan latihan otot dengan menggunakan ‘ergometer’. Ia membuat hipotesis bahawa kelicinan otot

melakukan aktiviti bergantung kepada sistem peredaran darah. Ekoran daripada ujian beliau, banyak kajian lain telah membuktikan bahawa kecergasan kardiovaskular berkait rapat dengan keadaan fizikal dan ianya boleh di kesan dan di nilai. Menurut Bowerman dan Freeman (1991), kaedah latihan adalah sesuatu yang kompleks.

14

Terdapat tiga peraturan asas yang perlu dipatuhi dalam menjalani latihan iaitu tahap intensiti, konsisten dalam menjalani latihan dan rehat yang mencukupi.

McArdle et.al., (1981), telah mengkaji tentang kesahan kadar denyutan jantung selepas latihan sebagai penentuan jangkaan kadar jantung semasa melakukan aktiviti pada tahap intensiti yang berbeza-beza. Di dapati bahawa peningkatan kadar jantung selepas latihan adalah selaras dengan beban aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal individu. Menurut Mathews et.al (1976), prinsip yang utama dalam pembinaan kemampuan adalah penyesuaian badan kepada kerja yang dilakukan mengikut beban kerja itu

Menurut Willmore dan Costill (1999), aktiviti daya tahan adalah asas bagi kebanyakan sukan. Daya tahan merangkumi pertukaran antara kelajuan, kekuatan, penggunaan sistem aerobik dan sistem anaerobik. Daya tahan ialah kebolehan menentang rasa letih dan ia termasuklah daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kebolehan daya tahan sistem aerobik mampu menghasilkan kerja dalam masa yang lama. Contoh aktiviti daya tahan ialah berjalan, berlari dan berbasikal.

Pengukuran kecergasan kardiovaskular seseorang individu yang bersenam ialah melalui pengukuran VO2 max. Menurut Mayer (2002), VO2 max ialah pengukuran bagi prestasi maksima kardiovaskular dan merupakan kapasiti maksima sistem aerobik seseorang individu. Oleh itu individu yang mempunyai tahap VO2 max yang tinggi boleh melakukan aktiviti latihan dalam masa yang panjang.

15

Carroll (1984) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi atau meneruskan gaya hidup sihat dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994). Mengenai bateri ujian ‘treadmill’ pula, walaupun Corbin dan Lindsey (1994), mengatakan bahawa ujian ‘treadmill’ dan ujian pengambilan oksigen maksimum merupakan cara terbaik untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular namun terdapat juga ujian-ujian lain yang boleh digunakan. Antara ujian-ujian

tersebut adalah ujian 12 minit hasil berjalan, ujian naik turun bangku, ujian lari 2.4 km dan ujian lari 60 ela.

Graham (1994) mengatakan jika ujian dilakukan terlalu kerap, ia akan menjejaskan masa latihan dan pemain tidak sempat beradaptasi di antara sesi ujian. Jika ujian tidak dilakukan dengan tetap dan konsisten, pemain akan kehilangan minat, motivasi dan data yang diperolehi tidak lagi bernilai.

Permainan hoki memerlukan daya tahan aerobik dan anaerobik yang cukup. Walaupun aktiviti kepantasan banyak dilakukan tetapi pemain mesti mempunyai fasa

16

rehat yang cukup supaya pemain boleh bergerak pantas semula untuk mengejar bola atau menghalang pemain lawan dengan berkualiti. Secara tidak langsung pemain perlu mengambil lebih banyak oksigen. Ukuran pengambilan oksigen secara langsung semasa latihan atau aktiviti dijalankan paling tepat untuk mengukur kuasa aerobik (Anward, 1998). VO2 max merupakan kadar pengambilan oksigen paling tinggi

semasa aktiviti maksima atau latihan yang melesukan (Costill dan Willmore (1994).

Clarke (1976), mengatakan bahawa latihan akan mengurangkan kadar denyutan nadi rehat (Bradycardiac). Ini mungkin menghasilkan nilai rehat bagi atlet sebanyak 20 hingga 30 denyutan lebih lambat daripada individu yang terlatih. Kajian ini menunjukkan bahawa kadar denyutan maksima atlet adalah lebih rendah daripada mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal. Ini benar kerana kemampuan jantung mengepam darah bertambah mengikut intensiti latihan.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Astrand dan Rodahl (1997), telah memperkenalkan cara-cara untuk mengukur fungsi kardiovaskular bagi individu yang sihat. Cara yang terbaik ialah dengan mengesan keupayaan individu untuk menyedut isipadu oksigen yang maksimum. Cara ini juga di kenali sebagai kuasa aerobik maksimum iaitu keupayaan individu untuk mengangkut oksigen yang maksimum dan menggunakannya dalam aktiviti fizikal.

Baumgartner dan Jackson (1991), menyatakan di samping ujian larian satu batu yang digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular terdapat juga program latihan kecergasan yang lain berlandaskan komponen kesihatan seperti kelembutan,

17

kekuatan, komposisi badan dan daya tahan otot. Mereka mengesyorkan pengujian dijalankan dengan cara meningkatkan beban kerja secara beransur-ansur sehingga subjek tidak berupaya meneruskan aktiviti. Bagi mereka, pengambilan oksigen

maksimum adalah tahap peningkatan beban kerja.

Menurut Finn (2001), atlet memerlukan strategi latihan yang pelbagai untuk meningkatkan VO2 max. Latihan Jeda juga dikenali sebagai latihan yang bersela dan berintensiti tinggi yang dapat memperbaiki VO2 max dengan cepat dan dapat meningkatkan daya tahan. Rodas et.al., (2000), pula menjelaskan latihan Jeda yang berintensiti tinggi akan meningkatkan aktiviti oksidatif enzim dalam otot. Tambahan pula Lindsay et.al (1996), menyatakan jangkamasa empat minggu program latihan Jeda mampu membaiki tahap daya tahan seseorang atlet.

Menurut Mayer (2002), latihan Jeda adalah latihan yang menggunakan sela antara kerja dengan jeda rehat. Perubahan masa antara kerja dan jeda rehat membantu sistem tenaga dalam pembekalan tenaga khususnya dalam latihan yang berintensiti dan penggunaan masa latihan yang panjang. Latihan Jeda selalunya digunakan untuk aktiviti aerobik yang tinggi dan aktiviti anaerobik yang memerlukan pengulangan aktiviti yang tinggi diikuti dengan rehat untuk memaksimakan kualiti latihan.

Kaedah latihan Jeda mempunyai rasionalnya yang tersendiri kerana latihan ini boleh meningkatkan prestasi contohnya boleh menghasilkan pergerakan yang lebih pantas dan kuasa yang lebih baik dalam jangkamasa yang singkat. Niederpruem (2001), menyatakan latihan Jeda diperlukan dalam latihan aerobik dan anaerobik. Sistem anaerobik menggunakan tenaga yang disimpan dalam glikogen otot untuk

18

aktiviti yang berlaku dalam masa yang singkat. Sistem anaerobik tidak menggunakan oksigen. Ia menghasilkan asid laktik yang menyebabkan rasa kurang selesa di dalam otot. Semasa jeda berintensiti tinggi, asid laktik terhasil dan atlet mengalami hutang oksigen. Semasa fasa pemulihan jantung dan paru-paru bekerja untuk mengganti balik hutang oksigen ini dan menguraikan asid laktik. Keadaan ini berada dalam fasa sistem aerobik di mana oksigen digunakan untuk mengubah penyimpanan karbohidrat kepada tenaga. Latihan Jeda juga membantu daya tahan dan membolehkan atlet meningkatkan intensiti latihan tanpa mengalami kelesuan dan latihan yang berterusan.

Menurut Reese (2004), kelebihan latihan Jeda ialah kemampuan kerja adalah sehingga 80 peratus atau lebih untuk masa yang singkat dan diikuti masa pemulihan yang aktif di mana bebanan berkurangan 30 hingga 40 peratus kadar nadi maksima.

Ishak (1999), menjalankan satu kajian latihan Jeda yang telah dilaksanakan ke atas tahap daya tahan kardiovaskular ke atas 18 orang pemain bola sepak. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan Jeda dapat meningkatkaan tahap kecergasan kardiovaskular pemain. Ini menunjukkan bahawa latihan Jeda dapat menghasilkan kemajuan kepada atlet dan lazimnya diperkenalkan pada hujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan pada persediaan khusus.

Penyelidik dari Universiti McMaster, Kanada iaitu Macdougall et.al., (1998), yang telah mengkaji kesan latihan Jeda ke atas VO2 max. Latihan dijalankan dengan menggunakan ergometer basikal sebanyak tiga hari seminggu. Latihan bermula dengan empat kali jeda kerja selama 30 saat dan empat minit rehat. Pada minggu ketujuh jeda kerja meningkat menjadi sepuluh kali sementara jeda rehat pula

19

dikurangkan sehingga 2.5 minit. Hasil kajian ini mendapati tahap VO2 max meningkat sebanyak 9%. Ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap VO2 max subjek dalam kedua-dua latihan yang diikuti. Ini terbukti apabila pada minggu pertama program setiap sesi latihan ialah 14 minit sahaja tetapi dalam minggu ketujuh masa bagi setiap sesi latihan meningkat sehingga ke 30 minit.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0

PENGENALAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan latihan Jeda sebagai dapatan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Bab ini juga menerangkan tentang beberapa prosedur yang dijalankan bertujuan untuk melaksanakan satu proses kajian yang tepat, mudah dan bersesuaian dengan objektif yang ditentukan oleh penyelidik. Menurut Mohd. Majid Konting (2004), kaedah penyelidikan yang digunakan perlulah bersesuaian dengan objektif kajian kerana ia merupakan satu rangka bagi keseluruhan penyelidikan yang menyatakan berkenaan bentuk kajian yang dilaksanakan, sumber maklumat, kaedah bagi mendapatkan maklumat, jenis maklumat yang perlu dikumpulkan serta kaedah dalam pemprosesan maklumat yang diperolehi.

21

3.1

REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk eksperimental kerana melibatkan pra dan pasca. Kajian eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk menentukan kesan sesuatu olahan. Ia juga penting terutamanya untuk menguji (Mohd Majid Konting, 2004).

Rekabentuk eksperimen merupakan rangkaian konsep bila mana eksperimen dijalankan. Matlamat rekabentuk kajian eksperimen ini adalah untuk memastikan bahawa kesan atau perubahan yang berlaku pada pembolehubah bersandar adalah di sebabkan oleh olahan pembolehubah tidak bersandar. Rekabentuk eksperimen

memberi dua fungsi. Pertama menentukan situasi penyelidikan yang diperlukan oleh hipotesis. Kedua rekabentuk membolehkan penyelidik membuat tafsiran yang

bermakna terhadap dapatan kajian dengan menggunakan analisis berstatistik.

Dalam penyelidikan ini penyelidik membuat ujian pra dan ujian pasca ke atas sampel untuk mendapatkan data. Selepas melakukan ujian pra, sampel menjalani latihan Jeda yang ditetapkan oleh penyelidik selama enam minggu. Sampel sekali lagi menjalani ujian pasca untuk mendapatkan data sebelum analisis data dibuat. Dalam masa enam minggu sampel menjalani latihan Jeda sebanyak dua kali seminggu.

22

Rajah 1 KERANGKA KONSEPTUAL
KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMAIN HOKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UJIAN PRA

PROGRAM LATIHAN (6 Minggu)

UJIAN PASCA

PENGUMPULAN DATA

PENGANALISAAN DATA

RUMUSAN DAN CADANGAN

23

3.1.1. Pembolehubah Kajian

Pembolehubah yang digunakan adalah melibatkan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Sampel kajian yang digunakan adalah terdiri daripada 30 orang terdiri daripada 15 pemain hoki perempuan UPSI dan 15 lagi yang dipilih secara rawak. Pembolehubah tidak bersandar (IV) dalam penyelidikan ini adalah pemain hoki. Manakala pembolehubah bersandar (DV) pula adalah kesan latihan Jeda terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular.

3.2

POPULASI DAN PERSAMPELAN

3.2.1

Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di padang hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak di Tanjong Malim, Perak. Rasionalnya penyelidik memilih UPSI sebagai tempat kajian kerana memenuhi syarat-syarat dan keperluan kajian dan juga terdapat populasi yang bertepatan dengan tujuan kajian serta mempunyai kemudahan alatan dan padang. Ianya juga memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian dan ujian memandangkan subjek kajian yang dipilih ialah di kalangan pemain hoki dan pelajar universiti tersebut.

24

3.2.2

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pemain hoki di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Subjek yang terlibat adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada pemain hoki mewakili X bagi kumpulan eksperimen di universiti berkenaan. Seramai 15 orang subjek yang terdiri daripada bukan pemain hoki

mewakili Y bagi kumpulan kawalan dipilih untuk membuat perbandingan. Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan pelajar yang berumur antara 21 hingga 28 tahun. Mereka merupakan pemain yang telah mengikuti beberapa kejohanan dan telah mewakili UPSI di Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM) bagi tahun 2005 dan 2006.

3.2.3

Limitasi Kajian

Terdapat beberapa limitasi yang dijangkakan oleh penyelidik dalam kajian ini dan tindakan susulan perlu diambil bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Ini penting bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian nanti. Di antara limitasi yang mungkin akan berlaku ialah seperti berikut :

1. Dalam melakukan ujian penyelidik perlu pastikan ianya dapat dijalankan dengan mengikut teknik dan prosedur yang betul dalam ujian bleep .

2. Penyelidik perlu memastikan tahap kesihatan subjek berada dalam keadaan baik supaya subjek dapat melakukan ujian dengan berkesan.

25

3. Subjek hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa menjalankan ujian untuk keselamatan.

4. Penyelidik akan memastikan tiada gangguan dari luar yang boleh menjejaskan prestasi subjek semasa ujian dijalankan.

5. Sebelum melakukan ujian penyelidik akan memastikan semua subjek akan mengambil sarapan pagi dan menjalankan sesi memanaskan badan untuk keselamatan dan mengelakkan kecederaan.

6. Kesungguhan dan keikhlasan subjek dalam melakukan ujian adalah diluar kawalan penyelidik. Sikap subjek semasa melakukan ujian, misalnya subjek mungkin tidak menunjukkan komitmen ketika melakukan ujian atau melakukannya sambil lewa. Faktor ini pula diambilkira kerana ia akan mempengaruhi keputusan ujian.

7. Kesemua ujian akan dilakukan pada waktu pagi iaitu antara pukul 9.00 pagi sehingga selesai.

Terdapat juga beberapa faktor yang tidak boleh dikawal dan boleh mempengaruhi keputusan dapatan kajian, tetapi tidak diambil kira dalam kajian iaitu cara pemakanan atau gaya hidup subjek. Sebagai contoh pengambilan makanan bagi sarapan pagi sebelum ujian mungkin mengganggu fisiologi badan subjek seperti ketidakselesaan pada bahagian perut atau sakit perut.

26

3.3

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang ingin melihat tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular bagi subjek yang menerima rawatan selama enam minggu. Walaupun terdapat banyak ujian yang boleh dijalankan tetapi penyelidik telah memilih hanya satu ujian iaitu Ujian Meningkat Lari Ulang Alik 20 meter (Bleep Test). (AAHPERD, Youth Fitness Test Manual (1976), American Alliance for Health Education and Recreation. Washington; D.C.)

Ujian Bleep ialah merupakan satu ujian dijalankan untuk memastikan tahap kecergasan, ketahanan dan kardiovaskular individu. Ujian ini diadakan dengan

menggunakan cd muzik ‘bleep’ dan jarak ukuran larian yang tertentu. Subjek dikehendaki berlari ulang-alik pada kadar yang terbanyak dengan melepasi garisan yang disediakan.

Ujian ini bertujuan untuk:

i.

Membekalkan satu cara penilaian kardiovaskular kendiri.

ii.

Membekalkan pengalaman bagi mengetahui perhubungan di antara kadar denyutan jantung dengan daya tahan jantung.

27

Alatan yang diperlukan dalam proses ujian tersebut termasuk:

i.

Borang biodata diri Borang ini adalah untuk mendapatkan maklumat diri subjek serta keterangan lanjut berhubung dengan penglibatan dalam kajian ini.

ii.

Borang skor / data pengiraan Borang catatan ujian bleep bertujuan mencatat ulangan yang berjaya dilakukan oleh subjek semasa menjalani ujian tersebut.

iii.

Pita pengukur Pita pengukur sepanjang 30 meter digunakan untuk menetapkan jarak larian ujian bleep dan juga lorong larian antara subjek.

iv.

Cakera Padat (CD) Cakera padat (CD) ujian bleep yang dirakam untuk memberi bunyi ‘bleep’ digunakan.

v.

Pemain CD Alat pemain CD yang dapat mengeluarkan bunyi yang jelas dan kuat supaya dapat didengar oleh subjek semasa ujian dijalankan.

28

vi.

Bib bernombor Subjek memakai bib bagi memudahkan penguji mengesan dan merekod borang data pengiraan sewaktu ujian dijalankan. Dengan memakai bib ujian ini dapat dijalankan dengan bersistematik dan teratur berdasarkan nombor.

Pengendalian Ujian Bleep

i. ii. iii.

Tandakan jarak 20 meter dengan pita dan letakkan skitel. Pasangkan CD. Calon mulakan larian di garis mula ke garisan yang bertentangan (jarak 20 meter).

iv.

Calon mesti mencecahkan sebelah kaki melepasi garisan sebelum bunyi ‘bleep’ yang berikutnya.

v.

Sekiranya calon sampai lebih awal di garisan, mereka dikehendaki menunggu dibelakang garisan sehingga bunyi ‘bleep’ seterusnya.

vi.

Sekiranya calon belum sampai ke garisan selepas bunyi ‘bleep’ ia diberi peluang untuk menghabiskan larian dan mengejar ke garisan berikutnya sebelum bunyi ‘bleep’ berikutnya.

vii.

Jika sekiranya calon masih gagal sampai ke garisan berikutnya sebelum bunyi ‘bleep’ seterusnya maka lariannya ditamatkan dan pencapaiannya direkodkan.

29

Jadual 3.1

Menunjukkan Nilai Kadar Pengambilan Oksigen Maksimum (VO2 Max) Bagi Ujian Kecergasan Berperingkat. Ia Telah Dibangunkan Oleh Jabatan Pendidikan Fizikal Dan Sains Sukan Universiti Loughborough, 1987.

ARAS

ULANGAN

VO2 Max (ml/kg/min)

ARAS

ULANGAN

VO2 Max (ml/kg/min)

4 4 4 4 6 6 6 6 6 8 8 8

2 4 6 9 2 4 6 8 10 2 4 6

26.8 27.6 28.3 29.5 33.6 34.3 35 35.7 36.4 40.5 41.1 41.8

5 5 5 5 7 7 7 7 7 9 9 9

2 4 6 9 2 4 6 8 10 2 4 6

30.2 31 31.8 32.9 37.1 37.8 38.5 39.2 39.9 43.9 44.5 45.2

30

Jadual 3.2

Tahap Pencapaian Bagi Perempuan (Nilai dalam unit ml./kg./min.)

Umur

Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

Sangat Cemerlang

13-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60+

<25.0 <23.6 <22.8 <21.0 <20.2 <17.5

25.0 - 30.9 23.6 - 28.9 22.8 - 26.9 21.0 - 24.4 20.2 - 22.7 17.5 - 20.1

31.0 - 34.9 35.0 - 38.9 29.0 - 32.9 33.0 - 36.9 27.0 - 31.4 31.5 - 35.6 24.5 - 28.9 29.0 - 32.8 22.8 - 26.9 27.0 - 31.4 20.2 - 24.4 24.5 - 30.2

39.0 - 41.9 37.0 - 41.0 35.7 - 40.0 32.9 - 36.9 31.5 - 35.7 30.3 - 31.4

>41.9 >41.0 >40.0 >36.9 >35.7 >31.4

31

Prosedur yang dijalankan:

Kesemua subjek akan menjalankan ujian bleep sebelum melakukan aktiviti latihan Jeda. Data sebelum latihan Jeda dilakukan akan dicatat begitu juga selepas latihan Jeda dijalankan di mana data subjek akan dicatat juga. Perbandingan sama ada benar atau tidak terdapat peningkatan daya tahan kardiovaskular ke atas subjek kesan daripada melakukan aktiviti latihan Jeda.

Kadar Nadi Ambang = 120 denyut/minit Kadar Nadi Maksima = 220 – umur Kadar Nadi Rehat = Kurang 70 denyut/minit – cergas Lebih 70 denyut/minit – kurang cergas Sumber: B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad. (1988). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. (Edisi 111)

Penerangan ujian: Kesemua subjek yang berlainan tahap kecergasan telah dipilih untuk menjalani ujian bleep. Ujian dijalankan sebelum subjek menjalankan aktiviti latihan Jeda secara khusus. Data subjek sebelum latihan Jeda dijalankan akan dicatat. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kecergasan di antara subjek sebelum dan selepas latihan Jeda dijalankan oleh mereka. Hasil daripada eksperimen tersebut akan direkodkan ke dalam jadual seperti contoh di bawah:

32

Sampel 1 (Ujian Pra) Nama: Umur: Aras Bilangan Ulangan 3 2 Skor pencapaian 5 Lemah Tahap Lakuan

Rumusan

Sampel 1 ini mempunyai tahap kecergasan yang lemah. Pencapaian ujian bleep yang dilakukannya pada aras 3/2 dikategorikan sebagai tahap sangat lemah. Hasil daripada ujian ini, satu rumusan dibuat bahawa sampel 1 ini masih lagi boleh ditingkatkan daya tahan kardiovaskularnya jika sampel 1 menjalani latihan yang lebih bersistematik dan berterusan.

Sampel 2: (Ujian Pasca) Nama: Umur: Aras Bilangan Ulangan Skor pencapaian 6 7 18 Baik Tahap Lakuan

33

Rumusan

Setelah menjalankan latihan Jeda, didapati bahawa sampel 2 dapat meningkatkan ke tahap kecergasan yang baik di mana pencapaian ujian bleep pada aras 6/7 adalah baik dan dikategorikan sebagai tahap kecergasan yang baik. Hasil daripada ujian ini, bolehlah dibuat satu kesimpulan bahawa sampel 2 telah berjaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular setelah menjalankan latihan Jeda secara tersusun dan teratur.

Prosedur Kajian i. Tetapkan tarikh dan masa untuk melakukan taklimat tentang tujuan serta ujian yang hendak dijalankan. ii. Penerangan tentang persiapan dan kelengkapan yang diperlukan untuk menjalani latihan. iii. Subjek akan diterangkan tentang prosedur dan peraturan serta susunan aktiviti ujian. iv. Ujian percubaan diberikan sebelum ujian sebenar dijalankan supaya subjek mendapat gambaran untuk melakukan ujian. v. Persediaan subjek dari segi fizikal dan psikologi terhadap ujian yang akan dijalankan.

34

3.4

PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, pengumpulan data akan dibuat semasa ujian pra dan pasca.

i. ii.

Subjek akan diberikan borang skor setiap seorang. Subjek akan mengisi butiran diri di dalam borang skor dan borang tersebut akan diserahkan pada pencatat atau penguji.

iii.

Penguji akan menyemak butiran diri dan menyelia subjek menjalankan ujian.

iv. v.

Pencatat akan mencatat segala keputusan yang diperolehi daripada ujian. Setelah siap kesemua ujian dan borang skor dipenuhi, borang skor tersebut akan diserahkan kepada penyelidik.

vi.

Data yang diperolehi akan dikumpul dan akan direkodkan untuk membuat analisis terhadap data yang diperolehi.

3.5

ANALISIS DATA

Dalam kajian ini, pengukuran akan dijalankan berdasarkan prestasi pemain yang diuji dengan merekod ujian pra sebelum menjalani latihan Jeda dan selepas menjalani latihan Jeda dengan menggunakan ujian pasca. Maklumat subjek diperolehi dari borang yang telah diedar sebelum ujian dijalankan. Borang yang diedarkan

mengandungi maklumat-maklumat penting yang akan digunakan oleh penguji untuk mengumpul maklumat yang perlu.

35

Analisis statistik deskriptif telah dipilih untuk menentukan tahap peningkatan daya tahan kardiovaskular. Dalam analisis statistik deskriptif diterangkan tentang bentuk, kecenderungan berpusat seperti skor purata, sisihan piawai, julat dan pembahagian peratusan. Pengiraan skor purata dan sisihan lazim akan dilakukan untuk setiap indikator bagi ujian awal dan akhir. Ujian-t sampel tidak bersandar (Independent Samples Test) digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam ujian pra dan ujian pasca. Melalui Ujian-t sampel tidak bersandar juga dapat menentukan sama ada hipotesis diterima atau ditolak.

Data dikumpul sebelum kerja kemasukan data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Science).

BAB IV

ANALISIS DATA

Analisis data merupakan aktiviti untuk memperolehi maklumat yang berguna daripada data mentah. Analisis data melibatkan aktiviti manipulasi seperti mengatur, memilih, menggabung dan menjadual. Berasaskan maklumat yang terhasil daripada penganalisisan tersebut penyelidik akan menggunakan maklumat tersebut sebagai bukti untuk membuat sesuatu keputusan (Mohd Majid Konting, 2004).

Matlamat bab ini adalah untuk melaporkan analisis data dan membincangkan keputusan kajian berhubung dengan hipotesis kajian yang diuji sama ada menerima atau menolak hipotesis.

37

Skor di analisis melalui dua peringkat:

i)

Membuat penjadualan skor mentah di dalam angkubah yang dikaji iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam latihan Jeda yang dijalankan oleh subjek.

ii)

Membuat pengujian skor VO2 max angkubah yang dikaji dengan menggunakan ujian- t sampel tidak bersandar (Independent Sample Test).

Analisis statistik dilakukan terhadap skor-skor mentah untuk mencari purata dan sisihan piawai bagi setiap angkubah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca latihan Jeda dijalankan. Perbandingan skor purata dilakukan pada tahap kesignifikan p=0.05.

Penyelidik menggunakan data mentah yang diperolehi daripada Ujian Bleep yang telah dijalani oleh pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jumlah subjek yang diambil adalah seramai 30 orang, Ianya terdiri daripada 15 orang mewakili X bagi kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah latihan Jeda dan 15 orang lagi mewakili Y berada dalam kumpulan kawalan (bukan atlet).

38

Jadual 4.1 Skor Purata Dan Sisihan Piawai (VO2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y Semasa Ujian Pra

Kumpulan

N

Purata (ml./kg./min.)

Sisihan Piawai

X Y

15 15

23.03 22.05

2.89 2.12

Jadual 4.1 menunjukkan skor purata dan sisihan piawai Ujian Bleep bagi kumpulan X dan Y semasa ujian Pra. Berdasarkan jadual ini menunjukkan kumpulan X mempunyai skor yang lebih tinggi daripada kumpulan Y iaitu (23.03 + 2.89 ml./kg./min). Manakala kumpulan Y mempunyai skor (22.05 + 2.12 ml./kg./min ). Walaubagaimanapun kedua-dua kumpulan ini menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan sebelum menjalani latihan.

39

Jadual 4.2 Skor Purata Dan Sisihan Piawai (VO2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y Semasa Ujian Pasca

Kumpulan

N

Purata (ml./kg./min.)

Sisihan Piawai

X Y

15 15

34.59 20.65

1.69 .597

Jadual 4.2 menunjukkan skor purata dan sisihan piawai Ujian Bleep bagi kumpulan X dan Y semasa ujian Pasca. Keputusan ujian ini menunjukkan kumpulan X mempunyai skor (34.59 + 1.69 ml./kg./min). Bagi kumpulan Y skor (22.05 + 2.12 ml./kg./min). Di sini dapat dilihat dengan jelas selepas menjalani latihan Jeda yang diberi oleh penyelidik kumpulan X menunjukkan peningkatan yang ketara semasa ujian Pasca.

40

Jadual 4.3 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan X dan Y

Ujian Pra Purata (ml./kg./min.) Sisihan Piawai Purata

Ujian Pasca Sisihan Piawai

(ml./kg./min.)

X Y

23.03 22.05

2.89 2.12

34.59 20.65

1.69 0.597

Berdasarkan jadual 4.3, menunjukkan hasil dapatan daripada Ujian Bleep semasa ujian Pra dan ujian Pasca bagi kumpulan yang menjalani program latihan dan tidak mengikuti program latihan. Hasil dapatan menunjukkan kumpulan X mencapai tahap peningkatan daya tahan kardiovaskular yang tinggi. Perbezaan skor purata Ujian Bleep bagi kumpulan X adalah signifikan antara ujian Pra (23.03 + 2.89 ml./kg./min), dengan ujian Pasca (34.59+1.69 ml./kg./min). Perbezaan skor purata bagi kumpulan Y adalah tidak signifikan antara ujian Pra (22.05 + 2.12 ml./kg./min), dengan ujian Pasca (20.65 + 0.597 ml./kg./min).

41

Jadual 4.4 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pra

Subjek

N

Purata (ml./kg./min.)

Sd

Sig.(2-tailed)

Nilai

t

X Y

15 15

23.03 22.02

2.89 2.16 .298 1.061

* signifikan pada <0.05

Jadual 4.4 menunjukkan hasil dapatan perbandingan tahap peningkatan daya tahan kardiovaskular dalam ujian Pra. Di dapati bahawa p >0.05, p = 0.298, oleh itu Ho di terima, iaitu memang tidak terdapat perbezaan skor purata semasa ujian Pra yang signifikan di antara kumpulan X (23.03 + 2.89 ml./kg./min ) dan kumpulan Y (22.02 + 2.16 ml./kg./min ).

42

Jadual 4.5 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pasca

Subjek

N

Purata (ml./kg./min)

Sd

Sig.(2-tailed)

Nilai t

X Y

15 15

34.59 20.65

1.69 .597 *0.000 30.01

* signifikan pada <0.05

Jadual 4.5 menunjukkan hasil dapatan perbandingan tahap peningkatan daya tahan kardiovaskular dalam ujian Pasca. Di dapati bahawa p >0.05, p = *0.000, oleh itu Ho di tolak, iaitu memang terdapat perbezaan skor purata semasa ujian Pasca yang signifikan di antara kumpulan X (34.59 + 1.69 ml./kg./min ) dan kumpulan Y (20.65 + 0.597 ml./kg./min ).

43

Jadual 4.6 Analisis t Berdasarkan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (Ujian Bleep) Bagi Latihan Jeda

Angkubah

Ujian-t

df

Sig

Ujian Pra Ujian Pasca 30.01 28 *.000

* signifikan pada <0.05

Berdasarkan Jadual 4.6 menunjukkan tahap daya tahan kardiovaskular yang diukur dengan menggunakan Ujian Bleep. Analisis ujian-t sampel tidak bersandar (Independent Samples Test) bagi Ujian Bleep menunjukkan bahawa t (28)=30.01, p=*0.000 adalah signifikan di antara ujian Pra dan ujian Pasca dalam latihan Jeda.

Kesimpulannya melalui analisis ujian-t sampel tidak bersandar (Independent Samples Test) mendapati keputusan kajian ini menunjukkan latihan Jeda memberi kesan yang signifikan ke atas peningkatan daya tahan kardiovaskular, dengan ini hipotesis kajian yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan latihan Jeda ke atas pemain hoki perempuan dalam ujian Pra dan Pasca adalah ditolak.

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dalam bab ini penyelidik memberikan gambaran dan penjelasan yang terkandung di dalam kajian ini di samping membuat kesimpulan. Perbincangan adalah berdasarkan kepada data yang telah dianalisis daripada aktiviti yang telah dijalankan. Penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dan perlu dalam menyelesaikan masalah yang timbul hasil daripada kajian ini. Pandangan dan cadangan yang diutarakan di sini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat ke arah meningkatkan lagi tahap prestasi pemain hoki perempuan serta sebagai garis panduan kepada penyelidik pada masa hadapan.

45

Perbincangan

Perbincangan adalah berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan dan juga kepada persoalan kajian yang telah diutarakan. Objektif yang telah ditetapkan ialah mengenalpasti samada latihan Jeda yang dijalankan oleh subjek adalah sesuai dan boleh digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Selain itu, ianya juga untuk membandingkan dapatan keputusan awal dan keputusan akhir yang telah dicapai.

Dapatan kajian menunjukkan kumpulan subjek yang menjalani latihan Jeda dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular mereka. Peningkatan ini berlaku kerana subjek telah menjalani latihan secara berterusan selama enam minggu. Ini disokong oleh hasil kajian MacDougall et.al., (1998), yang mendapati tahap VO2 max subjek kajiannya meningkat sebanyak 9% setelah menjalani latihan selama tujuh minggu. Kajian Bienkowska et.al., (2000), mendapati setelah subjek kajian mereka menjalani latihan selama tiga minggu kedua-dua kumpulan subjek menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 40% dalam keupayaan kapasiti kerja semasa ujian pasca.

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang di pengaruhi dan mempunyai hubung kait dengan pembolehubah fisiologinya. Bagi mendapatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular yang baik seseorang itu hendaklah mengikut program latihan yang di tetapkan dari segi intensiti, frenkuensi dan tempoh latihan. Ini telah di buktikan oleh pemain hoki perempuan MASUM, UPSI, di mana mereka telah berjaya meningkatkan tahap kercergasan daya tahan kardiovaskular melalui

46

program latihan Jeda mengikut intensiti dan tempoh latihan yang di tetapkan. Sepanjang tempoh mereka menjalani latihan Jeda selama enam minggu iaitu dua kali seminggu, intensiti latihan untuk mereka juga meningkat dari minggu ke minggu. Selain itu, tempoh masa juga bertambah mengikut aktiviti yang dijalankan. Untuk minggu pertama subjek hanya membuat larian dalam masa 30 saat sebanyak 3 set iaitu 1 set merangkumi 3 kali ulangan. Manakala bagi minggu kedua pula ada peningkatan dari segi tempoh masa iaitu larian satu minit. Ini kerana hasil dapatan kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa melalui satu sistem latihan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular. Merujuk kepada Jadual 4.3 perbezaan purata ujian Pra bagi kumpulan X iaitu 23.03 ml/kg/min,Y iaitu 22.05 ml/kg/min dan ujian Pasca bagi kumpulan X iaitu 34.59 ml/kg/min, Y 20.65 ml/kg/min.

Fox dan Mathews (1976), menyarankan lagi secara amnya lebih kerap dan lama sesuatu program latihan itu dijalankan, lebih banyak lagi peningkatan kecergasan seseorang individu.

Semasa melakukan pengujian ke atas subjek aspek psikologi juga memainkan peranan penting. Jika dilihat keadaan emosi subjek tidak tenteram, maka akan timbul kesan terhadap pengujian subjek yang mana mereka melakukan ujian tersebut sekadar memenuhi syarat pengujian tanpa menunjukkan prestasi yang sebenar.

Hasil yang di perolehi mendapati data ujian yang dilakukan ke atas dua kumpulan iaitu X dan Y menunjukkan kumpulan X mempunyai tahap kecergasan yang lebih baik berbanding Y. Subjek kajian yang mencapai prestasi tinggi bagi ujian

47

daya tahan kardiovaskular juga didapati mencapai prestasi yang tinggi dalam sukan yang di ceburi.

Gillbert dan Rose (1985) menyatakan faktor demografi seperti umur, tinggi dan berat juga memberi kesan kepada daya tahan kardiovaskular. Ini kerana jika berat badan dan tinggi tiada sesuai dengan fizikal pemain maka keupayaan daya tahan kardiovaskular adalah lemah. Sebagai contoh seseorang itu mempunyai badan yang gempal ataupun obesiti, adalah menjadi satu kesukaran untuk melakukan latihan atau bermain dalam jangka masa yang lama dan panjang kerana mereka letih.

Daripada analisis data yang diperolehi sebelum latihan Jeda dijalankan (rujuk lampiran A) oleh subjek adalah didapati bahawa kesemua subjek berada pada tahap yang lemah. Manakala selepas subjek melakukan latihan Jeda (rujuk lampiran B), analisis data yang diperolehi menunjukkan 2 orang subjek berada pada tahap cemerlang, 11 orang subjek pada tahap baik dan 2 orang subjek pada tahap sederhana. Keputusan dapat dilihat melalui perbandingan peningkatan peratusan VO2 max semasa ujian pra iaitu sebanyak 46.6% mendapat skor VO2 max 20 ml/kg/min, 20% mendapat skor VO2 max 23 dan 25 ml/kg/min dan 6.7% mendapat skor VO2 max 27 dan 28 ml/kg/min berbanding semasa ujian pasca iaitu kebanyakan subjek memperolehi skor VO2 max 30 ml/kg/min ke atas. Di mana 13.3% mendapat skor VO2 max 32

ml/kg/min, 26.7% mendapat skor VO2 max 33 ml/kg/min, 20% mendapat skor VO2 max 34ml/kg/min dan 13.3% mendapat skor VO2 max antara 35-37ml/kg/min. Ini menunjukkan bahawa kesemua subjek telah dapat meningkatkan tahap pencapaian masing- masing dari segi aras, ulangan dan VO2 max mereka. Kesemua catatan menunjukkan subjek berjaya meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular mereka

48

daripada analisis sebelum melakukan latihan Jeda sehinggalah analisis selepas menjalani latihan Jeda seperti yang tercatat. (rujuk lampiran B).

Skor purata pula menunjukkan sebelum latihan Jeda dijalankan adalah sebanyak 23.03 ml/kg/min, manakala setelah latihan Jeda dijalankan menunjukkan skor purata sebanyak 34.59 ml/kg/min. Ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular melalui perbezaan skor purata iaitu sebanyak 11.56 ml/kg/min yang diperolehi setelah program latihan Jeda dijalankan.

Analisis skor yang diperolehi daripada jadual 4.4 dan 4.5 adalah jelas menunjukkan terdapatnya peningkatan skor yang ketara sebelum dan selepas latihan Jeda dijalankan oleh subjek.

Jadual 4.6 pula menunjukkan pada tahap kesignifikan p< 0.05 bahawa t (28) =30.01, p =* 0.000. Nilai –t yang diperolehi ialah 30.01. mendapati bahawa keputusan yang ditunjukkan adalah signifikan.

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa latihan Jeda memberi kesan dalam meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular ke atas pemain hoki perempuan MASUM di mana terdapat perbezaan yang signifikan semasa ujian Pra dan ujian Pasca. Latihan Jeda adalah bersesuaian dan boleh digunakan untuk meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular bagi subjek

49

yang tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sukan melalui analisis data yang telah diperolehi. Program latihan Jeda telah diadakan dua kali seminggu selama enam minggu.

Keputusan awal yang telah diperolehi iaitu sebelum latihan Jeda dijalankan dan selepas latihan Jeda dijalankan memang terdapat wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap keputusan yang telah diperolehi.

Terdapat banyak alat pengukuran tahap kecergasan kardiovascular seperti ergometer dan Ujian Menapak Harvard tetapi penyelidik telah memilih Ujian Bleep untuk melihat peningkatan daya tahan kardiovaskular subjek. Ujian ini dipilih kerana mudah dikendalikan, kurang penggunaan alatan dan ramai subjek boleh diuji pada suatu masa yang sama.

Hasil kajian program latihan Jeda yang dipilih didapati sesuai digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Setelah mengetahui hasil kajian ini, guru dan jurulatih boleh menggunakan program latihan Jeda ini untuk meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet mereka.

Cadangan

Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat kelemahan-kelemahan dan beberapa masalah yang wujud di luar jangkaan dan kawalan penyelidik semasa kajian dibuat. Oleh itu penyelidik ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh

50

dijadikan garis panduan untuk kajian masa akan datang. Cadangan ini difikirkan perlu untuk mengatasi kelemahan bagi mendapatkan kualiti terhadap kajian yang dilakukan. Di antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti ialah:

i.

Persampelan Subjek haruslah terdiri daripada atlet yang dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa menjalani latihan. Adalah disarankan agar penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian seumpama ini dapat memilih subjek yang memberikan sepenuh kerjasama dan lebih besar jumlahnya agar dapat dilihat keberkesanannya yang sebenar

ii.

Sikap subjek Pengawasan terhadap subjek harus diteliti terutama semasa menjalani ujian supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah ditetapkan. Kaedah ini perlu supaya kesahan yang lebih tinggi dan objektif dapat dicapai. Bagi mendapatkan keupayaan prestasi pemain yang baik, ujian haruslah ditadbir sewaktu mereka berada pada waktu kemuncak (peaking).

iii.

Pentadbiran ujian Pengawasan terhadap subjek perlu lebih teliti terutama semasa menjalani ujian atau latihan Jeda supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang ditetapkan. Keadaan ini perlu supaya kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

51

iv.

Pengaruh pembolehubah luaran Kajian yang dijalankan secara tidak langsung menerima kesan daripada faktor luaran diantaranya ialah tahap kesihatan subjek, cuaca, persekitaran tempat ujian, sikap dan pengalaman pelajar serta latar belakang subjek.

RUJUKAN

AAHPERD, Youth Fitness Test Manual (1976), American Alliance for Health Education and Recreation. Washington; D.C. Anward, J.P. (1998). Effects of physical training on cardiovascular adjustment to exercise in men. Physiological reviews.57:779-816. Astrand, P. O. (1977). Textbook of work physiology . New York: McGraw -Hill Book Company Astrand, P.O., Rodahl, K.(1997). Textbook of work physiology (3rd ed). New York: Mc Graw-Hill Book Company. Baumgartner, T.& Jackson, A.S. (1991). Measurement for evaluation in physical education and exercise science (4th ed). Dubuque:WM.C.Brown. Bienkowska, S. B., Dylewicz, P., Przywarska, I., Szczesniak, T. R. L., Wilk, M., Jastrzebski, A. & Kedzierski, A. (2000). Comparison of Continuous Versus Interval Endurance Training in Rehabilitation of Patients After Coronary Artery Bypass Surgery. Polish Heart Journal, 53-6. Bompa, T.O. (1994). Theory and methodology of training the key to athletic performance. Iowa:Kendal/Hunt Publishing Company. Bowerman, W. J. & Freeman, W. H. (1991). High Performance Training for Track and Field. (2nd ed). Champaign, IL: Leisure Press. Bridgeman, R (1991). Awaches guide to testing for athletic attributes. NSCA Journal. 13(3):34-37 B. Sarjit Singh & Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad. (1988). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. (Edisi 111) Clarke, H. H. (1976). Application of measurement to health and physical education. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Cooper, K . H . (1992 ). Bleep test. Cooper Institute for Aerobics Research, Dallas. http://www.brucebrownlee.com/coaching/fitness/beeptest.htm Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1984 ). Concepts Of Physical Fitness With Laboratories. (6th ed. ), Dubuque, Iowa : Wm. C. Brown Publishers. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1994). Flexibility: A major component of physical fitness. A Journal Of Physical Education And Recreation. 51: 22-54,50-60

53

Carroll, B. (1984). Assessment in physical education : A Teacher’s guide to the issues. London : The Palmer Press. Costill & Willmore. (1994). Exercise physiology. Human bioenergetics and its application. (2nd ed) Mountain view, LA:Mayfield. Finn, C.(2001) Effects of High –Intensity Intermittent Training on Maximum Oxygen Uptake and Endurance Performance.http://www.sportsci.org/jour/0101cf Graham, J. (1994).Guideline for providing valid testing of athlete levels. Journal of strength and conditioning. 16:7-14. Gillbert ,G.G & Ross,J.G (1985). The National Children And Youth Fitness Study: A Summary Of Findings,Journal Of Physical Education ,Recreation and Dance , 56 (1), 45 – 50. Horne, W. www.Fieldhockeytraining.com Ishak Latfi Ahmad. (1999). Kesan Latihan Jeda ke atas Dayatahan Kardiovascular Pemain-Pemain Bola Sepak Bawah 18 Tahun. Latihan Ilmiah Petaling Jaya:Universiti Malaya. Julismah Jani, Shaharudin Abd. Aziz, Ruaibah Yazani Tengah, Nelfianty Mohd. Rasyid, Jeffery Low Fook Lee.(2006).Kesan Latihan Fizikal Terhadap Pengambilan Oksigen Maksimum (Vo2 Max) Di Kalangan Ahli Sukan Dipelbagai Peringkat http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/htm Lindsay, F.H., Hawley, J.A.,Myburgh,K.H., Schomer, H.H.,Noakes,T.D., & Dennis, S.C. (1996). Improved Athletic Performance in Highly Trained Cyclists After Interval Training. Medicine and Science in Sport and Exercise,28, 1427-1434. MacDougall, J. D., Hicks, A.L., Mac/Donald, J. R., McKelvie, R.S., Green, H.J., & Smith, K.M., (1998). Muscle performance and enzymatic adaptations to sprint interval training. Journal of Applied Physiology, 84, 2138-2142. Mathews, D. K., & Fox, E. L. (1976). The physiological basis of physical education and athletics. Philadelphia USA: Saunders College Publishing Mayer. (2002). http://www.fitnessterminology.com. McArdle, William D., Frank Katch and Victor Katch. (1981). Exercise Physiology: Energy, Nutrition and Human Performance. Philadelphia: Lea and Febigar. Miller, D.K. (1994). Measurement by the Physical Educator: Why and how. USA: Human Kinetis.

54

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Niederpruem.(2001).www.nsca-lift,org/ferrorm. Nieman, D. C. (2003). Exercise testing and prescription. A health-related approach (5th ed.). New York: Mc-Graw-Hill. Nur Ikhwan Mohamad MSc.(2006). Sukan dan Prestasi.Diperoleh Oktober 12, 2006 daripada eXplorefit_com-kecergasan.htm Pate, R. R. (1991). Health related measures of children’s physical fitness. Journal of School Health, 61, 231-233. Powers, S. K., & Howley, E. T. (2004). Exercise physiology: Theory and application to fitness and performance (5th ed.). Boston: McGraw-Hill. Reese (2004).http://www.tothenextlevel.org. Rodas, G., Ventura, J.L, Cadefau, J.A., Cusso,R.,& Parra, J.(2000). A Short Training Program For The Rapid Improvement Of Both Aerobic and AnaerobicMetabolism European. Journal of Applied Physiology.8, 480-486 Thomas, J. R., & Nelson, J.K. (1996). Research Method in Physical Activity. Champaign, IL: Human Kinetics. Willmore, H.J., & Costill, L.D.(1999). Physiology Of Sport and Exercise Champaign, IL: Human Kinetic http://www.topendsports.com/testing/tests/20mshuttle.htm

55

LAMPIRAN A

56

Skor Mentah Ujian Pra Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X)

SUBJEK

ARAS

ULANGAN

VO2 Max (ml./kg./min)

Tahap

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

4 2 3 2 2 3 3 3 2 2 2 4 2 3 3

3 4 7 4 3 7 1 1 2 3 3 7 2 8 1

27.23 20.88 25.49 20.88 20.44 25.50 23.00 23.00 20.00 20.44 20.44 28.81 20.44 25.91 23.00

Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah

57

LAMPIRAN B

58

Skor Mentah Ujian Pasca Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X)

SUBJEK

ARAS

ULANGAN

VO2 Max

Tahap

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

5 6 6 6 6 7 7 6 5 5 5 6 6 6 6

8 8 5 6 9 3 2 10 8 9 9 3 1 1 3

32.52 35.84 34.76 35.12 36.20 37.45 37.11 36.56 32.52 33.00 33.00 34.04 33.32 33.32 34.04

Sederhana Baik Baik Baik Baik Cemerlang Cemerlang Baik Sederhana Baik Baik Baik Baik Baik Baik

59

LAMPIRAN C

60

Skor Mentah Ujian Pra Bagi Kumpulan Y

SUBJEK

ARAS

ULANGAN

VO2 Max

Tahap

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

3 2 2 2 2 3 3 3 2 3 3 2 2 2 2

1 3 3 4 2 7 1 1 2 7 8 3 3 4 4

23.00 20.44 20.44 20.88 20.00 25.50 23.00 23.00 20.44 25.50 25.91 20.44 20.44 20.88 20.88

Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah

61

LAMPIRAN D

62

Skor Mentah Ujian Pasca Bagi Kumpulan Y

SUBJEK

ARAS

ULANGAN

VO2 Max

Tahap

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

3 4 7 5 2 3 4 4 2. 3 2 3 4 4 2

20.44 20.88 22.20 21.32 20.00 20.44 20.88 20.88 20.00 20.44 20.00 20.44 20.88 20.88 20.00

Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah

63

LAMPIRAN E

64

PROGRAM RANCANGAN LATIHAN JEDA SELAMA ENAM MINGGU BAGI ATLET HOKI MASUM UPSI

MINGGU 1

Bil 1 2 3 4

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Lari 30 saat (3 set) Jalan 2 minit Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 20 minit 10 minit

Catatan

1set x 3 ulangan

MINGGU 2

Bil 1 2 3

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Lari 1 minit Jalan 5 minit Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 30 minit

Catatan

Pusingan padang hoki 5 kali ulangan

4

10 minit

MINGGU 3

Bil 1 2 3 4

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Lari ulang alik 25 meter-50meter-100 meter Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 30 minit 10 minit

Catatan

Padang hoki 3 kali ulangan

65

MINGGU 4

Bil 1 2 3 4

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Jogging-Striding-Speed Jalan 4 minit Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 40 minit 10 minit

Catatan

Padang hoki

MINGGU 5

Bil 1 2 3 4

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Lari 5 minit (3 kali ulangan) Jalan 5 minit Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 30 minit 10 minit

Catatan

Padang hoki

MINGGU 6

Bil 1 2 3

Perkara Menerangkan objektif latihan Memanaskan badan – aktiviti regangan Pusing UPSI – 3 kali Rehat 5 minit Menyejukkan badan

Masa 10 minit 15 minit 40 minit

Catatan

Masa diambil setiap pusingan.

4

10 minit

66

LAMPIRAN F

67

MAKLUMAN/ BORANG KEBENARAN KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN FAKULTI SAINS SUKAN PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SUKAN OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat adakah latihan Jeda memberi kesan terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan MASUM. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang iaitu 15 orang pemain hoki yang mewakili Kejohanan Sukan antara Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 15 orang lagi di kalangan bukan pemain. Dalam kajian ini, penyelidik akan menjalankan ekperimen ke atas subjek iaitu subjek akan menjalani program latihan Jeda selama enam minggu. PERNYATAAN PERSETUJUAN Saya telah menanyakan kepada subjek di dalam kajian ini selepas mendapat kebenaran dan penerangan obligasi bagi kelayakan saya dan memberi persetujuan melalui menandatangani borang ini dan mendapat persefahaman bahawa:1. Projek ini dikendalikan di bawah tanggungan saya sendiri. 2. Dalam memperolehi persetujuan ini, kami sedia maklum bahawa subjek adalah secara sukarela, dan kami mungkin menarik balik persetujuan ini pada bila-bila masa sahaja tanpa alasan dan prejudis. 3. Semua maklumat yang dilengkapkan adalah dirahsiakan dan tidak akan di hebahkan oleh pengkaji melainkan diperintah oleh pihak yang berkuasa. 4. Data kajian yang diperolehi mungkin akan diterbitkan dengan menggunakan nama pengkaji atau pihak lain kecuali rakaman video.

Penyelidik Subjek

Tarikh

68

Dr. Ong Kuan Boon, Ketua Jabatan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Melalui, Pn. Noor Aiwa Binti Rosman, Penyelia Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Dr, Permohonan Mengambil Pelajar Sains Sukan Sebagai Subjek Kajian

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah saya Kamariah Binti Abd Rahman, no. matrik D20032016996 dari program Pendidikan Sains Sukan (AT03) sedang mengikuti kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah. Bagi memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, saya diwajibkan menjalankan kajian. 2. Oleh itu, saya ingin memohon untuk mengambil pelajar Sains Sukan sebagai subjek kajian untuk eksperimen dalam melengkapkan hasil kajian seperti butiran di bawah:2.1 Tajuk Kajian : Kesan Latihan Jeda Terhadap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular Pemain Hoki Perempuan Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak 30 orang pelajar iaitu 15 orang bukan atlet dan 15 orang lagi adalah atlet yang mewakili UPSI ke Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM) 29 Januari 2007

2.2

Sasaran

:

2.3

Tarikh

:

3. Saya berjanji untuk menjalankan aktiviti di luar waktu kuliah bagi subjek. Selanjutnya saya turut akur dengan segala syarat yang akan ditetapkan oleh pihak fakulti.

69

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dari pihak fakulti untuk meluluskan permohonan ini. Sekian, kerjasama daripada pihak fakulti amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh,

……………………… (KAMARIAH BT ABD RAHMAN) D20032016996 SEMESTER 7 s/k : Dekan Fakulti Sains Sukan

70

LAMPIRAN G

71

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN Kamariah bt Abd Rahman Program Pendidikan Sains Sukan Semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak Darul Ridzuan ______________________________________________________________ Kepada Faizal Aziz bin Ibrahim Presiden Kelab Hoki Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Melalui, Penyelia Latihan Ilmiah, Pn Noor Aiwa bt Rosman Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tuan, Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Ke Atas Atlet Pasukan Hoki Perempuan UPSI 2007. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan saya seperti nama di atas memohon untuk menjadikan atlit hoki sebagai subjek dalam kajian saya yang bertajuk Kesan Latihan Jeda Ke Atas Daya Tahan Kardiovascular seramai 15 . 3. Kajian ini adalah bertujuan untuk memenuhi syarat kursus latihan penulisan ilmiah. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian tersebut. 4. Kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

29 Januari 2007

Yang Benar,

( KAMARIAH BT ABD RAHMAN ) Program Pendidikan Sains Sukan Semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris

72

LAMPIRAN H

73

BORANG MAKLUMAT DIRI NAMA UMUR TINGGI BERAT : …………………………………………………………… : ………………. : ……………….cm : ……………….kg

SEKOLAH / INSTITUT PENGAJIAN : …………………………………………………………………………………………. Soalan untuk mengetahui penglibatan pemain dengan sukan hoki di UPSI. Sila jawab dengan ikhlas dan jujur. 1. Penglibatan diri dalam sukan hoki 1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun Lain-lain (sila nyatakan) : …………………………………………... 2. Kekerapan latihan dalam seminggu 2 jam 3 jam 4 jam 5 jam Lain-lain (sila nyatakan) : …………………………………………… 3. Jarak dari kediaman ke tempat latihan Kurang dari 1 km 1 km 2 km 3 km Lebih 3 km 4. Tahap pencapaian dalam permainan Daerah Negeri Kebangsaan Lain-lain (sila nyatakan) : ..................................................................

74

LAMPIRAN I

75

BORANG SKOR UJIAN BLEEP NAMA NO. K/P : ……………………………………… : ………………………………………

ARAS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

BILANGAN ULANGAN 1234567 12345678 12345678 123456789 123456789 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17

Arahan : Pangkah nombor yang mewakili bilangan ulangan larian subjek.

Tandatangan Pencatat : Nama :

Tarikh :

Sponsor Documents

Or use your account on DocShare.tips

Hide

Forgot your password?

Or register your new account on DocShare.tips

Hide

Lost your password? Please enter your email address. You will receive a link to create a new password.

Back to log-in

Close